BAB 4

30 15 1
                                        

           BUNYI dentuman guruh menyedarkan Zayn daripada lena. Tangan naik menggosok mata ingin mengurangkan rasa mengantuk. Kemudian dia mengurut lehernya pula. Kepala didonggakkan ke atas, kelihatan langit cerah menandakan hujan bakal menyirami bumi tak lama lagi.

"Langit? Syiling bilik aku mana?" ujar Zayn dalam keadaan mamai. Setelah lama dia termangu baru dia ingat kejadian yang berlaku di siang hari.

Bunyi guruh dan jeritan seorang gadis yang bergema menggegarkan hutan. Pantas Zayn memalingkan wajah ke sebelah kanannya. Kini matanya tertumpu pada susuk tubuh seorang gadis yang sedang menggigil ketakutan. Dia sedang menekup kedua-dua belah telinganya dengan tangan.

"Eh.... kau dah bangun? Kau okay ke tak ni?" spontan suara serak-serak basah itu bertanya.

Senyap. Dia memutuskan untuk pergi lebih dekat dengan gadis itu

"Kau kenapa?"

"Hamba... takut akan guruh"

"Oh. Alang-alang kau dah sedar, jomlah kita keluar dari hutan ni"

"A... Ayuh"

Seusai itu, mereka berdua berjalan seiringan. Suasana malam di hutan semestinya gelap tetapi dengan cuaca yang mendung membantu mereka melihat walaupun hanya samar-samar.

Zayn menggaru kepala, dia melihat gadis itu teragak-agak ingin menentukan jalan yang perlu mereka lalui.

"Kau tahu ke tak jalan keluar ni?" Soal Zayn. Cahya menggangguk dengan wajah yang kurang meyakinkan.

BAM!

Tangan Cahya dengan pantas melekap di telinga. Lututnya juga terasa lembik. Timbul rasa kasihan terhadap gadis itu, tetapi apa yang boleh dia buat. Menyediakan servis peluk memeluk kepada gadis itu? Gila. Idea yang mengarut dan bodoh. Zayn menggeleng kepala, fikirannya sudah melayang jauh.

Keluhan terlepas dari bibir lelaki itu. "Kau sebenarnya tahu ke tak jalan keluar. Cuba bagitahu aku betul-betul"

"Ta... Tahu cuma... hamba kurang pasti kerana jalannya gelap" balas Cahya perlahan. Kalau tiada Zayn di situ, mungkin dia akan menangis sekuat-kuatnya. Sudahlah dia dikelilingi dengan persekitaran yang menyeramkan ditambah pula dengan dentuman guruh dan kilat.

"Haih.... lain kali kalau tak tahu bagita..." Belum sempat dia habiskan ayatnya hujan mula menitik satu persatu mengena tubuhnya. Dia mengeluh lagi. Perkara yang dia ingin elakkan kini terjadi.

"Jom kita cari tempat berteduh dulu" Zayn berlari anak diikuti dengan Cahya. Pohon yang rendang dan besar di hadapannya menjadi sasaran. Akhirnya Zayn melabuhkan punggung di bawah pohon tersebut.

"Kenapa kau ikut aku? Pergi lah duduk dekat tempat lain. Sibuk aje" Tutur Zayn tidak berpuas hati.

Cahya mencebik. Dia menggosok belakang lehernya. Matanya mula berkaca, dia sebenarnya takut mahu duduk seorang diri jadi dia ikutlah lelaki itu. Zayn pula menggulingkan matanya.

Tiba-tiba guruh berdentum lagi, kali ini bunyinya lebih keras. Cahya menjerit ketakutan dan spontan tangannya bergerak memeluk lengan Zayn, badannya menggigil.

"Hei, hei apa pegang-pegang ni? Kau nak ambil kesempatan ke atas aku kan? Gatal" soal Zayn dengan wajah serius, matanya dipicingkan. Cahya yang baru tersedar akan hal itu pantas meleraikan pelukan. Dia menjarakkan dirinya dengan Zayn.

"M...maaf hamba tidak berniat untuk berbuat sedemikian" Usai itu Cahya dengan pantas memalingkan wajahnya ke arah lain dan menampar pipinya perlahan.

'Memalukan!' bicara gadis itu di dalam hati.

Hujan semakin lama semakin lebat. "Kalau berterusan macam ni memang basah kuyup dibuatnya" Zayn mengeluh perlahan. Keluh kesahnya didengari oleh gadis yang duduk berdekatan dengannya itu.

"Tuan hamba...." Ayatnya dibiarkan tergantung. Matanya kini tertumpu pada suatu tempat.

