Part 3

10 2 0
                                    


Sedari tadi, geng Ezra tak memalingkan wajah dari memandang geng Melissa terutamanya Airyn.

Perubahan gadis itu yang paling ketara. Dapat dilihat jelas Airyn membuang muka malas setiap bersemuka dengan Emir. Airyn cuma tersenyum pada sahabat perempuannya sahaja.

Aneh! Airyn memang dah biasa merajuk tapi rajuk kali ini lebih lama dari biasanya. Bukan nak jaga tepi kain orang, tapi janggal sahaja bila nenek lampir 2 tak beraksi.

Nenek lampir 1 a.k.a Melissa tetap sediakala.

"Mir, girlfriend kau dah tukar haluan jadi pelangi ke?" Soal Adrian, membuatkan semua yang berada di meja makan tersentak. Mereka menoleh memandang Adrian.

"What?" Soal Adrian, rasa seperti pertanyaannya tidak salah. 

"Ck. Jangan mengarut. Orang kalau patah hati pun, tak mungkin lah belok," balas Jaden.

"Aku setuju. Paling-paling si Emir ada buat salah besar," Ezra mencelah. Dia tak mahu ikut campur, tapi dia juga tertanya-tanya akan sikap gadis itu.

Kerana Airyn sekarang, Melissa langsung tak menyapanya sejak pagi. Bukan ke dia patut gembira?

"Tak baik la cakap hal buruk pasal Airyn. Airyn tu baik-baik orangnya."

Sofia mencelah. Dia yang berada di sebelah Ezra menayangkan wajah sedih. Mereka kecuali Emir menoleh kearah suara cengeng Sofia. Siapa juga yang cakap Airyn jahat tadi?

"Sofia, Sofia. Orang yang dah buli kau pun kau cakap baik," kekeh Adrian. Sofia menunduk tersipu-sipu. Malu-malu tahi anjing.

Ezra tersenyum nipis. Dia membelai rambut Sofia. Gadis itu terlalu baik untuk dunia.

"Ya tapi baik pun kena bertempat," celah Jaden. "Sofia kau tak pesan makanan?"

Sofia menggeleng. Dia baru sahaja tiba di sana sementara yang lain sudah lama memesan makanan.

"Saya nak pergi pesan makanan sekejap," ujar Sofia dan diterima anggukan oleh Ezra. "Hati-hati."

●●

"Kantin sini tak ada pelayan eh?" Soal Airyn. Ketiga sahabatnya itu berkerut.

"Kau ingat ni sekolah ke kedai nak ada pelayan?" Sinis Ryana.

"Buat apa bayar yuran mahal-mahal kalau makanan pun kena beli," bebel Airyn. Dia dah terbayang kantin yang ada robot macam di kedai mamak.

"Betul juga kan. Makanan pun takde la sedap makan," kutuk Kiara. Nasib baik dia cuma makan paling sikit tiga bungkus nasi lemak.

"Tak sedap pun kau habis berbungkus-bungkus," ujar Ryana. Kiara tersengih sambil membuat peace.

"Meh la aku tolong beli. Korang nak makan apa?" Kiara menawarkan diri. Airyn tersenyum-senyum sembari menyerahkan wang kepada Kiara.

"Ini yang kita mahu. Aku belanja. Beli macam biasa," jawab Airyn bagi pihak mereka. Airyn kurang tahu apa yang mereka biasa makan jadi dia memilih untuk playsafe sahaja.

Alang-alang dah jadi orang kaya baru, flex lah sikit duit yang ada.

Kiara mengangguk dan segera beredar.

Kini, tatapan Ryana beralih pada Airyn. Keningnya naik.

"Kau kenapa? Pandang kiri kanan macam takut-takut gitu?" Soal Ryana. Disebabkan Ryana, Melissa ikut sama memandang sekeliling.

"Aku tengah berjaga-jaga," jawab Airyn, membuat Melissa dan Ryana suspend.

"Dari apa?"

Airyn memanggil mereka supaya mendekat.

Raga, Airyn Where stories live. Discover now