MATA dipejam rapat, tiupan angin yang menampar perlahan pipinya sungguh menenangkan. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghadap ke arah katil hospital yang masih berpenghuni. Bibir lorek senyum. Tiada apa yang berubah, keadaan lelaki itu masih begitu namun Diana masih setia menunggu. Rindu rasanya ingin disakat oleh abangnya dan rindu ingin bergelak tawa bersama.
Klak!
Pantas kepala ditolehkan kearah pintu. "Eh ibu, kenapa datang tak bagitahu?"
"Macam tak suka aje ibu datang"
"Ibu ni, orang tanya je. Kalau ibu bagitahu bolehlah Ana pergi jemput ibu tadi" tutur Diana sambil memuncungkan bibirnya. Wajah gadis itu masam mencuka. Hayati pula tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Hayati kini reda dan menerima takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan. Dia percaya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"Biar ibu pula yang jaga abang kamu. Kamu pergilah makan dulu. Kesian anak ibu ni, bersungguh-sungguh jaga abang" Hayati melemparkan senyuman lembut kearah Diana.
"Boleh ke?"
"Boleh.... Apa yang tak boleh? Dah pergi beli makanan dan makan dulu"
"Baik ibu. Ibu nak pesan apa-apa tak?" soalan itu diajukan oleh Diana. Hayati menggeleng sebagai jawapan.
Diana keluar daripada bilik pesakit dan langkah dibuka menjauhi bilik pesakit. Tanpa amaran, bahunya dilanggar seseorang, lantas Diana mengaduh sakit dan menggosok bahunya. Pantas dia menoleh ke belakang, matanya kini bertembung dengan sepasang anak mata yang berwarna hitam pekat, hanya matanya sahaja yang kelihatan dan separuh wajahnya ditutupi dengan pelitup muka hitam serta lelaki itu juga memakai topi. Melalui matanya, dia nampak cemas.
"S...sorry" Setelah mengucapkan permintaan maaf, lelaki itu tergopoh-gopoh bergerak meninggalkan Diana.
"Laju betul dia berjalan, nampak hantu ke? Kalau iya pun lapar jangan la langgar-langgar orang. Dah lah, makan lagi bagus" Diana angkat kedua belah bahunya dan menapak menuju ke kafeteria hospital yang sangat hampir dengannya.
Bismillah dilafaz lantas buah mangga itu digosok pada baju dan digigit. Buah mangga pun sudah ranum jadi lebih mudah untuk digigit. Tidak kisahlah bersih atau tidak, yang penting perutnya terisi. Punyalah khusyuk dia makan sampai tidak sedar sudah dua biji buah mangga dihabiskan.
"Habis ke buah kau tu? Macam tak aje. Kalau tak nak bagi aku. Bukan apa, nanti berlaku aktiviti pembaziran. Amalan syaitan" tutur Zayn selamba.
"Lebih baik hamba yang menghabiskan buah ini daripada membiarkan syaitan melakukannya. Benar bukan?" Anak mata gadis itu tepat mengarah ke arah Zayn. Dia berbicara dalam nada perlian sambil bibirnya tersenyum mengejek.
"Apa pandang-pandang, kau nak kata aku syaitan eh. Mulut tu elok-elok sikit, kau jangan sampai aku gantung kau dekat pokok mangga ni tau. Dah lah pendek" Memang silaplah dia nak memerli Zayn, lelaki ini memang tak boleh dicuit sikit kalau tidak pasti ada sahaja ayat-ayat menyakitkan hati akan dilontarkan.
"Mengapa tuan hamba terasa hati? Hamba tidak menujukan hal itu kepada tuan hamba. Jika hamba pendek pun, apa permasalahannya? Tuan hamba iri hati?" tutur Cahya, riak wajahnya masam mencuka. Dia mengecilkan mata memandang lelaki itu dengan rasa geram yang teramat sangat.
"Alahai soalan pun, dah terang-terang kau kutuk aku tahu. Budak tadika pun tahu lah bila dengar cara kau cakap tu. Satu lagi, buat apa aku nak iri hati dengan kau. Tak ada faedah pun. Pendek"
Dia abaikan tutur kata Zayn yang telah menambahkan rasa panas hatinya dan meneruskan sesi menjamu selera. Khuatir jikalau dilayan lebih-lebih, dia juga yang jadi gila sebentar lagi.
Beg yang berada di tepinya itu diambil dan disangkutkan di bahu. Zayn bangun daripada duduknya dan mengibas bahagian belakang seluar yang berdebu itu. Cahya yang melihat tergopoh-gopoh bangun mengikuti langkah lelaki itu. Tanpa banyak bicara mereka berdua meneruskan perjalanan, malas hendak bertekak. Menyakitkan hati sahaja.
