Banyak perbualan hangat yang tidak asing masuk ke dalam telinga ku. Tidak lain dan tidak bukan tentang kes pembunuhan di sekolah kami. Namun hari ini mereka rancak berbual kerana mangsa kali ini merupakan seorang pelajar popular yang paling diminati dalam kalangan pelajar. Chris. Namanya tidak asing untuk disebut dan boleh dikatakan semua pelajar mengenali dengan sikap ramah dan rajin sekaligus rupa parasnyaAku memandang salah seorang pelajar perempuan yang sedang menangis atas pemergian nya. Entah berapa ramai orang berbuat sedemikian terutamanya pelajar perempuan
Makanan yang berada di hadapan ku tidak sedikit pun terusik. Otak ku ligat memikirkan sesuatu jawapan. Siapa membunuh mereka semua? Adakah dalam kalangan di sekolah kami atau orang luar?. Aku menggenggam tangan penumbuk kerana sedikit kesal tentang sistem keselamatan di sekolah ini
"Sekolah ni perlu dinaik taraf-"
"Ali jauh termenung"
Sampuk GopalAku mengeluh "apa taknya Gopal...seorang lagi jadi mangsa dia hari ni. Kalau diikutkan ini kes keenam sejak dua bulan lalu" meletakkan kepala di meja
Dia tidak berkata apa-apa dan hanya memberikan satu tin minuman tanpa dipinta
"Aku...tak pesan pun"
"Ambil je aku belanja" katanya sambil tersenyum
Aku menerima tin tersebut lalu membuka pin nya
"Terima kasih" lalu meneguk sedikit air. Badanku sedikit segarGopal duduk dihadapan lalu merenung ke padang yang berada dibelakang ku. Dia mengeluh "...makin takut aku duduk sini. Entah-entah aku pula mangsa seterus-"
BAM!
"Jangan fikir bukan-bukan Gopal! Mulut kalau masin jangan dibuat main" tanpa sedar aku memarahi nya
"Maaf aku tiada niat nak marah kau" aku menundukkan kepala apabila melihat mukanya seakan kecewaKepala ku dibelai lembut "okey-okey aku tak cakap benda yang bukan-bukan. Jangan lah minta maaf Ali" dia memberikan senyuman sambil menggaruk kepala yang tidak gatal
Aku menepis lembut tanganya lalu memandang siling "haih apa gunanya pegang jawatan pengerusi kelab keselamatan sekolah kalau sorang pun tidak dapat diselamatkan" aku menundukkan kepala sekali lagi lalu mengusutkan rambut
"Kalau aku dapat siap dia nanti""Ali kau kena tahu kes macam ini bukan kerja kelab kita. Lagipun status ahli kita masih pelajar termasuk lah kau sendiri bla bla bla bla bla..."
Ligat otakku mencari penyelesaian
BAM!
Gopal terkejut mendengar hentakan itu"Aku ada idea!"
"Dey! Janganlah buat orang lain terkejut. Sikit-sikit dah lah hentak meja"
Aku menyengih lalu merapatkan kedua tangan tanda minta maaf "sorry"
Gopal menjeling malas "Hah apa idea kau Ali?"
Aku memandang kiri kanan lalu memberi isyarat untuk dia datang mendekat
"Apa kata kita siasat sendiri. Kau dan aku"
Bisikku. Entah dengar kah tidak. Tapi aku rasa dia dengar kot sebab dia macam terkeduhGopal meneguk air liur"Dey ingat kes ni boleh bawa gurau? Jangan bagi idea pelik-pelik"
Dia membetulkan tempat duduknya dan berpeluk tubuh
"Ala bolehlah Gopal" aku cuba merayu
Gopal menggeleng kepala. Riak wajahnya juga seakan marah "kau gila ka Dey! Tak boleh" matanya memandang tempat lain
"Aku dan kau masing-masing takkan masuk campur dalam urusan pihak polis"Sejak bila dia berfikir waras ni. Eh Gopal kau nak kemana?
"Gopal?" Dia mengambil langkah menjauhi ku
Aku lantas bangun "Gopal! Dengar dulu!"
Bukan sahaja dia menghiraukan panggilan malah dia juga lari menjauhi ku. Aku segera mengejar namun dipertengahan jalan aku kehilangan jejaknya. Tempat ini terlalu sesak dan kadang kala aku ditolak
Aku mendengus kasar. Rasa sedikit kecewa kerana dia tidak mahu memberikan sedikit bantuan
"FINE AKU GERAK SENDIRI!" jerit ku membuatkan ramai pelajar memandang ke sini. Aku tidak berapa peduli lalu masuk ke kelasJam lonceng dibunyikan sebagai tanda waktu rehat telah tamat
POV GOPAL
Aku melihat ramai pelajar di sana dan melihat Ali masih mengejar. Tanpa membuang masa aku mencelah diantara mereka dan berjaya mengelak dari dia. Aku menghembus nafas lega namun aku masih risau tentang idea Ali. Harap dia batalkan sahaja rancangan nya
"FINE AKU GERAK SENDIRI!" Jeritan Ali bergema di sana
Tanganku menggenggam tangan penumbuk
"Degil". Nantilah aku batalkan niatnyaKRING!
Aku segera menuju ke kelas semula di block D tingkat empat
YOU ARE READING
Who did that?! (EA x Bbb)
Misteri / Thrillermengisahkan tentang misteri pembunuhan di sebuah sekolah menengah berasrama penuh yang terletak di Syberaya. Disebabkan banyak pelajar terkorban, dua orang pelajar dari pelbagai latar belakang telah digerakkan untuk mencari siapa dalang disebalik pe...