Pengawas sekolah

52 5 0
                                    


Seperti biasa, Boboiboy akan berada dalam bilik pengawas pada waktu pagi, rehat dan selepas selesai sesi persekolahan.

Dia mengeluh perlahan membaca hasil laporan yang diterimanya hari ini. Sejak dua bulan kebelakangan ini, dia sudah mendapat pelbagai aduan dan laporan yang agak menyedihkan tentang keadaan sekolah mereka. Setiap hari dia berasa risau memikirkan keselamatan semua pelajar di sini

Tok tok

Mata Boboiboy tidak beralih memandang pintu yang diketuk
"Masuk"

Pintu itu dibuka perlahan-lahan menandakan seseorang bakal masuk ke bilik tersebut

"Ehem"
Orang itu bercekak pinggang dihadapan mejanya

Boboiboy mengenali suara itu segera memandangnya
"Ouh Alicia. Selamat pagi" menyambut kedatangan Alicia dengan sebuah senyuman

"Pagi" seperti kebiasaan nya, Alicia sentiasa kelihatan serius walau apa jua keadaan. Sedikit pun tidak mahu menunjukkan senyumannya. Itu juga membuatkan Boboiboy susah menjangka tujuan penolong pengerusi ini datang kepadanya. Mata Boboiboy memandang dokumen yang dipegang Alicia

Alicia meletakkan laporan itu di atas mejanya "aku dapat laporan lagi tentang kes yang sama. Seorang daripada pelajar kita mati"

Mata Boboiboy membuntal. Dia segera mengambil dokumen itu "sekali lagi!?" . Setiap lembaran tidak sedikit pun terlepas pandang. Setelah habis dibaca, dia menutup dokumen itu dengan kasar lalu dilempar di atas meja

"Apa yang dia nak sebenarnya?!" Boboiboy bersandar lalu memijit-mijit kepala. Sakit memikirkan cara menghentikan perbuatan terkutuk si pelaku. Namun jalannya sentiasa buntuh

Dia mengeluh "apa jadi dengan sekolah kita Alicia..." Matanya merenung siling "kalau kes ni berterusan memang jatuh habis sekolah ni"

Tanpa rasa segan,Alicia duduk tepi meja Boboiboy lalu menyilangkan kaki dan berpeluk tubuh "hmm...aku banyak kali buat penyelidikan tapi... jawapan untuk persoalan berkenaan motif dia agak kurang memberangsangkan kalau ikut logik aku" dia mengusap dagu seperti orang yang sedang berfikir

"Kalau disebabkan dendam terhadap pembuli kurang kukuh sebab hampir semua mangsa mempunyai status baik dan hanya segelintir sahaja berstatus masalah"

Alicia mengambil laporan tadi
"Iman kenal lelaki ni. Tiada pulak dia kata si mangsa berkata kasar atau melanggar undang-undang sekolah. Agak hairan..." Memandang Boboiboy

Penerangan Alicia membuatkan dia semakin susah bermain teka-teki
"Berapa korban sejak dua bulan ni?"
"Aku kena buat sesuatu sebelum terlambat.."

"Enam. Termasuk hari ini"

Boboiboy meminta kembali laporan itu
"Punca kematian... terhidu gas racun dalam bilik air dan lehernya mempunyai bekas lilitan tali" Boboiboy berfikir sejenak
"Kita perlukan Roommate dia sebagai saksi. Aku rasa macam ada yang tak kena"

Alicia baru teringat sesuatu
"Ouh...pasal kawan Chris..dia pun diserang waktu menuruni tangga"

Boboiboy terkejut "kenapa tak cakap dari awal pasal rakan dia sekali!"

"Maaf aku lupa... salinan laporan tu ada pada guru pengawas dan aku tak sempat salin"sebelum pergi ke sini dia perlu menghantar laporan tentang Chris dan Rudy di bilik guru pengawas. Hanya Chris sahaja sempat disalin manakala laporan tentang Rudy sudah dibawa pergi

Baru Boboiboy ingin bertanya, Alicia sudah memulakan dahulu

"Aku rasa Rudy nampak pelakunya"

"Siapa?"

