MAYA: LEGENDA SERIGALA JADIAN

798 61 15
                                    

KEDUA pelayan lelaki dan wanita itu ialah suami isteri. Benar tekaanku. Mereka begitu ramah sehingga banyak cerita yang mereka kongsikan ketika aku ingin memulangkan kunci untuk check-out lewat tengah hari itu.

Tujuanku hanya ingin memulangkan kunci. Tetapi lelaki yang bernama Sangar itu bercerita dengan panjang lebar tentang lokasi menarik yang perlu aku kunjungi. Masakan tidak, semalam dia tidak sempat untuk mencelah perbualan aku dengan isterinya kerana sibuk mencari kunci ketika aku bertanyakan lokasi menarik berhampiran.

Isterinya pula, Mona, lebih banyak tertawa dengan lawak jenaka sang suami. Jauh di sudut hatiku cemburu dengan kemesraan mereka. Mereka masih bersama walaupun selepas 50 tahun usia perkahwinan. Dan aku baru sahaja putus tunang. Hah...

"Jangan risau. Jodoh ada di mana-mana. Jangan takut untuk bercinta," ujar Mona.

Eh? Tahu-tahu saja Mona perkara yang bermain di kepalaku. Ke nampak sangat aku kecewa? Sebelum beredar, aku sempat berkata, "Awak berdua sangat suka serigala ya. Hampir semua tempat ada ukiran serigala. Malah dalam bilik saya pun... ."

"Oh! Itu... binatang kesukaan kami. Ia... cantik, kan?" Mona menyahut.

"Saya suka serigala," aku mengaku, serigala sangat comel. Tapi juga sangat ganas. Lebih baik mengelak daripada bertembung dengan binatang ini di hutan kalau mahu selamat. "Mereka sentiasa dalam kelompok, tolong-menolong."

"Dan setia terhadap pasangan mereka. Pasti awak ada mendengar legenda serigala jadian," Sangar pula menyambung.

Dahiku berkerut. "Serigala jadian? Ada ke?" Aku tertawa perlahan.

"Legenda kan, kita tak tahu." Nada Sangar seakan mengiakan legenda, juga seperti tidak. "Ada orang kata, kalau terserempak lelaki tampan atau perempuan cantik di tengah hutan, jangan berhenti. Itu mungkin serigala jadian. Kalau terserempak satu, lebih baik lari."

"Oh ya, sudah pasti!" Aku ketawa. Takkan aku nak biarkan aku dimakan hidup-hidup? No way!

.

.

.

Aku kembali meredah lebuh raya. Hari ini, aku berazam untuk memandu selama 3 jam sahaja. Lagipun aku tiada arah tuju. Mungkin jika bandar seterusnya menarik perhatianku, barangkali aku boleh mencuba memulakan kehidupan di sana. Dengan berpandukan GPS, aku harap aku tiba ke bandar seterusnya mengikut masa.

Telefon ku berdering mengganggu sistem GPS. Nama bekas tunang ku muncul di skrin. Kegilaan apa dia menghubungiku tiba-tiba selepas sebulan aku ditinggalkan? Menambah bara?! Nak tak nak, terpaksa juga ku tekan butang hijau, menjawab panggilannya kerana terus-menerus berdering tanpa henti.

"Kenapa awak call saya lagi? Awak nak apa?" Geram aku dibuatnya. Sudahlah aku bersusah-payah untuk merawat hati, masa healing ku kini terganggu dengan panggilan daripadanya. Aku benar-benar tidak sanggup untuk mendengar suara ini lagi.

"Sayang... ."

Suaranya bergema di seluruh kereta, secara loudspeaker mode panggilan ku gunakan. Hampir luruh air mata ku mendengar perkataan 'sayang'.

Tetapi aku sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menangis demi si gila ni. Aku mengumpul kekuatan untuk menjawabnya dengan menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus panjang.

"Awak dah tinggalkan kondo?" soalnya dengan suaranya yang dalam dan perlahan. Suara ini terlalu menggoda, bagaimanalah aku hendak menjaga hati. Bukan sebulan dua kami bersama. Aku mengenalinya bertahun, cukup untuk aku mengetahui luar dalamnya.

"Kenapa?" soalnya lagi.

Dah kenapa dia concern terhadapku tiba-tiba? Atau dia sengaja tidak mahu aku melupakannya?

Her Werewolf Prince (Terbit)Where stories live. Discover now