"Kanan ke kiri?" soal Zayn apabila mereka berdua perlu memilih jalan hutan yang terbahagi kepada dua itu.
Kepala yang tidak gatal digaru oleh Cahya. Dia pun tidak tahu sebenarnya, jadi dia tembak sahajalah mana tahu betul. "Kanan" Suara dan wajahnya dibuat-buat yakin, padahal entah betul entah tidak.
'Yakin betul minah ni, boleh percaya ke? Mana tahu dia main hentam aje kan. Minah ni bukannya betul sangat. Sewel' kata Zayn dalam hati sambil memandang gadis itu menggunakan ekor matanya sahaja.
"Kau yakin?"
Apabila soalan itu menerjah gegendang telinga, gadis itu mengganggukkan kepalanya laju bak burung belatuk.
"Yakin!" Balasnya lantang. Tetapi tiada siapa tahu bahawa suhu tangannya sekarang ini sudah bertukar sejuk macam mayat. Bagaimana kalau di laluan tersebut ada harimau, beruang atau hantu. Ish Takutnya!
"Kalau macam tu jom, kau masuk dulu"
"Hamba? Mengapa pula? Tuan hambakan lelaki"
"Ish iyalah! Banyak bunyi pula kau ni"
Kaki mula menapak, Zayn mendahului perjalanan diikuti Cahya. Jejaka itu menelan air liurnya payah apabila melihat pepohonan yang tumbuh meninggi di sepanjang laluan tersebut. Hanya beberapa tembusan sinar mentari sahaja yang menembusi payungan pokok besar disitu. Sekurang-kurangnya tidaklah gelap sangat tetapi ini sudah cukup menakutkan.
'Kenapalah berani sangat kau ni. Sepatutnya kau biarkan aje si sewel tu masuk dulu. Huh, tak apa, stay cool. Acah berani sikit'
"Apa fasal kau tarik-tarik beg aku ni? Jalanlah betul-betul" soal Zayn apabila dia berasa begnya dipegang oleh gadis itu. Dia berpaling ke belakang.
"Hamba memegang ini untuk keselamatan. Kita tidak tahu marabahaya apa yang bakal melanda di tempat sebegini" Gadis itu tersengih tidak bersalah. Sudah hendak terkucil rasanya sekarang ini. Benarkah jalan yang mereka lalui ini, serasa berada di dimensi lain.
Sedang dia berjalan memimpin gadis berkebaya itu, kakinya tidak sengaja tersadung dan hilang keseimbangan. Mujurlah dia sempat berpaut pada pohon berdekatan.
"Eh tuan hamba!" ujar Cahya kaget. Tangan yang berpegang pada beg tadi terlepas. Dia mendekati jejaka itu.
Turun naik dada Zayn kerana terkejut. Badannya dijauhkan daripada pohon, dia memusingkan badannya membelakangi pokok itu.
"Auch! Aduh sakitlah!" Spontan ayat itu terlepas daripada bibir Zayn apabila kepalanya terhantuk kepada sesuatu. Cepat-cepat tangannya naik menggosok dahi dan apabila matanya tertancap pada objek yang menghentam kepalanya dia tergamam.
"Seri, Lari! Cepat!" jerit Zayn keras. Dia membuka langkah seribu, tanpa banyak soal gadis itu mengikuti langkah Zayn. Macam-macam hal.
"Mengapa?" Cahya bertanya sambil berlari. Siapa sahaja yang tidak panik, tiba-tiba disuruh berlari sebegitu.
"Le... Lebah!"
"Huh! Lebah? Ibu!" balas Cahya panik. Dia mempercepatkan tingkat kelajuan lariannya.
Mereka bernasib baik, kebetulan ada sungai berdekatan. "Terjun!" Jerit Zayn panik. Lengan Cahya ditarik sama untuk terjun ke dalam sungai. Dia memang panik saat ini. Sudahlah penat berlari, belum sempat menghirup oksigen mereka terpaksa terjun pula ke dalam sungai. Ini semua kerana sang lebah yang sibuk ingin mengejar mereka. Padanlah, siapa suruh mengganggu sarangnya kan sudah mendapat.

ANDA SEDANG MEMBACA
OUTLANDISH LOVE
RomancePertemuan yang tidak pernah diduga itu menimbulkan seribu satu persoalan di benak fikiran. Klasik, itulah perkataan yang dapat diungkapkan apabila Danyal Zayn menjejakkan kaki ke negeri Puspa Suasa. "Sorry cik sorry. Saya baru teringat, cik ni custo...