'APA matlamat hidupku?'
Lutut ku peluk erat di atas kerusi malas dengan pandangan yang kuyu merenung ke luar tingkap dari kamar bilik tidurku, di tingkat 6. Cahaya jingga matahari di sebalik celah gugusan bangunan pencakar langit menjadi pemandanganku walaupun bunyi hon kenderaan tidak henti-henti mengganggu suasana dari jalan raya di bawah sana.
'Apalah matlamat hidup?' Keluhanku terlalu berat.
Kalau -lah ia dapat diukur, sudah pasti 10 tan batu pun tidak dapat menandingi perasaanku sekarang. Di hujung mataku, air kembali bertakung mengenangkan ayat magis yang menerbalikkan seluruh hidupku, sebulan yang lalu.
"Maafkan saya, sayang tapi saya tak boleh terus menipu diri sendiri. S-saya... terpaksa batalkan perkahwinan kita... ."
Batalkan perkahwinan...
Hmm. Mudahnya untuk dia melafazkan. Baju pengantin Valentino dengan Jimmy Choo yang ku tempah ternyata sia-sia. Mungkin aku patut buat photoshoot sendiri sebelum menjualnya kembali di pasar karat. Pasti laku. Such a waste.
Namun malangku tidak berhenti di situ sahaja. Selang sehari bekas tunangku membatalkan perkahwinan kami yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan, aku menerima satu lagi berita yang membawa kepada keadaanku seperti ini.
"Maya, awak dipecat."
Terduduk aku dibuatnya. Bengkak mataku menangisi kekecewaanku terhadap bekas tunang masih tidak surut, tiba-tiba sahaja aku dipecat daripada kerjaya bergaji lima angka yang menjadi sumber kemewahanku sejak aku berhijrah ke kota New York ini, 5 tahun yang lalu.
'Kena tinggalkan, lepas tu dipecat. Huh!'
Aku tertawa dalam keadaan yang tidak percaya. Pastilah aku dipecat selepas si bodoh membatalkan perkahwinan kami. Syarikat itu miliknya. Aku hanyalah setiausahanya yang bergantung sepenuhnya dengannya. What a stupid girl...
Selama sebulan, aku 'berkabung' dalam kondominium mewah yang juga dibayar oleh si dia. Bila-bila masa saja dia akan menendangku keluar dari rumah ini.
Menyesal pun sudah tidak berguna. Tiada satu pun aset yang aku miliki berguna untuk masa depanku. Kononnya bakal suami (si gila tak sedar diri) akan menyediakan segala-galanya selepas kami berkahwin - rumah, kereta, insurans malah apa sahaja yang melibatkan kewangan jadi aku langsung tidak bersedia. Kenapa aku terlalu naif?
'Just stop crying, Maya, it's useless! No job, no wedding, so what?! Macam lah kau mati kalau tak ada semua tu.' Aku menarik nafas dalam-dalam dengan mata yang tertutup. 'Kau mesti bangun. Ini bukan pengakhiran.'
Sudah penat menangis. Sebulan. Sampai bila perlu macam ni? Aku menggagahkan diri untuk meninggalkan kerusi malas untuk berdiri di hadapan tingkap luas seraya menghembus nafas panjang. Cahaya jingga semakin pekat sehingga menyilaukan pandangan.
YOU ARE READING
Her Werewolf Prince (Terbit)
WerewolfBakal terbit Julai 2024 Penerbit: ATAP Publication Dalam ni, raw story yang belum diedit oleh editor. HAK CIPTA TERPELIHARA. Start: 9th February 2023 Blurb: Niat nak healing di kolam air panas dek putus tunang sekali pakej dengan dibuang kerja, tak...