Part 4

13 2 0
                                    

Jangan lupa vote and comment ya bestie yang cantik ❤

---

Dulu Airyn sentiasa terbayang dia bakal masuk ke dalam dunia novel supaya boleh bersama karakter-karakter utama dan hidup gembira. Tapi bila semakin dewasa, yang Airyn rasa hanyalah ingin mendampingi dan menyemangatkan karakter sampingan yang begitu banyak menderita kerana karakter utama.

Dia sudah faham akan kesusahan yang karakter sampingan hadapi setelah pemikirannya dewasa. Teringat pada Yoo Rachel dari drama The Heirs. Bodoh sungguh dia dulu kerana membenci Yoo Rachel. Walhal gadis itu tunang sah Kim Tan dan Cha Eunsang lah perampas.

Tapi dia dan begitu ramai penonton malah mengecam Yoo Rachel. Entah bagaimanalah otaknya berfungsi dulu.

"Kau pun, kenapa tak marah balik pada pelakon nombor satu negara tu?! Geram aku!" Bentak Ryana kepada Melissa yang kini sedang membisu.

Tumpuan Airyn kembali pada mereka setelah mendengar itu. Baru dia teringat, mereka semua berkumpul di bilik kesihatan selepas menghalau Emir. Tidak sempat lelaki itu ingin mengobati luka Airyn.

Baru nak menyapu ubat, Ryana dah tolak Emir ke tepi manakala Kiara menarik Emir sampai ke muka pintu sekaligus menghumbannya keluar.

Berbalik pada sekarang, selalunya Melissa lah yang paling laju dalam menghina Sofia tapi sebaliknya hari ini. Kiara yang sedang menyapu salap pada paha Airyn tidak menyampuk.

"Aku buntu," jawab Melissa. "Aku yang baru datang tiba-tiba kena marah dengan Ezra. Lepastu Danish yang nak tampar aku. Semuanya terlalu cepat sampai aku tak boleh balas."

Melissa menunduk lesu. Di dalam novel, banyak kali diceritakan kalau Melissa sering dikasari oleh abang-abangnya di rumah.

Pun begitu, Melissa masih tetap cuba untuk meraih kasih sayang abang-abangnya. Senyuman tak pernah pudar buat mereka.

Mahu tahu kenapa dia dibenci? Kerana Melissa dianggap pembunuh oleh mereka. Ibu mereka mati setelah melahirkan Melissa sampai-sampai dia disalahkan. Mereka kata dia dah merampas kasih sayang sang ibu sedangkan mereka lupa, Melissa sendiri tidak pernah dicintai oleh sang ibu.

Ayah marah kerana isterinya meninggal.
Abang-abang marah kerana ibu meninggal.

Salah dia ya lahir?

Apa itu ibu? Melissa tak tahu. Tapi kenapa dia asyik dituduh sembarangan sedangkan makna sebenar ibu pun Melissa tidak tahu.

Airyn kasihan dengan Melissa. Dari luar dia nampak seperti anak orang kaya yang manja dan menjengkelkan. Tetapi di dalam, Melissa itu rapuh.

"Si Sofi tu pun satu. Mulut dia tu boleh buat dua buah negara berperang tahu tak?" Ujar Ryana, tidak berpuas hati.

"Kau masih nak kejar diorang Mel? Aku rasa harini patut jadi asbab kau berhenti. Diorang dah melampau." Airyn bersuara.

"Why not kau mengalah saja? Dari apa yang aku tengok, tak ada manfaat kau pertahankan diorang," cadang Kiara. 

"Hah?" Melissa terkejut. "Maksud korang dengan mengalah? Kenapa aku yang kena mengalah? Kenapa aku yang kena mengalah sedangkan diorang hak milik aku!"

Ketiga sahabat itu terdiam.

"Ezra tunang aku, Kiara. Kau tahu kan berdosa hukumnya kalau ada yang cuba nak pisahkan kami sekarang? Dan Danish tu abang aku. Diorang sama-sama milik aku. Kenapa aku kena berhenti raih diorang sedangkan diorang tu keluarga aku?"

"Kenapa asyik-asyik aku yang kena bertingkah dewasa? Kenapa aku yang paling muda ni dipaksa jadi matang? Kenapa aku dan bukan orang lain? Kenapa aku yang dipaksa supaya faham orang lain tapi diorang tak pernah nak faham aku!" Luah Melissa. Air matanya mengalir.

Raga, Airyn Where stories live. Discover now