Raga, Airyn!

56 3 5
                                    

Percaya pada perpindahan roh?

Kebanyakkan orang mungkin tidak. Kalau ikut logik akal pun susah untuk dipercayai kerana sampai sekarang belum ada teknologi yang benar-benar canggih untuk membuktikan bahawa kita dapat merantau dari dunia nyata ke dunia fiksi.

Apatah lagi untuk membuktikan bahawa karakter fiksi itu wujud.

Berawal dari tertidur kerana membaca novel, Airyn Safira terjaga di dalam tubuh seorang gadis yang turut bernama Airyn tetapi dengan tambahan Airyn Medina.

Airyn Medina, salah satu karakter jahat di dalam novel terjemahan yang terkenal. Wataknya merupakan antagonis kedua diantara hubungan watak utama, Ezra Harsyad dan Sofia Zahra.

Dia bukan perosak utama hubungan protagonis. Namun, kewujudannya masih menyumbang kesialan hidup protagonis.

Pengakhiran bagi Airyn Medina sangat menyedihkan biarpun wataknya tidak lah begitu penting. Biarpun begitu, watak utama antagonis, Melissa Dahlia lebih tragis pengakhirannya. Tak ada lawan.

Watak utama? Ezra dan Sofia hidup aman bahagia tanpa penerima hukuman kerana perbuatan curang mereka.

Begitulah normanya dalam novel.

Tapi bagaimana jika pembaca baru novel itu malah menjadi Airyn Medina? Akankah dia menukar jalan cerita atau kekal dalam watak sehingga novel habis?

NEXT

Raga, Airyn Where stories live. Discover now