𝟎𝟖𝟎 : 𝐇𝐎𝐓𝐓𝐄𝐒𝐓 ✓

1.6K 45 1
                                    

VILLA Rocelesia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

VILLA Rocelesia. Tempat mereka berteduh sepanjang percutian ini. Keempat-empat keluarga merancang percutian mereka bersama di hujung tahun. Tentunya meriah mengisi villa itu. Ditambah pula dengan anak-anak mereka yang pelbagai ragam.

Derapan tiga pasang kaki menapak keluar dari ruang dapur setelah menyiapkan dan menghidangkan juadah di atas meja makan. Menjengah ke ruang tamu, terlihat figura yang sepatutnya bersama mereka di dapur itu sedang berada di sofa empuk dengan santainya.

Mengalihkan mata ke lantai yang berlapik dengan baby play mat, Denzel Izzreq, Hadiqa Thalia, Reyll Miqhay dan Reyla Marvessa sedang bermain bersama. Alethea Innaya pula berada di dalam baby swing.

Alethea merupakan anak ketiga Asyraff dan Dahlia. Hanya beza dua tahun daripada Denzel. Benar kata Dahlia, tidak boleh percaya ungkapan Asyraff yang tidak akan terbabas itu. Tapi tidak mengapa, semua kan kurniaan rezeki Ilahi.

Setakat ini, Alethea seorang sajalah yang paling bayi. Anak kembar Rayyan dan Medina pun sudah berusia setahun. Denzel dan Haniqa pula sudah masuk dua tahun. Untuk pengetahuan, Zehra juga sedang menunggu hari untuk bersalin anak keempat pula.

Manakala anak-anak mereka yang lain pula sudah makin aktif. Sudah makin cerdik. Makanya sedang berseronok menyelam bersama bapa-bapa di kolam renang hadapan villa. Berjam-jam mandi tidak ingat dunia masing-masing itu.

"Amboi! Diva anak empat ni! Senang-lenang dia ja duduk sini. Orang lain sibuk memasak" Zehra memetir suaranya memerli Medina yang senang-lenang membelek telefon di atas sofa.

Dahlia dan Tiara yang turut menapak keluar dari dapur bersama Zehra itu sekadar tertawa mendengar bebelan Zehra buat Medina yang hanya mempamerkan ekspresi tidak bersalah.

"Eh siapa cakap aku senang-lenang duduk sini? Aku bersusah-payah juga tahu? Aku tolong jagakan anak korang ni" Medina menjawab tidak mahu mengalah sambil memuncung bibir memaksudkan mereka di baby play mat.

Padahal benar dia bersenang-lenang saja di sofa empuk itu. Rayyan juga yang memesan kepada Zehra, Dahlia dan Tiara agar tidak membiarkan Medina terlalu membuat kerja. Dia tidak mahu Medina bersusah-payah! Disebabkan itu makin berlemak Medina duduk goyang kaki saja. Dasar Medina Arysa!

"Ya lah tu. Dari tadi belek telefon ja tahu. Apa kau buat? Mesti tengah shopping online" Zehra menyindir Medina.

Mereka semua sudah akrab dengan sikap Medina tatkala tekun membelek telefon. Pasti Medina sedang membeli-belah dalam talian. Itulah Rayyan pun, acap kali memanjakan Medina dengan wang.

"Dah lah tu Zehra, Medina. Makanan pun dah siap masak. Apa kata pergi panggil diaorang masuk makan. Dari tadi diaorang mandi kolam, tak sejuk ke masing-masing tu" Dahlia segera memintas sebelum pertelingkahan terus berlaku antara Zehra dan Medina.

"Panggil diaorang? Biar aku yang panggilkan!" Pantas saja Medina bangun dari sofa untuk bergegas ke arah kolam renang. Raut wajah juga penuh riang.

"Kenapa Medina teruja sangat tu?" Tiara tergelak kecil memandang Zehra dan Dahlia. Dahlia mengangkat bahu tidak tahu.

Hunky ManWhere stories live. Discover now