Dia dan Dia

17 3 0
                                    

Dia berjalan menuju ke dewan bola keranjang itu tepat pada pukul 12 tengah malam. Hanya dia sahaja murid yang berjaya keluar tanpa pengetahuan sesiapa. Murid tersebut secara berhati-hati memulas tombol pintu. Tak kunci? Dia berasa sedikit hairan

"Mungkin cikgu lupa kot..."

Dia menggeleng kepala lalu fokus kepada tujuannya. Ada manfaat cikgu lupa waktu macam ni. Senang sikit kerja. Dia melihat ke kiri dan ke kanan untuk memastikan pihak sekuriti tidak berlegar di luar kawasan tersebut. Dengan berhati-hati dan cepat dia masuk ke dalam apabila mendengar tapak kaki seseorang sedang berjalan di luar. Dia segera menutup pintu

Langkah kakinya menuju tempat kejadian

KAWASAN LARANGAN•KAWASAN LARANGAN•

Dia menghiraukan sahaja pita kuning itu lalu masuk ke kawasan larangan

KATANG!

"Apa benda tadi tu?" Nafasnya laju seketika

TAP TAP TAP!

Seseorang sedang berlari menuju kearah dia. Lantas dia mengelak dan menoleh kebelakang

"Kau yang buat semua ni kan!" Tengking seorang murid lelaki

"Aku?" Mengerutkan dahi

Murid tersebut berasa geram. Tanpa berfikir panjang lelaki itu menyerang lagi
"Kau jangan berlakon lebih lah! Kau ingat aku bodoh? Jangan harap kau lepas" memberikan satu tumbukan tepat ke pipi dia
"Melingkup kau dalam penjara!"

Kali ini dia pulak sakit hati. Apabila murid lelaki itu cuba menumbuk kali kedua, dia berjaya menepis hanya menggunakan satu tangan
"Jangan bertindak melulu. Aku tahu siapa kau maksudkan tapi orang yang kau cari bukan aku" suaranya separuh tenang.
"Cis! Boleh tahan budak ni"

Dia segera menolaknya ketepi kerana tidak mahu melukai murid tersebut namun lelaki itu tidak serik

"Main kasar nampak" kata dia. Darah yang keluar dari mulut segera dikesat. Dia tahu, lelaki ini tidak boleh diremehkan
"Nak serang sangatkan. Meh sini rasa tumbukan aku pulak!" Maju kehadapan lalu membalas serangan

Masing-masing menepis serangan. Kalau segi kelincahan mungkin dia akan menang namun dari segi strategi mungkin murid lelaki ini pulak menang. Fizikal kedua-dua murid tersebut hampir setaraf

Dia menarik tangan kiri lawan lalu segera menguncinya dari belakang. Lutut lawan pulak ditendang dari belakang menyebabkan lelaki tersebut melutut ketanah

"LEPASKAN AKU!"

Dia menghiraukan kata-kata nya

"Cuba relaks sikit. Dengar dulu apa aku nak jelaskan ni" mengunci tangan lawan lebih kuat

"Buat apa aku nak dengar cakap kau pulak! Mesti kau nak bunuh aku kan!" Marahnya

"Ish budak ni memang nak kena hempuk batang penyapu ke apa?!" Menarik nafas panjang lalu dihembus keluar
Faham sangat sebab dia tak percayakan aku

"Mana ada lah" memberikan tatapan serius
"Entah-entah kau kot nak bunuh aku tapi buat cara ni untuk kelirukan aku kan"

Mukanya berkerut
"Cis! Mengarut. Jangan main tuduh boleh tak! Kalau aku pelakunya dah lama kau mati terlentang dekat sini"

Dia ketawa halus lalu senyum sinis
"Samalah dengan kes aku kalau betul aku pelakunya rasa-rasanya leher kau dah lama patah kot"

Murid itu terdiam sambil meneguk air liur manakalah dia mengeluh panjang

Tidak sampai sesaat dia melepaskan dia lalu duduk kepenatan akibat berlawan sebentar tadi

Murid tersebut bangun lalu membersihkan habuk pada pakaiannya "jadi....bukan kau lah?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Who did that?! (EA x Bbb) Where stories live. Discover now