Part 1

17 3 7
                                    

"Airyn... Airynnn!"

"Airyn bangun Airyn!"

"Korang rasa Airyn dah tak ada ke?"

"Kepala bapak kau?"

Suara-suara bingit di sekitar membuatkan Airyn terbangun. Tak tenang tidurnya disebabkan gangguan makhluk halus. Siapalah yang mengundang tetamu ke rumah walhal dia kan sedang tidur?

Kalau tidak umi, mesti umi juga orangnya. Ibunya memang suka biarkan tetamu datang ke rumah waktu dia tengah tidur di ruang tamu sampai mereka berkerumun mengelilinginya macam nak baca yassin.

Trauma!

"Eughh. Sakitnya."

Airyn membuka mata dengan perlahan. Seingatnya, dia hanya tertidur setelah menghabiskan sebuah novel baru milik jirannya.

Bosan, dia cuba menghiburkan diri dengan membaca novel terjemahan Indo ke Melayu, bertajuk My Antagonist Fiancé karangan Dewi Aulia. Daripada bertenang, novel itu membuatkan Airyn berasa marah.

Pasalnya, dia terlalu geram dengan watak utama, Sofia Zahra.

Entah kenapa, masyarakat sering menyanjung perampas yang berselindung di sebalik sifat lemah lembut protagonis.

Alkisahnya, Melissa Dahlia, watak antagonis yang disisihkan oleh tunang dan abang-abangnya.

Ezra Harsyad, tunang sah Melissa Dahlia.

Melissa Dahlia, memiliki tiga abang bernama Muzakir Darwish, Maliq Danish, dan Mirzan Daniel.

Abang-abang yang telah menyingkirkan dirinya dari hati mereka.

Tetapi mengapa Melissa Dahlia ditunjuk sebagai watak jahat? Mengapa tiada yang peduli dengan air matanya dan lebih memilih mengusap air mata orang asing, Sofia Zahra?

Adakah dirinya terlalu egois untuk mendapatkan semula hak miliknya?

Hanya Airyn Medina, Ryana Adela, dan Kiara Syakira yang menjadi teman rapat Melissa Dahlia. Mereka sentiasa berada di sisinya, melindungi dan memberi semangat. Hanya mereka yang tahu siapa sebenarnya watak jahat di dunia ini.

Sebab itulah Airyn membenci watak protagonis yang tidak sepatutnya mendapat pengakhiran bahagia bersama Ezra Harsyad.

Walaupun Ezra Harsyad menolak Melissa Dahlia kerana tidak suka dengan sikap Melissa, itu bukan alasan untuk Ezra menoleh pada perempuan lain. Itu sama sahaja dengan berlaku curang. Tidak kira sebaik mana Sofia Zahra memperlakukannya.

Walaupun hubungan seseorang itu sedang retak, jika ada orang asing yang sesuka hati masuk dan menarik salah satu supaya pergi, itu tetap dipanggil perampas. Sekali perampas, selamanya perampas.

Namun apakan daya, novel Indo memang selalu mampu membuat perasaan Airyn turun naik. Dari marah ke menangis. Sungguh pandai memainkan perasaannya.

●●●

"Airyn? Kau dah bangun?" tanya seorang gadis berambut ikal hitam dengan raut wajah gelisah. Dia membantu Airyn supaya bersandar pada katil. Gadis itu ialah Kiara Syakira.

Airyn memerhati sekelilingnya, melihat dirinya berada di dalam ruang kesihatan sekolah. Dia bingung melihat tiga orang pelajar perempuan yang memakai seragam aneh, menatapnya dengan penuh kerisauan.

"Ryn? Aku tanya ni, kenapa diam? Takkanlah terkena bola terus bisu? Lidah ada kena-mengena ke dengan otak?" soal Kiara.

"Entahlah, aku pun tak tahu," jawab seorang gadis berambut pendek, Ryana Adela.

Raga, Airyn Where stories live. Discover now