"Rudy bangun nak dekat jam lima dah ni" badanku digoncang beberapa kali
Aku membuka sedikit kelopak mata dan terlihat Chris sudah bangun sedang duduk di tepi katil ku
"Lima minit" aku menekup muka menggunakan bantal
Dia mengeluh
"Bangunlah! Lambat tanggung sendiri"Aku berdehem perlahan menandakan aku tidak kisah. Dah kata lima minit, lima minit lah!
Chris mengeluh lalu bangun menjauhi ku. Dia mengambil tuala kemudian masuk ke dalam bilik mandi
Aku menutup telinga kerana tidur ku terganggu mendengar bunyi pancuran air
Seperti yang dijanjikan, aku bangun lima minit kemudian. Bunyi pancuran air masih lagi kedengaran. Keningku terangkat sebelah. Hairan. Selalunya mamat Kelantan ni siap awal dari aku. Biarkan je lah dia. Tanpa membuang masa, aku segera mengemas tempat tidur dan menggosok pakaian sekolah. Setelah yakin semuanya selesai tiba masanya untuk aku membersihkan diri pulak. Tuala berwarna hitam itu aku capai di pintu loker lalu pergi ke bilik air.
Semangat mandi ku hilang melihat Chris masih lagi di sana. Aku mendengus kasar lalu mendekati pintu tersebut
Aku mula mengetuk pintu "oi Chris jangan naikkan kemarahan aku. Cepat sikit"
"..."
Tiada sahutan
Aku semakin geram. Pantang kalau orang tak respon time ii macam ni!
"Chris" suara ditegaskan sedikit
"...."
Masih tiada respon
Aku berpeluk tubuh dan cuba bertenang
"Chris cepat sikit" langkahku menjauhi bilik mandi itu kerana tergerak hati mahu membersihkan tempat tidurnya. Berselerak dan tak tersusun ni boleh buta mata aku. Haih apalah nasib satu roommate dengan dia. Jenis lambat bertindak. Nasib tak pemalasSetelah empat minit bekerja, dia masih belum keluar dari bilik air. Kemarahanku semakin membuak. Memang aku terjah pintu ni!
Ketukan ku semakin kuat. Aku yakin dia masih di dalam kerana bunyi pancuran tidak dimatikan. Ditambah pulak, Chris adalah satu-satunya roommate yang aku ada. Mustahil ada orang lain selain dia di dalam
"...."
Masih tidak memberikan responOho kau memang menguji kesabaran Chris!
Aku mengundur sedikit langkah lalu mengangkat kaki
"BISMILLAH!"BAMM!
Akhirnya pintu terbuka
Sebelum terjah masuk, namanya aku sahut dahulu untuk kali terakhir. Kalau main terjah terus tak pasal-pasal mata ni jadi tak suci
Tiga kali dipanggil tetap tiada sahutan. Dia tidak memberikan respon sejak tadi membuatkan aku berasa tidak sedap hati. Aku melangkah masuk perlahan-lahan
"ARGH!"
Alangkah terkejutnya aku melihat isi di dalamnya. Badan Chris tergelentang di atas lantai dengan berpakaian yang sudah basah kuyup. Pakaiannya juga belum diganti
"CHRIS!"
Aku berlari mematikan pancuran air lalu mendapatkan dia dan memeriksa keadaan nya. Aku menggoncang tubuh Chris beberapa kali untuk menyedarkan dirinya namun apa yang aku dapat............Chris tidak lagi bernyawa
Aku berasa panik dan satu-satunya jalan terbaik adalah melaporkan kepada pihak sekolah. Tanpa melengahkan masa aku terus berlari keluar
"Tolong! Sesiapa tolong aku!"
Menjerit sekuat tenaga. Suaraku bergema di lorong tingkat empat ini namun tiada siapa yang mendengar. Aku mendengus kasarSewaktu kelam-kabut menuruni anak tangga tiba-tiba belakang tulang lutut ku tertusuk benda tajam menyebabkan aku hilang keseimbangan lalu tersungkur. Badanku jatuh tergolek di tangga tingkat tiga. Malang sungguh nasib ku. Hentakan kepala pada dinding yang terlalu kuat itu telah mengakibatkan darah memancut keluar. Telinga pulak berdesing kuat. Aku cuba menarik keluar benda tajam itu dari lutut ku. Serpihan kaca?!
Aku mendengar tapak kaki seseorang sedang menuju ke sini. Dia berdiri berhampiran. Aku menyangka dia akan memberikan bantuan namun sangkaan itu salah. Dia melemparkan serpihan kaca dihadapan ku lalu memandangku seakan puas
"..kau...."
Penglihatan ku mula kabur dan secara perlahan-lahan melelapkan mata
Aku tidak tahu keadaan ku selepas itu..
![](https://img.wattpad.com/cover/333243174-288-k883325.jpg)
YOU ARE READING
Who did that?! (EA x Bbb)
Misteri / Thrillermengisahkan tentang misteri pembunuhan di sebuah sekolah menengah berasrama penuh yang terletak di Syberaya. Disebabkan banyak pelajar terkorban, dua orang pelajar dari pelbagai latar belakang telah digerakkan untuk mencari siapa dalang disebalik pe...