Ayah meneruskan cerita yang masih berlangsung sebelum berpenghujung.
Cukup beruntung bagi yang dapat menghabiskan saat-saat yang mahu dikenang bersama dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Mungkin ada yang tak berkesempatan langsung, mungkin ada yang berpeluang sebentar, mungkin ada hanya sedikit cerita yang dipegang sebagai kenangan cukup berharga, mungkin ada hanya sebaris kata-kata yang meninggalkan kesan dan mungkin ada hanya secebis gambaran kebahagiaan serta kegembiraan.
Cerita masih berlarutan, banyak saat untuk dikenang, banyak saat akan tercipta, bersyukurlah. Cubalah kenang yang baik-baik, cubalah impi yang baik-baik walau yang pahit berlegar-legar!
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...