"Apa? Kau nak peluk aku lagi? Jangan nak gatal eh, aku bagitahu mak kau nanti. Biar mak kau kurung kau dekat bawah tanah"

Dahi gadis itu berkerut mendengar bebelan yang mengarut daripada lelaki itu. Kenapalah dia tidak mendengarkannya sehingga selesai.

"Bukan...."

"Habis tu?"

"Itu, lihat di sana" ujar Cahya. Jari runcingnya dituding ke arah sebuah pondok usang yang diperbuat daripada buluh. Terlihat menyeramkan tetapi itu sahaja yang ada untuk menggelakkan diri daripada basah.

Zayn berdecit. "Kenapa kau tak bagitahu aku tadi? Penat aku membebel tahu" Dia mula bangun dan rambutnya yang menutupi dahi diraup kebelakang. Mata Cahya tidak lepas daripads memandang jejaka di hadapannya ini. Kacak sungguh, tambahan pula apabila rambutnya diraup kebelakang.

Hujan semakin lebat, Zayn berlari anak menuju ke pondok usang itu. Cahya juga turut berlari anak ke destinasi yang sama. Jikalau terus berdiri di kawasan turunnya hujan pasti lencun baju yang dipakai. Tetapi entah bagaimana gadis itu tersadung ke atas tanah.

"Aduh!" Cahya mendesis kesakitan. Zayn yang mendengarnya menoleh kebelakang, membuntang matanya melihat gadis itu sudah terjelepok ke atas tanah. Dia segera berpatah balik untuk membantu Cahya.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Kau ni cuai lah. Kau boleh berjalan tak?" Cahya menggeleng lantas menundukkan kepalanya memandang tanah. Hujan yang semakin galak diabaikan.

"Nak aku tolong?" Mendengarkan bait-bait kata yang meniti keluar dari mulut lelaki itu, dia segera memandang tepat ke wajahnya. Tidak mengganguk atau menggeleng dia hanya membisu tanpa sebarang jawapan. Zayn mengeluh.

Tanpa sebarang kata, lelaki itu mencengkam lengan Cahya yang berlapik dan membantunya bangun secara perlahan. Mereka berdua sudah basah kuyup ditimpa hujan. Mujurlah mereka sampai juga di pondok tersebut

"Sebab kau lah aku basah lencun macam ni. Lain kali jalan tu tengok kiri, kanan, atas, bawah dulu. Kan dah terseliuh, nasib baik tak patah terus" bebel Zayn panjang lebar sambil kemejanya diperah dan diletakkan ke atas bahu gadis itu. Gadis itu kelihatan terpinga-pinga.

"Mengapa tuan hamba meletakkan kain ini di atas bahu hamba?"

"Sebab aku nampak kau macam tak selesa. Pakai aje lah tak payah banyak soal"

Gadis itu mengganggukan kepalanya. "Apakah itu? Hamba tidak pernah melihat nya"

"Ini beg lah, beg sandang belakang tu. Takkan kau tak tahu? Tak logik"

"Tidak, hamba belum pernah melihatnya sebelum ini. Boleh hamba sentuh?" Matanya terarah pada wajah Zayn, ingin meminta izin. Zayn mengganguk perlahan. Tangan gadis itu memegang beg tersebut dan membuka zipnya. Zayn hanya menjadi pemerhati.

"Ini apa?" Soal Cahya apabila kamera menyapa kornea mata.

"Banyak soallah kau ni. Sini" Zayn merampas kamera. Kini kamera bertukar tangan. Dia melekapkan kamera ke wajahnya. "Senyum"

Dengan sekali klik, gambar Cahya sudah ditangkap oleh Zayn. "Ni lah kegunaan dia" Ujar Zayn sambil menunjukkan foto tersebut.

"Wah! Sungguh menakjubkan"

"Memang.... I know that"

Cahya mengesot sedikit ke sebelah kanannya. Suhu badannya semakin dingin begitu juga dengan Zayn.

"Duduklah jauh sikit, apasal nak menempel dekat aku ni. Haih kau ni memang kan...." bebel Zayn. Matanya hanya fokus pada kamera sahaja.

"Bukan salah hamba tetapi hujan yang menempias ke sini. Tuan hamba lihatlah sendiri"

Zayn mengalihkan pandangan dan ya, memang hujan sudah menempias ke hampir keseluruhan bahagian pondok. tersebut. Tidak perasan pula dia. Terpaksalah mereka berdua berhimpit-himpit di situ. Terketar-ketar tubuhnya menahan kesejukan. Sudahlah hanya t-shirt sahaja yang membaluti badan. Dia mengambil beg sandang dan memeluknya.

OUTLANDISH LOVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang