02. FIRST MEET

55 4 0
                                    

KEDUA-DUA belah tangannya menumbuk punching bag yang tergantung dihadapan menggunakan sepenuh tenaganya. Kakinya pula diangkat lurus ke atas menendang punching bag tersebut sehingga beg itu ke belakang. Aksi itu berterusan sehinggalah telefon bimbitnya berdering.

Rambut panjangnya diraup ke belakang. Tuala kecil yang terjatuh di atas lantai diambil dan menyapunya pada seluruh wajahnya yang dipenuhi dengan peluh. Dia menenangkan diri buat seketika sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Alvara, tolong lapor diri ke ibu pejabat, segera."

"Baik tuan." Panggilan terus dimatikan. Air mineral yang berada di sebelahnya diambil dan diteguk sehingga separuh.











BANG! BANG! BANG!

Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah papan target dan kesemua tembakan tepat berada pada bahagian simbol X.

Rasa seperti ada getaran di poket seluarnya. Pistol yang berada pada tangan, diletakkan di atas meja yang berada di hadapannya. Shooting earmuffs dilepaskan daripada telinganya. Telefon diambil daripada kocek seluar dan terus mengangkat panggilan tersebut.

"Isaac, sila lapor diri ke pejabat saya. Asap."

"Yes sir."

Tanpa melengahkan masa, Isaac terus mengemas segala barang yang digunakannya sedari tadi. Selesai sahaja, dia terus menggorak langkah ke pejabat ketuanya untuk melapor diri.














ISAAC meletakkan telapak tangannya di atas tempat pengimbas cap jari. Lampu LED berwarna merah berjalan di atas tangannya. Apabila pengimbas itu mengenali pemilik tangan, lampu LED berwarna hijau pula yang menutupi tangan kanannya.

"Welcome Agent Isaac." Suara komputer menyapa Isaac sebelum pintu pejabat dibuka secara automatik.

Isaac berjalan ke hadapan sedikit sebelum menundukkan separuh badannya.

"Good afternoon sir."

"Yes Isaac. You may sit." Lelaki gagah dihadapannya menghalakan telapak tangan kanannya pada kerusi yang berada di hadapan mejanya.

Selesai melabuhkan punggung, plat nama yang berada di hadapannya, dibaca sekilas.

Timbalan Ketua RAOI Putera Azwar bin Putera Khairullah.

"Apa hajat tuan panggil saya ke sini?" soal Isaac tanpa berbasa-basi. Biji mata gelap milik Putera Azwar ditatapnya tanpa berkelip.

"Sebenarnya..." Perbualan mereka terganggu apabila bunyi pintu dibuka daripada luar. Isaac dan Putera Azwar sama-sama menolehkan kepala ke belakang dan memperlihatkan seorang wanita yang badannya tersarung lengkap dengan suit rasmi agensi mereka.

Berkemeja putih yang ditutup dengan blazer berwarna hitam dan juga berseluar hitam. Perilaku wanita itu sama seperti Isaac yang baru sahaja muncul tadi.

"Maaf lambat tuan." Alvara menunduk lagi sekali sebelum meneruskan langkahnya.

Putera Azwar menggeleng perlahan. "You may sit Alvara."

Isaac hanya memandang atas bawah wanita berambut panjang yang diwarnakan wine red melabuhkan punggung di sebelahnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Putera Azwar kembali.

"Sebenarnya, saya dah bincang dengan ketua saya untuk satukan kamu berdua dalam misi menjejaki Le Vide." Satu fail yang dicop dengan cop berwarna merah yang mempunyai logo Royal Agency Of Intelligence (RAOI)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BLACK MASK | OGWhere stories live. Discover now