Part 2

12 4 0
                                    

Inshaallah update hari-hari. Nak bagi habis terus!

Airyn berlegar-legar di dalam biliknya, mencari barang-barang Airyn Medina yang mungkin boleh membantu dia untuk mengingat apa-apa yang dia terlepas. Sayangnya, Airyn Medina bukan gadis yang suka menulis.

Kata orang, biarpun watak novel hanyalah watak, bagi mereka, mereka hidup. Jadi tak mustahil ada hal yang pembaca terlepas kerana tak semua hal dalam hidup mereka yang diceritakan oleh penulis.

Airyn merebahkan tubuh diatas katil bersaiz king di dalam biliknya. Benarlah, hanya di dalam dunia fiksi sahaja dia mampu menikmati kemewahan.

Bahkan tadi dia baru tahu yang dia memiliki black card, yang rata-ratanya hanya dimiliki oleh orang yang benar-benar kaya. Sebelum ini dia tidak tahu kerana watak Airyn Medina hanyalah watak antagonis sampingan. Jadi kehidupannya tidak terlalu diceritakan. Logik novel remaja.

Sudahlah watak sampingan, tapi antagonis juga. Haih, kesian kau Airyn Medina.

Airyn tersenyum-senyum gila, membayangkan berapa banyak barang yang boleh dibeli dengan black cardnya. Gucci, Prada, Louis Vuitton— semuanya bakal menjadi brand cap ayam di matanya! Indah sekali menjadi orang kaya. Tidak perlu melihat tag harga untuk membeli.

Airyn mengambil telefonnya yang berada diatas meja. Ianya terbuka sebaik sahaja dihalakan ke wajahnya. Airyn membuat keputusan untuk menyelidik apa yang berada di dalam telefon watak sampingan ini.

Banyak pesanan yang dihantar kepada sang kekasih, Emir Zifran, yang jarang dibalas.

"Huff. Kita sekat!"

●●

Airyn turun ke bawah, ingin makan malam setelah terasa lapar. Saat dia berada di ruang makan, dia melihat daddy dan mummynya yang sedang menunggu. Kebetulan sekali. Adakah ini jodoh? Risau!

"Ai, jom makan?" ajak Mummy Liana. Airyn mengangguk, menuruti ajakan mummynya di mana itu membuatkan mereka yang berada di ruang makan terkedu.

Selalunya Airyn akan membalas acuh tak acuh sahaja. Tetapi kali ini Airyn terlihat seperti gadis manis yang penurut. Daddy Ayden yang melihat pun rasa aneh akan tingkah puterinya.

"Ai sihat ke?" Soal Mummy Liana, risau. Airyn mengangguk lagi sambil duduk di sebelah mummynya.

"Kenapa?" Soal Airyn, pelik. Mummy Liana menoleh pada Daddy Ayden. Daddy Ayden menggeleng perlahan, tetapi ianya tidak difahami oleh Airyn. Cakap bahasa manusia tak boleh ke?

"Tak ada apa. Selalunya Ai tak mahu makan malam dengan mummy."

"Kenapa?" Airyn kebingungan. Satu lagi hal yang Airyn tidak tahu tentang keluarga Airyn Medina Aldenham.

Mereka sangat misteri. Memang lah misteri kalau hidupnya sahaja tidak pernah diceritakan oleh penulis.

Mummy Liana mengangkat bahu. Dia pun tidak tahu alasan Airyn memperlakukan dirinya sebegitu. Padahal dia ibu kandung, tetapi malah dianggap seperti ibu tiri. Airyn yang sedar akan ketidakselesaan Mummy Liana terus bersuara.

"Ai minta maaf kalau sebelum ni Ai pernah kurang ajar dengan mummy dan daddy. Ai janji tak akan ulang lagi. Ai dah sedar akan kesalahan Ai. Mummy dan daddy sudi maafkan Ai?" Ujar Airyn dengan mudahnya. 

Bagi Airyn, mereka ini bukan wujud sebenar. Jadi Airyn tak memiliki perasaan yang berlebihan pada mereka. Jadi dia minta sahaja maaf sebelum tahu kejadian sebenar. Lagipula, mereka bukannya ibu bapa sebenarnya.

Raga, Airyn Where stories live. Discover now