LEVI: ALPHA LEVI JOHNSON

779 56 9
                                    

"SEKUMPULAN serigala liar berkeliaran di kawasan 50. Apa harus kita buat?"

Aku berada di pintu masuk pagar utama komuniti untuk pemeriksaan berkala apabila salah seorang pahlawanku menghubungiku menggunakan telepati.

"Perhatikan saja. Halau jika mereka memasuki sempadan tapi jangan buat apa-apa selagi mereka tidak bertindak."

"Baik alpha."

Ya... alpha, itu aku. ALPHA LEVI JOHNSON. Aku ialah serigala jadian, a werewolf - manusia pada keadaan biasa namun boleh bertukar menjadi serigala pada bila-bila masa yang aku mahukan. Sebagai ketua puak Cyan Bloodlust, gelaranku ialah Alpha Levi.

Keluarga keturunan alpha ialah keluarga diraja bagi serigala. Ia tidaklah sama seperti kerabat diraja manusia tetapi darjatnya seperti itu.

Bezanya, raja manusia memerintah di atas singgahsana sementara aku menggunakan kudratku sendiri mengetuai tentera di barisan hadapan untuk melindungi orang-orangku daripada musuh.

Bezanya, raja manusia memerintah di atas singgahsana sementara aku menggunakan kudratku sendiri mengetuai tentera di barisan hadapan untuk melindungi orang-orangku daripada musuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada manusia, kami hanyalah sebuah legenda. Hakikatnya, cerita legenda inilah yang melindungi kami daripada pelbagai ancaman luar yang mungkin membahayakan keturunan kami. Kerana itu, kami hidup dalam komuniti sesama puak kami sahaja, tidak bercampur dengan mana-mana puak lain, apatah lagi manusia.

Kami hidup sederhana, jauh ke dalam hutan namun tidak ketinggalan daripada teknologi. Komuniti kami umpama keluarga besar yang saling mengenali antara satu sama lain dalam komuniti yang dinamakan sebagai Cyan Hills Community.

Cyan Hills Community, seperti yang tertulis sebelum memasuki kawasan berpagar ini, luarannya hanyalah kelihatan seperti sebuah kawasan perkampungan berpagar persendirian.

Sedangkan ia ialah komuniti yang diiktiraf kerajaan dan merupakan sebuah bandar yang lengkap dengan segala kemudahan - hospital, sekolah, taman permainan, bengkel kereta, restoran, pusat membeli-belah dan sebagainya. Ia juga hak persendirian.

Aku memegang tugas sebagai ketua puak selepas ayahku terkorban dalam pertempuran dengan puak musuh beberapa bulan yang lalu. Dalam usiaku 25 tahun, aku masih dilihat sebagai ketua yang muda dan mentah.

Ramai golongan veteran masih tidak meyakini keupayaanku. Dan kerana itu, aku masih berusaha dengan gigih sehingga ke saat ini untuk membuktikan kepada mereka bahawa aku layak mengemudi komuniti ini.

"Alpha, bilangan mereka semakin bertambah."

Sekali lagi, pahlawan yang sedang meronda di sempadan kawasan menghantar laporan melalui telepati. Komunikasi melalui telepati adalah salah satu keistimewaan kami sebagai serigala jadian.

"Aku ke sana."

Jauh pula hendak ke kawasan 50. Jika berjalan kaki, pasti aku tiba selepas setengah jam. Aku memanggil dua orang pengawal untuk mengikutiku.

"Aku ke kawasan 50." Sempat lagi aku menghantar telepati kepada pembantu utama ku, Ryan. Ryan ialah beta ku, orang kedua tertinggi selepas alpha. Jika aku tiada di pejabat atau berada di luar kawasan, dia yang akan mengambil alih tugas ku.

Her Werewolf Prince (Terbit)Where stories live. Discover now