Part 5

13 2 0
                                    

Airyn menggaru pipi, masih canggung berhadapan dengan Daddy Ayden setelah ditangkap basah di ruang tamu sepuluh minit tadi. Emir sudah pun dihalau pergi.

Mata Daddy Ayden masih tak tenang. Mahu jantungnya tercabut kalau dia tak lewat sampai tadi.

"Dasar anak Ziyad! Memang spesis main sambar je! Daddy memang tak suka bapak dia tu!" Daddy Ayden mula membebel.

Dari dapur, Mommy Liana datang membawa air kosong. Dia tadinya terkejut mendengar jeritan ngeri suaminya. Sangkanya ada pencuri, rupanya Airyn dan Emir yang tertangkap berpelukan di ruang tamu.

"Sabarlah. Diorang budak-budak lagi." Mommy Liana membela Airyn.

"Sayang! Tadi tu baru peluk. Kalau saya lambat masuk tadi, entah-entah."

Airyn dijeling tajam.

Sedangkan yang dijeling cuma mampu tersengih dengan wajah tak bersalah.

"Senyum, senyum. Daddy piat kang!"

Dengan pantas Airyn berlindung di belakang Mommy Liana.

"Ayang! Sudah-sudah lah tu. Awak lagi teruk zaman kita muda-muda dulu tau."

Giliran Mommy Liana memarahi Daddy Ayden. Nampak Daddy Ayden seolah menelan rasa pahit di kerongkongnya.

"Janganlah throwback..." lirih Daddy Ayden sambil menunduk.

"Daddy buat apa mommy?" Bisik Airyn. Rasa comel pula dengan kedua ibu bapanya ini.

"Daddy bukan setakat main peluk macam tu, kiss pipi pun pernah tau?" Mommy Liana membongkar rahsia sampai membuat sang suami malu sendiri. Airyn pura-pura terkejut dan tergamam.

"Tapi lepastu tertangkap dengan atuk. Bengkak muka daddy sampai seminggu masuk hospital hahahaha!" Gelak Mommy Liana.

"Ke—si—an!" Ejek Airyn sambil ketawa.

"Ai! Kalau Ai buat macam tu juga, daddy balas sama dekat boyfriend kamu tu."

"Cubalah welkk! Nanti Ai mengadu dekat atuk daddy kacau Ai."

Terus terkatup mulut Daddy Ayden. Dia memang lemah kalau bersangkut hal ayah mentuanya itu. Orangnya garang sampai kadang-kadang lututnya lemah. Padahal orang tua itu dah berkerusi roda.

Barangkali kerana bekas askar, aura kaptennya masih berbekas sampai Ayden pun seram.

"Dah-dah. Ai yang penting jangan ulang lagi. Kalau tidak, dekat situ juga mommy kahwinkan kamu dengan Emir. Faham?"

"Faham!"

"Sayanggg! Mana boleh! Saya tak rela!"

●●●

Airyn berlari menuju ke pagar rumah.
Matahari belum muncul memandangkan baru jam enam pagi. Dia nak biarkan Emir marah.

Sengaja cari masalah.

"Selamat pagi, driver!" Sapa Airyn, terkekeh-kekeh ketawa mengusik Ryana.

"Pala hotak kau driver. Dasar penumpang!" Balas Ryana.

"Pagi-pagi jangan marah. Nanti cepat tua," usik Airyn.

Ryana mendengus kecil. Dia mengisyaratkan Airyn supaya memakai seatbelt sebelum keretanya bergerak menuju ke rumah Kiara.

Tak lama, mereka sampai di hadapan rumah Kiara. Selepas menyapa ibu kepada Kiara, mereka kembali bertolak.

"Ryana, ini ada makanan untuk anjing kau. Mommy aku salah beli wetfood untuk anjing," ujar Kiara sambil menunjuk bungkusan makanan dari dalam begnya.

Raga, Airyn Where stories live. Discover now