Prolog... Memori

64 5 5
                                    

Dia meluru jalan keluar dari gua nan dipenuhi sinar pahit kebenaran, memori yang suram kini menenggelamkan tujuan diri bersama akar persoalan. Akhir dari kewujudan dan status sebagai pewaris lenyap oleh kuasa takdir yang memutuskan segala hal bahagia yang dia ada.

"Kenapa kau lari dari aku Flick! Kenapa kau nak hantar aku pulang." getusnya kesal sambil mengetap bibir dek geram. Dia ingin tahu menyebab, dia mahu dekat dengan kekasihnya.

"Cara mudah untuk tolong dia adalah kau duduk dekat pangkuan keluarga asal kau, Yuu. Kau tahu apa yang kau hadapi sekarang ni?" terlintas suara perempuan mabuk yang dia kenali, amarannya tidak diendahkan.

Naluri bergejolak tuk bertarung menentang musuh sebenar yakni kakak kepada Flick, dia tidak gerun walau harus menghadapi sesiapa yang hanya ada di kepalanya adalah menyelamatkan kekasihnya dari melakukan pengorbanan tubuh.

Cahaya makin bersinar dapat dilihat di depan matanya namun pantulan memori setiap dirinya melangkah bermain pita ingatan yang mendakwa dirinya adalah dirinya.

"Kulitmu cerah, suara rengekan kamu tak bising. Yuu, Ibu sayangkan kamu."

Pantulan memori memaparkan susuk si ibu memeluk erat tubuh kecil bayi di ruang wad, awal bagi kehidupan.

"Usah menangis, mereka yang buli kau hanya iri dengan diri kau saja. Mereka bodoh!"

Suara dari susuk kawan mula terpapar di ingatan, dia tak mengenali perempuan kecil itu namun suara itu agak bernilai.

"Tak mengapa jika kau hilang ingatan, tak mengapa jika kau tak diingati jikalau kau boleh mewujudkannya lagi. Yuu."

Suara lembut perempuan yang pernah dirinya sentuh telah menyedarkan diri, perempuan itu terngiang dalam kepalanya. Orang yang memberi semangat tuk kuat di perjalanan berliku. Entah baik atau buruk sekalipun dia tetap ingin maju atas kehendak diri dan naluri, Yuu ingin bertemu Flick.

"Aku ingin pulang tapi aku nak bawa Flick dari dunia tak guna kakak dia. Aku nak bebaskan dia dari jangkauan tak terbatas ni. Dengan cara tu aku boleh tunaikan hajat dia aku nak tunaikan permintaan dia!" gumam hatinya kuat menginjak langkah ke loncatan cahaya keluar.

Cahaya yang dirinya pijak mula menampakkan segenap kawasan rumput tetapi dia terlambat untuk perbaiki hal yang ada di menara, sepertinya dia tak mengetahui di mana gerangan diri berada.

"Langit pecah, mata bulatan terlalu besar! Semuanya dah berubah?!" Yuu tergamam memandang persekitaran langit dan bumi yang tampak baru baginya terus getaran kuat menekan pada diri, Yuu nampak pelbagai penglihatan.

"Jadi semua ni kerja kau?" soal seorang gadis berpakaian serba besi memandang tajam pada Yuu, dia ingin jawapan.

"Apa maksud kau?"

"Eye of Circle, langit retak, zon aura sekeliling dunia dan menara 7191." ucap gadis itu menghunus pedangnya dari sarung.

"Aku tak faham, aku tak ada masa nak fikir jadi beritahu aku. Aku dekat mana dan apa dah jadi sebenarnya."

"Dah agak kau berpura, sebagai kesatria diraja aku takkan beri keampunan." ujar gadis itu seakan bersedia tuk menyerang.

Kesemuanya sudah diatur lama oleh jalan cerita takdir oleh susuk bertaring dewi, entah apa tujuan asalnya yang sudah dipastikan adalah garis waktu, dunia palsu dan garis realiti sudah terbakar kian hadirnya gelar cinta. Tiada lagi jalan keluar untuk pergi mahupun balik, untuk kini dia harus hadapi sendirian.

Unknown Story
Confabulation
Arc 5 : Yuu, Flick dan Gaia.

UNKNOWN STORY : CONFABULATION (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang