BAMM!
"Orang tu memang melampau!" Marah Boboiboy. Meja yang dihentak bergema dalam bilik mesyuarat itu. Semua pelajar mula berkeringat melihat pengerusi mereka tiba-tiba naik angin selepas Alicia berbisik ke telinga nya
Alicia mengeluh dan berpeluk tubuh memandang Boboiboy. Bukan dia pandai tenangkan orang apabila mereka dalam keadaan marah. Dia perasan semua pelajar memandang jengkel kearahnya
"Pisst Alicia kau buat apa sampai dia naik angin?" Bisik pelajar perempuan yang duduk berhampiran dengan Alicia
"Ada kes lagi" selamba Alicia mengatakan hal itu dengan kuat dan jelas. Para pengawas lain terkejut. Mereka tahu apa dimaksudkan oleh Alicia
Suasana yang tadinya tenang diiringi gelak ketawa kini berubah suram. Kes yang sama masih terulang sehingga kini. Hasilnya mereka semakin takut meneruskan persekolahan di pulau ini
Boboiboy mengetuk-ngetuk meja menggunakan pen. Ligat otaknya berfikir
"Cikgu kita tak sampai lagi Alicia?"Alicia memeriksa tablet nya "Tak...Ouh cikgu Suraya suruh kita bersurai sebab katanya dia ada urusan mendadak di kampung. Jadi mesyuarat dibatalkan"
Boboiboy termenung sekejap
"Jadi kita bersurai atau ada sesuatu kau nak tambah?" Tanya Alicia minta kepastian
"Tolonglah jangan. Aku nak balik asrama"
Bisik semua pelajar kecuali mereka berduaBoboiboy mengeluh "Bila mesyuarat ni diadakan lagi?"
Alicia menaib skrin tabletnya ".........minggu depan hari Isnin"
Boboiboy mengangguk lalu bangun
"Baiklah semua, mesyuarat hari ini dibatalkan dan akan diadakan pada hari Isnin minggu depan. Pastikan tiada seorang pun lepak tempat lain. Faham?"
Boboiboy memandang satu persatu dengan wajah yang tegangSemua meneguk air liur kecuali Alicia
"Faham" kata semua ahli pengawas
Boboiboy mengangguk kepala perlahan "okey mesyuarat petang ni boleh bersurai. Terima kasih sebab datang"
Walaupun dia mempamerkan senyuman manis, mereka tahu pengerusi mereka tidak lah seceria seperti senyumannya sekarangSemua pelajar keluar secara tertib untuk mengelakkan mereka dimarahi oleh Boboiboy dan Alicia lebih-lebih lagi situasi sekarang ini. Dalam beberapa minit sahaja bilik mesyuarat itu hampir sepenuhnya kosong. Hanya dua pelajar lagi masih berada di dalam
"Kau okey?" Tanya Alicia lalu mengambil tempat duduk
Boboiboy menggeleng kepala "tak Alicia. Kau tengoklah keadaan sekolah kita" keluhnya
Alicia hanya senyap kerana memikirkan sesuatu "Habistu?
Boboiboy pandang Alicia "Habistu? Itu respon kau. Kau ni kesah pasal murid dekat sini atau tak?"
Alicia mengeluh "maksud aku, apa dalam otak kau sekarang? Mesti pasal idea karut tadi pagi kan" bibirnya mengukir senyuman sinis
"Polis tahu apa yang terbaik. Jangan pandai-pandai masuk campur" berpeluk tubuh lalu kedua kakinya diletakkan di atas meja"Tapi..."
Mata Alicia mengguling ke atas
"Sebelum kau buat sesuatu fikir pasal diri kau. Kalau kau berjaya mungkin semua orang akan sanjung...tapi kalau gagal? Ada orang ingat pasal usaha kau? Fikir sikit" tegasnya namun masih dalam keadaan tenangBoboiboy menggeleng kepala "Alicia aku masuk campur pun bukan sebab populariti tapi aku kesiankan mereka. Aku tak boleh bayangkan keadaan mangsa waktu tu dan lebih teruk lagi...apa perasaan keluarga mereka bila dapat tahu anak mereka telah mati. Aku tak kesah kalau orang lain tak kenang jasa aku" menundukkan sedikit kepala
"Semua pelajar di sini aku anggap macam keluarga sendiri. Sekolah ni pun banyak menyimpan kenangan"
"Boboiboy angkat kepala tu dan pandang aku"
Boboiboy perlahan-lahan memandang Alicia manakalah Alicia sudah berdiri dihadapan "kalau kau betul-betul sayang mereka dan sekolah ni tolong jangan bazirkan nyawa kau. Aku pasti pelaku nya tidak selamanya bersembunyi"
Boboiboy mengetap bibir sementara Alicia ketawa halus
"Keluarga....mengarut" dia memandang topi Boboiboy lalu diubahnya kehadapan"Jangan suka jaga tepi kain orang Boboiboy" topi itu sengaja menutup penglihatan senior nya "Jaga diri sendiri sudah memadai"
Boboiboy menepis tangan Alicia. Pantang topinya diganggu. Alicia mengemas barang-barang penting dengan selamba
Boboiboy mendengus kasar "sikap pentingkan diri kau lah kadang-kadang menyakitkan hati"
"Kadang-kala kita perlu pentingkan diri Boboiboy dan aku harap kau buat sikap tu walaupun sekali"
Boboiboy ketawa halus lalu berpeluk tubuh
"Kau bagi tips ke? Tak apalah aku tak terima advice kau tu"Mata Alicia mengguling keatas "suka kau lah BoBoiBoy" berjalan menjauh lelaki tersebut dan berhenti dihadapan pintu
"Lagi satu..." Memandang Boboiboy sebelah mata "kalau kau degil sangat jangan sampai ajak orang lain. Biar mati je sorang-sorang. Itu amaran aku"TAK!
Pintu itu dihempas kuatBoboiboy berasa sakit hati mendengar amaran Alicia. Sikap penting kan diri perempuan itu kadang merunsingkan fikiran nya. Nasib baik dia dengar arahan kalau tak memang keras kepala perempuan tu
"INGAT AKU KESAHLAH CAKAP KAU!? TAK KIRA AKU TETAP MASUK CAMPUR KES NI" jerit Boboiboy seakan memperli Alicia walaupun dia tahu Alicia tidak dapat mendengar jeritannya. Geram memang geram namun kata-kata Alicia ada yang masuk akal
"Tak. aku siasat juga tak kira apa sekali pun" dia melanggar amaran Alicia
Boboiboy bingkas bangun dan mengemas peralatan nya. Malam ini dia sudah bertekad mahu menyiasat insiden tadi
Dia menutup segala suis dan tingkap. Tidak dilupa juga kerusi disusun rapi seperti sedia kala. Setelah yakin semuanya selesai dia mencapai beg lalu keluar dari sana

ANDA SEDANG MEMBACA
Who did that?! (EA x Bbb)
Misteri / Thrillermengisahkan tentang misteri pembunuhan di sebuah sekolah menengah berasrama penuh yang terletak di Syberaya. Disebabkan banyak pelajar terkorban, dua orang pelajar dari pelbagai latar belakang telah digerakkan untuk mencari siapa dalang disebalik pe...