RED FLAG 7
"SAKIT?"
Terbungkam aku di atas katil. Pertanyaan dari bibir Raden mengundang bara api di dalam dada. Dicekiknya aku bagai nak mati. Hampir aku hilang nyawa. Kalaulah Raden tak lepaskan juga tadi, mati aku kat sini.
"Awak dah gila ke, Raden? Awak nak bunuh saya?"
"Well... I'm crazy... Kau pun tak mati, tak payah drama. Bangun... Kemas barang kau, malam ni kau stay apartment aku."
Terbeliak biji mata. Dia suruh aku stay kat apartment dia? Buang tebiat ke? Dengan keadaan bukan mahram begini, nak stay dengan dia? Stay rumah tunang Tiara? Ya Allah... Aku memang seorang yang khilaf agama, tapi masih tahu halal haram. Tadi pun dah banyak dosa aku kandung, waimapun hanya sentuhan bibirnya saja di leherku. Tak mungkin selepas ini, aku hanya jadi tatapan dia. Pasti Raden mahukan lebih, jiwa berlandaskan nafsu syaitan itu.
"Bangunlah. Kau nak aku angkut kau ke?" Desaknya, tangannya meragut lenganku kasar. Macam nak tercabut tulang aku. Ganas betul!
"Kenapa nak paksa-paksa?" Aku merungut geram sambil bersandar tepi dinding. Semput lagi nafas, leherku yang memerah birat itu aku usap perlahan. Sakit!!! Nak menangis rasa...
"Red... So red your neck..."
"Ni angkara awak jugak. Fikir saya ni haiwan ke?"
"I will do bad thing next time kalau kau melawan. Try me..." Raden memberi amaran, keras sekali nadanya. Dia seolah-olah maksudkan itu. Aku tak dapat bayangkan setahap mana Raden mampu berkasar padaku.
"Saya tak nak ikut awak..." Meskipun ada ketakutan meraja, tak dapat aku fikirkan bagaimana nasibku di kemudian hari. Pasti teruk aku direjam kekasaran dia.
"Terpulang..." Tali pinggang semerta dileraikan, aku melihat sudah naik gerun. Dia nak libas aku dengan benda alah itu ke?
"Tak sakit... Try la..."
"A... awak ingat saya takut ke?"
"Listen, Nesa. Kau tidak ada pilihan. Ikut aku sekarang atau aku beri kau denda yang menyakitkan daripada tadi..."
"Tak kesiankan saya ke? Saya ni perempuan, bukan objek untuk awak, Raden..."
"Sebab kau perempuanlah aku nak kau. Masih tak faham? Nak aku ajar kau bagi faham ke?" Merungut geram, tali pinggang itu dilontar ke bawah. Terhenjut bahuku kerana terkejut.
Raden naik mendaki katil, buat aku mengengsot tubuh ke belakang.
"Kau nak ke aku..." Tangan kekarnya berlabuh di bahuku.
"Tak nak!" Aku menangis tak mahu. Bencinya. Apa lagi dia nak? Ya Allah, aku tak sanggup.
"Kenapa nak menangis? Aku tak buat apa-apa..."
"Saya takut dosa! Saya tak nak bersekedudukan dengan lelaki bukan suami saya!"
"Kau pun bukan suci sangat, kan? Berlagak pulak tak pernah buat dosa. Ke kau jijik dengan aku? Jijik sebab aku ni bekas Tiara?"
"Tolonglah, awak... Apa dosa saya pada awak sampai awak nak dera saya ikut kehendak awak?"
"Dosa kau..."
Daguku didonggakkan, menyalurkan perasaan yang samar-samar. Antara benci dan entah aku sukar untuk baca riaknya.
"Don't make me go insane. Okey?" Ditarik tanganku lalu dikucup lembut.
BERLAGAK biasa, Haden keluar dari restoran itu. Kedua-duanya tidak menjawab panggilannya. Apa yang mereka lakukan? Semudah itu Nesa hanyut dalam dunia Raden? So daring, girl. I like her more now... Mungkin sekarang dia perlu ubah interest dia pada Nesa Suhayla pula. Crushnya terhadap Tiara sudah mati sejak pengakuan Tiara pergunakan Nesa.
YOU ARE READING
RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)
RomanceRaden X Nesa Nesa Suhayla merupakan gadis yang tidak pernah punya kekasih dari usia remaja sehinggalah dewasa. Agak pemalu, tapi kadang tak reti malu. Dia punya perasaan suka terhadap kekasih kawan baiknya sendiri, Tiara Melissa. Dalam diam, menyim...