Part 6

20 3 0
                                    


Airyn diam, cuba mendengar penerangan guru setelah pembelajaran dimulakan. Sesekali dia menguap, tidak berminat dengan mata pelajaran biologi. Matanya dikerdipkan beberapa kali.

Dia menopang dagu, cuba mengekalkan tubuhnya dari terjatuh. Miss Vanessa masih belum perasan akan dirinya yang tidak terlalu fokus. Silap hari bulan dia boleh di denda berdiri di luar kelas. Airyn malas bergerak.

Emir mencuri-curi pandang kearah kekasihnya yang kini beralih tempat duduk.

Dia mendengus kecil. Merajuk sampai tukar tempat pula. Dijeling manusia di sebelah Airyn, Arfan. Lelaki berkaca mata yang sedang menggeletar kuat kerana merasakan aura permusuhan daripada Emir.

Nampaknya Arfan salah kerana bersetuju menukar tempat duduk dengan Airyn. Sudahlah pagi tadi diugut Airyn, sekarang dia dibuat musuh oleh Emir. Dasar pasangan gila! Malang sekali nasib Arfan.

Apan cuma nak hidup tenang dan score nombor satu saja dalam kelas. Huhu.

"Airyn Medina! Kamu ingat kelas saya bilik tidur kamu ke?" tegur Miss Vanessa dengan suara rendah. Suara yang lebih menakutkan daripada saat dia marah.

Airyn yang ditegur, satu kelas yang merinding seram. "Sorry, miss."

"Pergi basuh muka. Tak payah masuk kelas saya!" Halaunya. Airyn mengangguk faham.

Dengan langkah longlai dia keluar dari kelas. Entah kenapa dirinya terasa agak lemah sekarang. Apa mungkin karma melawan cakap boyfriend? Eh, kau ingat suami?

Po dah!

Bukannya tandas tempat dia tuju, sebaliknya kantin. Airyn duduk di salah satu kerusi lantas merebahkan kepalanya berbantalkan lengan. Matanya terkatup rapat.

Dengkuran halus kedengaran tak berapa lama kemudian. Emir menghampiri seraya menunduk, memandang wajah Airyn yang tenang saat tertidur. Dia pergi membeli roti dan susu buat gadisnya itu.

Emir duduk di hadapan Airyn, menatap wajah yang kini sudah tidak dilapisi makeup tebal sehingga hampir membuat orang-orang tak mengenalinya. Senyuman pendek terukir di bibirnya sehingga hampir-hampir tidak terlihat.

"Ai, kau selalu dapat buat aku gagal marah dengan kau. Dasar kepala batu."

---

Melissa mengusap pipinya yang terasa sakit itu. Semalam, dia ditampar oleh sang ayah. Lagi-lagi kerana salah faham.

Danish yang tak balik ke rumah, dia yang kena marah. Semalaman Melissa dikurung di dalam bilik, tak diberi makan.

Padang sekolah dipandang dari rooftop ini. Air matanya mulai bergenang. Dia bukan gadis yang kuat seperti yang orang luar tengok. Dia rapuh. Melissa ingin menangis dan menjerit sekuat hati tapi dia malu. Malu ada yang mendengar.

"Kenapa aku? Kenapa aku yang kena lalui semua ni? Tuhan, tak boleh ke aku akhiri dunia ni? Aku dah penat!" luah Melissa.

"Jangan!" jawab satu suara. Melissa tersentak.

Dia menoleh, melihat Uwais yang sedang duduk di salah satu kerusi tak jauh darinya. Mata lelaki itu tak memandangnya sebaliknya menatap langit.

"Jangan. Sebab nanti tak ada siapa nak tolong kuburkan," sambung Uwais sambil tersenyum.

"Uwais!" Jerit Melissa, agak terkejut dengan kehadiran sahabat Ezra itu.

Uwais ikut sama ketawa untuk beberapa saat kemudian kembali serius.

"Jangan pernah terfikir untuk bunuh diri, Mel."

"Sini!" Panggil Uwais sambil menepuk kerusi yang berada di sebelahnya. Kedudukan mereka masih berjarak. Melissa menurut.

