Penghujung hari kadangkala mengingatkan kita tentang perkara yang telah dikerjakan sejak awal pagi.
Tambah-tambah hari cuti, sudah pasti rutin dan kerja tak seperti di tempat kerja bagi yang tak bekerja di rumah. Kadang-kadang sudah lima hari bekerja, hari cuti dirasakan hanya ingin duduk saja, tapi pandang ke kiri dan ke kanan, pandang ke depan dan ke belakang, pandang ke atas dan ke bawah, ada yang tak sedap mata memandang, itu bermakna ada yang perlu dikerjakan walau fokus asalnya lain. Jika dirasakan kepuasan menyelesaikan sesuatu perkara itu lebih penting, jika dirasakan sesuatu perkara itu jika dibiarkan dan akhirnya mesti juga diselesaikan, maka keutamaan sudah berubah.
Begitulah, sejak celik dan sebelum berakhir dengan menutup mata, banyak perkara yang baik perlu dikerjakan kerana pastinya kita semua mahukan yang baik-baik saja menemani hidup kita, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...