Opah sering memanggilnya dengan nama timangan Awang Kenit. Tempoh hari, matanya digigit cengkenit. Kesannya masih kelihatan.
Nampaknya dia begitu teruja. Sepatutnya dia memakai baju sejuk tetapi dimasukkan ke dalam beg. Beg tersebut pula telah disumbat ke dalam perut bas, tempat letak beg. Akhirnya, dia hanya berselimut.14 Februari 2023, 1.40 pagi sudah di dalam bas yang bergerak dan 5.30 pagi berhenti di Dengkil. Dia tidak pasti mahu makan apa pada asalnya walau Umi menunjukkan beberapa jenis makanan yang boleh dipilihnya, akhirnya pilihannya memang berbeza daripada yang lain. "Ayah minum kopi satu gula je kan?" dia bertanya, dalam masa yang sama mengingatkan Ayah. Kemudian, dia melari-larikan jarinya yang halus pada skrin sesentuh, mencuba permainan yang ada dibantu Umi.
Perjalanan baru saja bermula, gegaran sememang terasa di sepanjang perjalanan yang masih panjang. Yang sedang dilalui, yang sudah pun berlalu dan setiap saat yang datang ada cerita dan perkara yang perlu ditempuhi untuk pengalaman yang bakal menjadi panduan serta pengajaran, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Cerita PendekAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...