Elite Gardens Hotel, 4 Ogos 2025
MALAM ini, bukan sahaja acara lelongan lukisan Alexandrite. Malah, ianya juga merupakan majlis makan malam bagi golongan elit.
Dewan ini dihidupkan lagi dengan irama orkestra daripada ensembel muzik, Lunacy Orchestra. Ensembel muzik ini, sememangnya amat terkenal di persada dunia. Sudah tentu bukan calang-calang majlis mampu membayar mereka.
"AHHHHH!" jeritan nyaring seorang wanita bergema di seluruh dewan berselang-seli dengan orkestra yang ada di tepi pentas itu. Lunacy Orchestra dididik untuk menjadi profesional.
Apa sahaja yang terjadi, mereka perlu habiskan muzik mereka.
Semua orang mula berkerumun ke arah figura wanita yang baru sahaja menjerit sedari tadi. Nampaknya, wanita itu sudah pun mula terduduk sambil memegang kedua-dua belah telinganya.
Makin ramai yang terpekik-terlolong apabila melihat keadaan sekujur tubuh seorang wanita yang sudah bernyawa ikan. Dada wanita itu berombak laju sambil mulutnya mengeluarkan cecair putih kekuningan.
"Milady!"
"Jangan dekat. This is the crime scene sir." Seorang lelaki bersama dengan tuxedo hitam menahan individu yang dipercayai suami si mangsa
"But she's my wife!"
"Oh my Angel!" Lelaki itu mula terduduk. Meratapi kematian isterinya tanpa sempat dia menghargai saat-saat terakhir bersama si isteri.
Datang lagi seorang jejaka bersama dengan tuxedo kelabu menghampiri mayat itu. Jarinya dibawa ke nadi wanita itu.
"She's dead."
"Close the hall! Jangan benarkan sesiapa pun keluar atau masuk!" Lantang jejaka itu memekik mengarahkan untuk ditutup pintu gerbang dewan. Menandakan, majlis akan berhenti.
"Siapa kau nak arahkan kami untuk hentikan majlis ni?" Berang seorang lelaki yang rambut dan misainya yang kian memutih.
"Saya, Detektif Isaac daripada unit Endeavour." Isaac mula mengeluarkan lencana Endeavour dan menunjukkannya tepat ke arah muka lelaki tua yang menegurnya sedari tadi.
Perlahan, lelaki itu mula berundur ke belakang dan akur akan arahan Isaac. Kalau dia lawan, memang menempah maut namanya!
Kini, pasukan orkestra mula mendiamkan muzik mereka. Apabila ada orang daripada agensi besar seperti Endeavour, mereka perlu akur.
"Zaqaria, call forensic team." Zaqaria yang bersama tuxedo hitam itu mengangguk kepalanya sekali dan mula mengeluarkan telefon bimbitnya.
Keadaan mangsa diperhati buat seketika. Hanya untuk mengenal pasti punca utama mangsa meninggal dunia.
"Poisoned."
"Kejap. Dimana The Invisible Candle?" Keras satu suara menegur keberadaan lukisan yang baru sahaja dilelong tadi.
Tuan Hezriq mula menumpukan pandangannya ke arah pentas besar.
"Mana lukisan tu?!" Pandangannya ditolehkan ke kiri dan ke kanan memandang seorang demi seorang untuk meminta penjelasan. Pandangannya tajam.
"Lukisan itu dicuri!"
|Hoscua, 2025
Chapter 1

ANDA SEDANG MEMBACA
BLACK MASK | OG
Mystery / ThrillerHoscua, sebuah negara yang terkenal dengan gelaran kota seni. Negara yang mempunyai banyak bangunan kesenian yang mampu menarik perhatian para seniman untuk mendapatkan inspirasi hasil karya mereka. Namun, hadirnya seorang penjenayah yang dikenali...