"Walau apa pun yang diorang buat, jangan pernah terfikir untuk mati. Masih ramai yang sayang pada kau," ujar Uwais. Melissa tersenyum nipis.

"It just a suicidal thought. Semua orang pernah lalui."

Uwais menghela nafas panjang.

"Kau akan dapat keadilan suatu hari nanti," ujar Uwais sambil tersenyum. Matanya masih setia menatap langit. "Aku dengar Airyn dah berubah. Tak kejar Emir dah. Kau pun sama ke?"

"Tak tahu. Mungkin? Kau nak aku berubah?"

"Jangan berubah jadi orang lain demi Ezra." Ada nada tidak suka dari suara Uwais.

"Aku takkan berubah demi dia! Buang masa je!" bentak Melissa.

"Kalau macam tu, teruskan. Seorang ratu macam kau layak mendapatkan raja yang akan menyanjung tinggi kau. Bukan yang merendahkan kau," ujar Uwais. Melissa mengangguk.

"Thanks, Wais."

"Hm? Aku belum buat apa-apa pun."

"Nasihat kau dah masuk dalam kepala aku," ujar Melissa sambil tersenyum, ikhlas. Kepalanya diketuk dua kali.

"Baru kalini ada orang yang nasihat aku dengan lembut dan bukannya sambil marah-marah atau main tangan. Terima kasih."

Uwais menjatuhkan pandangan pada Melissa yang tidak memandangnya. Matanya bergetar tapi dia cepat-cepat menoleh kearah lain. Uwais tak senang duduk.

"Pipi okey?" Soal Uwais, perasan akan kesan bengkak pada pipi gadis itu. Melissa mengangguk. "Dah kurang rasa sakit," jawabnya.

"Betul? Kau nak aku belikan ubat?"

"Kau lebih-lebih pula. Aku kena tampar je bukan kena tembak sampai nak beli-beli ubat," ujar Melissa sambil ketawa.

"Kau buat aku risau."

"Tak perlu risaukan aku. Aku kan bukan girlfriend kau."

"Kalau jadi girlfriend aku, baru boleh ke?"

"Aku? Girlfriend kau? Tak mungkin terjadi."

"Kenapa tak mungkin?"

"Sebab lelaki macam kau perlu cari seseorang yang boleh mencerminkan diri kau. Seorang wanita yang solehah. Aku? Aku solehot."

Tawa Uwais pecah. Boleh pula Melissa melawak sebegitu di saat-saat seperti ini. Entah dari mana gelaran 'solehot' itu Melissa dapatkan.

"Apa? Betul kan? Aku tak bertudung. Aku seksi. Aku perempuan yang tergila-gila pada lelaki. Aku kurang segalanya. Tak ada langsung ciri-ciri wanita muslimah yang masih ada sifat malu pada lawan jenis. Bukan macam kau. Kau sempurna."

"Aku tak sempurna, Mel. Tapi kalau boleh, aku boleh bimbing kau. Kita sama-sama belajar."

Jantung Melissa berdegup kencang. 'Jangan Melissa! Kau dah ada tunang!'

"Bimbing kau sebagai kawan," sambung Uwais. Telinganya sebenarnya dah merah saat menggoda Melissa sebegitu. Balik nanti kena solat taubat sebab dah goda tunang orang. Dosa!

Berdua-duaan begini pun sebenarnya dah berdosa. Ini semua salah syaitan.

"A—Aku pergi dulu. Mesti diorang dah cari aku." Melissa membuat alasan supaya dapat pergi dari sana.

Dia malu! Kata-kata Uwais dah bagaikan pedang goblin yang tersemat rapi di hatinya. Kenapa perlu sekarang seseorang seperti Uwais datang? Kenapa bukan dulu?

Kenapa harus Ezra Harsyad, lelaki yang dia cintai, bukan Uwais Faliq?

'Jangan Melissa Dahlia. Orang macam kau tak mungkin dapat bersama Uwais.'

To be continued

Raga, Airyn Where stories live. Discover now