Elite Gardens Hotel, 4 Ogos 2025
DI dalam dewan besar dan megah ini, orang ramai sudah mula berkerumun di hadapan pentas. Kebanyakkannya terdiri daripada golongan orang ternama dan orang kaya.
Masing-masing cantik dengan busana mereka tersendiri. Para lelaki, elok terbentuk disarung dengan baju kemeja. Manakala bagi wanita, cantik tersarung dengan gaun pelbagai warna bersama dengan kipas tangan pada mereka.
Ini bukan hanya satu majlis lelongan bagi sebuah hasil karya seni. Bagi sesetengah manusia di sini, ini merupakan satu tempat yang terbaik untuk mencari jodoh.
"Greetings people! for today's night, you guys can call me Daniel Kris" Seorang jejaka yang lengkap dengan kemeja berwarna navy-blue berkata lantang menerusi pembesar suara yang berada di tangan kanannya.
"and also a major moment," Lelaki yang baru sahaja mengenalkan dirinya sebagai Daniel Kris sedari tadi, menghalakan tangannya ke arah sebuah lukisan yang dihiasi dengan bingkai emas.
"Saya persembahkan, The Invisible Candle by Alexandrite!" Lantang Daniel Kris melaungkan nama hasil seni kepada si pelukis yang terkenal itu untuk dilelong lukisannya.
"Here, at the Elite Gardens Hotel, I start the bidding here at 1000 Hyonar!"
"1001!"
"1002!"
"1003!"
"2000 Hyonar! Yeah 2000 Hyonar already!"
Persekitaran mula senyap. Hanya suara Daniel Kris selaku juru lelong sahaja yang bersuara menyatakan harga yang sedang dilelong. Makin lama, nilai lukisan makin mencanak naik.
Para pelanggan sudah menggangang telefon bimbit masing-masing. Para wartawan sudah mula mencatat nota. Tidak ketinggalan juga juru gambar yang tidak berhenti mengambil gambar untuk diletakkan pada catatan akhbar mereka. Ada juga yang akan menjual gambar itu.
"3000 yes!"
"5000!"
"Alright-alright. Calm down ladies and gentleman, do not worry."
"To 5 thousand the spirituality of 1 million. Don't worry, calm down and take your time. I have all the time in the world."
Daniel Kris mula membuat lawak jenaka menyebabkan seluruh dewan mula bergelak ketawa buat beberapa sebelum terdiam semula. Nampaknya, ramai yang berperang demi mendapatkan sebuah karya seni daripada Alexandrite.
"3 million that is Hezriq bid againts you step on. Saya akan menjualnya kemudian untuk jumlah bersejarah, pada 3 juta Hyonar Hoscua."
Orang ramai mula senyap. Bermakna, sebuah lukisan ternama itu, bakal jatuh pada tangan seorang bangsawan yang membeli sebuah lukisan bernama The Invisible Candle by Alexandrite dengan harga 3 juta Hyonar Hoscua.
"So now, the work of art sold at auction for 3 million Hyonar by Sir Hezriq!" Tukul diketuk sekali bagi menandakan bahawa lukisan ternama itu, sudah pun ada pemiliknya dan tiada lagi yang mampu mendapatkannya buat kali kedua.
Orang ramai mula menepuk tangan. Satu dewan besar ini mula bergemuruh dengan keriangan dan siulan yang dibuat.
Tuan Hezriq yang sedang naik ke atas pentas untuk menerima sebuah lukisan teragung itu susah tersengih sumbing.
Tanpa mereka sedari, ada yang memerhati. Sedia untuk mengambil lukisan itu daripada pemilik asal.
2024, Hoscua
|Prologue I*Hyonar adalah mata wang negara Hoscua.*

YOU ARE READING
BLACK MASK | OG
Mystery / ThrillerHoscua, sebuah negara yang terkenal dengan gelaran kota seni. Negara yang mempunyai banyak bangunan kesenian yang mampu menarik perhatian para seniman untuk mendapatkan inspirasi hasil karya mereka. Namun, hadirnya seorang penjenayah yang dikenali...