Ali

36 5 0
                                    


Ali segera memasuki dom lalu menghempaskan diri di atas katil

Viktor baru sahaja sampai memandang dia terlentang di atas katil

"Ali senior ajak kita main petang ni. Kau nak ka?

Ali memusingkan sedikit badan dalam keadaan baring memandang dia "okey" lalu menekup mukanya lagi di katil itu

Viktor hanya menggeleng kepala "kalau iya pun penat. Bersihkan diri dulu"

Viktor menarik kuat cadarnya membuatkan Ali jatuh tergolek "Viktor..!" Mengusap kepalanya yang terhantuk tadi

Viktor ketawa sambil memohon maaf "sorry sorry"

Ali mengeluh

"Kau kenapa macam tak semangat. Ceria lah sikit" kata Viktor "macam mana nak main bola keranjang kalau tak semangat"

"Bukan apa Viktor...aku rasa kesian dengan semua mangsa-mangsa tu"

"Habistu?" Dia duduk di katil Ali sementara Ali duduk di lantai

Ali tersentak "ha..habistu kau tanya? Kau ada perasaan atau-"

Viktor berpeluk tubuh sambil geleng kepala "maksud aku. Habistu nak buat apa? Dah takdir mereka macam tu. Kita kena terima pemergian dia orang mah. Lagipun kita tidak boleh apa" terangnya. Dia memandang tempat lain"kalau nak terhindar dari dia pun kita semua mesti pindah sekolah"

"Jap tapikan-"

Viktor ketawa "aku tahu..di pulau ni hanya ada satu sekolah menengah sahaja. Kalau nak pindah sekolah lain kau mesti tinggalkan pulau ni. Jadi tiada pilihan lain Ali" Viktor segera bangun

Ali menundukkan kepala

"Aku tahu kau pengerusi keselamatan sekolah tapi ini satu amaran bagi kau. Jangan sesekali dekati mereka" lalu keluar dari bilik tersebut

Dia berasa hairan "mereka? Siapa?". Dia menampar dirinya sendiri beberapa kali lalu bangun
"Baik aku segarkan balik diri aku ni"
Dia mencapai tuala lalu bergegas masuk ke dalam bilik air

Selesai mandi, dia membuka almari baju. Dia memilih pakaian t-shirt berwarna hitam beserta seluar panjang berwarna hitam. Gaya rambut juga tidak dilupakan

Semasa hendak menutup pintu almari, surat entah dari mana jatuh mendarat di kakinya. Ali melihat kiri dan kanan
"Siapa punya surat?" Mengutip surat tersebut lalu dibelek

"Uwu ada secret admirer le tu enn" Viktor pulak muncul entah dari mana. Menyengih bukan main sambil mengangkat kening beberapa kali

"Ish bukanlah" menolak kepala Viktor

"Siapa je nak minat aku" berdebar rasanya dia ingin membuka surat itu. Bagaimana kalau Viktor kata betul? Siapa orang tu?

Ali memandang Viktor "pahal pandang aku macam tu" rasa sedikit tidak selesa dengan tingkah sahabat nya. Pandangan mata itu terus beralih pada surat itu
"Siapa bagi? Kau?" Dia memandang Viktor semula sambil kening sebelah terangkat

Viktor memandang Ali jengkel "aku pulak. Mana aku tahu. Cepatlah buka tak sabar nak baca"

"Aku yang dapat dia pulak terlebih excited"
Ali melipat surat itu lalu memasukkannya ke dalam poket

Viktor berasa keliru "weh kenapa tak buka" menggoncang tubuh Ali "tak payahlah malu. Buka je"

"Tak boleh" dia berpeluk tubuh

"Kenapa? Kata kawan"

Ali mengeluh "kalau bukan secret admirer macam mana? Kau tahu kan kita sekarang dalam asrama lelaki. Mustahil perempuan menyelinap ke sini kecuali dalam kalangan kita tolong hantarkan. Aku tak rasa ni pasal surat ci...nta" susah pulak member sebut "macam mana kalau surat ancaman?

Who did that?! (EA x Bbb) Where stories live. Discover now