0.1 BLACK MASK

114 5 2
                                    

Hospital Endeavour Agency, 14 Januari 2023

            "I'M so sorry I can't attend your walk show Enriq." Jelas terpampar raut wajah serba salah Alvara. Kini, dia hanya mampu membuat panggilan video bersama tunangnya, Enriq. 

"Oh no worries, love. Saya tahu awak tak ikut bersebab," Enriq yang sudah pun berada di dalam kapal terbang tersenyum kecil membalas. 

"Rest well, love. I don't want my sweet agent get sick for a long time," sambung Enriq lagi. Pandangannya mula sayu tiba-tiba. Dan itu membuatkan Alvara makin diselubungi rasa sebersalah. 

"Oh no don't make such a face. Awak buatkan saya terus nak terbang daripada hospital ni ke sana tau!" Alvara terus menegur. Enriq tidak membalas apa-apa malah hanya menghamburkan tawanya. 

"Okay enough Alvara Ryan. Got to go now. Nanti dah sampai saya call awak balik." 

"Alright. Wish you luck for your new design. Oh ya, terbang elok-elok tau!"

"Hahaha should I give this message to the pilot?"

"You should but afraid you might get jealous." Alvara mengenyitkan sebelah matanya sebelum dia sendiri yang mematikan panggilan. 

Suasana mula kosong. Telefon bimbitnya ditekapkan di dada. Hembusan nafas lemah dilepaskan. Entah kenapa hatinya menjadi tidak tenang. Badannya tiba-tiba berbahang. 

Ting!

Bunyi notifikasi telefonnya berbunyi. Serta-merta Alvara membuka pesanan tersebut. Daripada Enriq yang berbentuk sebuah pesanan suara. 

"Art has always found a way to speak to my heart. It give me chills. And you've been my favourite piece. Rest well my love. I love you till the end of my day. I'll always love you. What ever happen, please don't lose hope. I love you to the moon and back." 

Selesai sahaja mendengar pesanan suara itu, jarinya laju menekan papan kekunci telefon bimbitnya. 

"Why'd you say that? You make me worried now. Hey, are you okay?"

"Enriq?" Tiada apa-apa balasan. 

Jantungnya mengepam dengan lebih laju. Segala prasangka buruk terbenam di dalam mindanya yang tidak boleh dikawal lagi. 





H23 Airlines, 14 Januari 2023

            SELEPAS sahaja panggilan dimatikan, Enriq tersenyum sendiri sambil memandang tingkap kapal terbang yang menunjukkan keindahan langit siang yang dihiasi dengan awan putih yang berkepul-kepul. 

Seketika, dia mendapat idea. Buku lukisannya diambil dan mula mencoretkan sebuah lukisan seorang wanita yang bergaun putih. Inspirasi daripada awan yang dia lihat. Perincian bulatan-bulatan kecil yang diletakkan pada penghujung gaun yang melambangkan permata berlian untuk menunjukkan nilai eksklusif. 

Setelah selesai lukisan ringkasnya, buku lukisan itu diletakkan di meja hadapannya. Badannya tiba-tiba terhuyung-hayang. Para penumpang yang lain sudah mula menjerit kecil. Terkejut.

"Turbulence," gumam Enriq. Cukup hanya dia seorang sahaja yang mendengar. 

Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menghantarkan pesanan suara kepada tunangnya. Telefon bimbit segera diraih. Kontak nama Alvara dicari dan mula menekan simbol mikrofon.

"Art has always found a way to speak to my heart. It give me chills. And you've been my favourite piece. Rest well my love. I love you till the end of my day. I'll always love you. What ever happen, please don't lose hope. I love you to the moon and back."

BLACK MASK | OGWhere stories live. Discover now