MAYA: BERUBAH HATI

660 49 9
                                    

"HMM... kalau aku berjaya tangkap kau semula, kau... mesti patuh arahanku," Levi menambah.

Tangkap?!

"A-Apa maksud kau dengan tangkap?"

Levi melepaskan pelukan tangannya dan mula bercakap denganku dalam keadaan yang lebih tenang. Aku dapat merasakan dia sudah mengurangkan aura alpha yang menyelubunginya.

"Aku bagi kau masa 10 minit awal untuk keluar dari sini. Kau larilah sekuat hati dan sekiranya kau berjaya menemui lebuh raya, kau sudah bebas. Aku takkan ganggu kau dan kau boleh teruskan percutian kau. Tapi... ."

Inilah perkataan yang paling aku takut sekali, 'tapi', kerana ia sering membawa makna yang bertentangan... dan buruk.

"Kalau aku berjaya tangkap kau sebelum kau sampai ke lebuh raya... ," kening kirinya terangkat sedikit. "Serve me as my slave."

"Go to hell!" AKU DAH AGAK! Lelaki macam ni, hanya melihat perempuan seperti objek. Tiada rasa hormat atau bersalah kerana bagi mereka, ia adalah permainan.

"I'd love too... kalau itu membuatkan kau menjadi hambaku... ."

Lidahku kelu. Aku kehabisan ayat. Terkedu. Begini ke sikap manusia zaman sekarang? Semakin moden semakin hilang sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Menjadikan seseorang hamba pada zaman ini, dia fikir dia siapa?! Korea Utara?!

Levi menguakkan pintu, terbuka luas untuk memberi isyarat bahawa aku boleh bermula untuk lari, sekarang.

"Kau boleh pilih untuk lari sekarang atau... putus asa. Tapi di luar sana, hari sudah semakin gelap. Kalau kau berjaya lari pun, aku bimbang kau sesat dalam hutan sebelum kau terjumpa jalan. Itu pun kalau kau jumpa jalan. Kalau serigala... ."

Aku menelan air liurku sekali. Hal serigala ini boleh trauma aku dibuatnya. Kalau bukan sebab mereka, aku takkan berada di sini!

"Tak perlu takutkan aku." Aku melangkah menuju ke pintu. "Aku dah jumpa pun serigala. Sekurang-kurangnya, mereka ada belas kasihan berbanding kau."

"Lucky you. Sebab kalau aku tak selamatkan kau tadi, rasanya serigala tu dah bunuh kau."

Yeah, right! Pfft.

Kelakar. Aku hanya berjalan selangkah demi selangkah keluar dari sana. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan. Sepatutnya aku berlari, kan? Tapi aku tidak mahu bagi kepuasan kepada Levi. Aku tahu dia akan puas melihatku berlari seperti orang gila untuk menyelamatkan diri kerana baginya, ini hanyalah satu permainan.

Look at me, sir. Aku takkan biar kau dapat apa kau nak. Langkahku teratur, tidak laju tidak perlahan namun gelisah di dadaku mula memuncak. Aku sedar dia sedang memerhatikanku dengan tajam.

Keluar saja dari bangunan 'penjara', aku tergamam. Tempat apa ini? Bukankah di lebuh raya tadi, kiri dan kananku ialah hutan? Ini... bandar apa? Aku melihat kiri dan kanan melihat orang ramai sedang mengerjakan kerja masing-masing.

Deretan kedai yang meriah. Ada penjual bunga-bunga segar di kiri dan kanan ku, diselang-seli dengan kafe-kafe unik, butik pakaian, food truck dengan kanak-kanak yang bermain riang di taman permainan. Lebih mengejutkan aku, makhluk ganas yang menyerangku tadi, serigala, berkeliaran tiada sesiapa pun yang mengendahkan mereka seolah-olah mereka hidup sebati dengan manusia. Manusia langsung tidak terkesan dengan serigala malah melayan mereka seperti... ahli keluarga. Biar betul...

Levi muncul di belakangku tidak lama kemudian.

"Berubah hati? Tak jadi lari?" soalnya, sedikit angkuh pada nadanya. "Aku ingatkan kau berani. Kau buat aku kecewa."

Huh! Aku berpaling menghadapnya. "M- Mana arah keluar?!" Malunya. Aku tak tahu ke mana untuk dituju.

Levi mengangkat tangan kanan menuding jari ke jalan yang lurus di hadapanku. Baru sahaja kakiku hendak melangkah, dia menangkap lenganku.

"Kau dah bazirkan 2 minit dengan lenggang kangkung kau. Aku bagi peluang untuk kau bermula awal kerana aku tahu, kau takkan berjaya. Tak sabar rasanya menunggu kau menjadi hambaku... ."

Merah pipiku. Panas telingaku. Dia berbisik tepat ke cuping telinga dan nafasnya yang hangat menghantar dingin ke seluruh tubuhku. Cepat-cepat aku menarik lenganku daripadanya, mendengus geram. Tanpa menoleh, aku terus membuka langkah. Kali ini, aku sudah bertekad. Jika aku tidak keluar dari tempat ini hidup-hidup, aku sudah dapat membayangkan betapa sengsaranya hidupku di sini kelak.

"Don't let the wolf catch you!"

Sempat lagi Levi berpesan. Huh!

Langkah ku buka besar. Biarlah dia nak menikmati ketakutanku, aku perlu berfikiran rasional. Aku mesti lari. Lari secepat yang mungkin. Jangan nampak tubuh aku kecil, aku tidak boleh berlari. Sebelum berhijrah ke New York, aku ialah juara pelari pecut di sekolah tinggi kun , jangan main-main!

'Baguslah, tak ada orang di sini!'

Laluan yang menjadi tempat larianku tiba-tiba saja lengang. Padahal ia penuh dengan orang ramai sebelum ini. Macam tahu-tahu saja aku nak melarikan diri. Inilah kehebatan minda. Mereka faham apa yang aku lalui.

'Cepat!'

Malah, ada juga yang menjadi penunjuk arah untuk menuju ke pagar utama. Sambil itu, mata ku tetap liar melihat sekeliling. Kawasan ini seperti sebuah komuniti kerana rumah-rumah dibina berhampiran dan mempunyai bentuk yang sama.

Langit sudah bertukar warna. Ia mula berubah jingga. Sekali lagi, aku rasa aku akan tersesat dalam kegelapan malam. Kalau -lah kereta aku ada di sini. Oh, betul! Mana kereta aku?!

Sempat lagi aku menoleh ke belakang. Kelibat Levi sudah tidak kelihatan. Aku sudah jauh daripadanya.

'Huh! Berlagak. 10 minit konon. Kita tengok siapa yang menangis nanti.'

**

Her Werewolf Prince (Terbit)Where stories live. Discover now