Alicia menggeleng kepala
"Mungkin andaian aku...aku tak boleh soal dia lebih lanjut sebab dirinya sekarang dalam keadaan koma akibat hentakan yang kuat. Dia juga mengalami luka pada bahagian kaki"

"Sampai bila? Kita perlukan dia"

Alicia mengeluh "doktor kata mungkin Rudy akan koma untuk beberapa hari atau seminggu atau sebulan ataupun bertahun-tahun" Matanya memandang tempat lain "dan kalau dia bangun pun kemungkinan besar ingatannya akan hilang kerana hentakan kuat di kepala"

Boboiboy menghentak meja "itu satu-satunya peluang kita tapi...." Mendengus kasar
"Makin melampau orang tu! Suka hati mainkan nyawa orang"

"Aku tidak boleh biarkan perkara ini berterusan.....Aku kena buat sesuatu untuk selamatkan semua orang sebelum menjadi korban seterusnya"

Alicia mengeluh "biar polis selesai-"

"Sampai bila!? Dua bulan mereka tak dapat jejak dan murid yang dalam lokap tu aku rasa kita salah. Mustahil kalau dia pelakunya"

"Entahlah Boboiboy. Nak kata dia tak bersalah payah juga. Macam mana kalau dia sebenarnya bukan gerak seorang diri?"

"Jadi kau nak kata si pelaku sebenarnya lebih dari satu?" Dia makin risau

Alicia ketawa halus "andaian je untuk lebih berjaga-jaga"

Boboiboy menghembus nafas lega"jadi apa kita buat sekarang?"

"Macam ni lah sambil tunggu keputusan siasatan pihak polis"

Boboiboy berdecit lalu berpeluk tubuh
"Alicia kau tahukan polis masih tak selesaikan kes ini dari hari pertama pembunuhan berlaku. Kalau kita tunggu lama...sampai bila?"

Alicia menjeling malas "kau ingat senang nak selesaikan tugas tu? Kalau kau bijak sangat pergilah siasat sendiri"

Boboiboy terdiam seketika. Jarinya menyentuh dagu seperti orang yang sedang berfikir lalu memetik jari
"Betul cakap kau Alicia"

Alicia memandang dia dengan perasaan keliru "wait what? Mana satu kau kata betul?"

Boboiboy senyum sinis lalu bangun. Kedua-dua tapak tangannya diletakkan di atas meja sambil matanya memandang Alicia

"Jom siasat sendiri kes ni. Kau dan aku"

Alicia terkeduh

"Sekurang-kurangnya kita dapat bantu dia orang"

Alicia segera turun lalu tangan kirinya menghentak meja "kau gila kah Boboiboy! Nak siasat sendiri memang melayanglah nyawa kau" segera memeluk tubuh "tak boleh. Aku tak setuju"

Boboiboy sedikit sedih mendengar respon Alicia. Dia merapatkan kedua tangan "bolehlah Alicia. Aku gerak sorang memang takkan jalan penyiasatan ni tanpa kau. Lagipun kau sorang ja aku boleh  percaya"

Alicia menggeleng kepala "aku taknak. Kalau kau bawa orang lain pun aku tetap takkan benarkan. Kau duduk sini buat kerja macam biasa. Jangan memandai masuk campur urusan pihak polis"

"Tapi...!"

"Muktamat"

Alicia berlalu pergi

Boboiboy berasa kecewa. Dia duduk kembali dan meletakkan kepala di atas meja. Beberapa minit kemudian dia meraung tidak tentu kerana merasakan dia tidak berguna dalam jawatan ini

"Apa aku buat sekarang.... Lagi lama si pelaku bebas lagi teruklah keadaan"

Dia mengangkat kepala lalu kedua tangan menghempap meja
"Kalau aku tahu siapa pelakunya memang nahas dia aku kerjakan"

Boboiboy segera mengumpul dokumen yang berkaitan dan memeriksa sekali lagi






-BERSAMBUNG-

Okey author tahu pengawas sekolah dalam cerita ni memang lain dari realiti tapi nak buat macam mana(Demi meneruskan cerita )

Who did that?! (EA x Bbb) Where stories live. Discover now