"Weh, Sufi! Kau dah nak gerak balik terus ke? Tak nak lepak dulu?," Adrianna menghentikan langkahnya apabila namanya diseru oleh Qadeeja, rakan sekelasnya. "err..haah, aku nak cepat ni. Aku ada hal sikit bulan ni, tak dapat nak lepak sangat so, bubye!," Adrianna membalas sambil membetulkan beg sandangnya. Dia bergegas berjalan pulang untuk memulakan kerja sambilannya sebagai pembantu rumah.
Keluarga Adrianna bukanlah jenis yang kurang berkemampuan, ayahnya seorang jurutera yang terkenal, ibunya pula seorang usahawan butik yang berjaya. Dia berusaha untuk tidak meminta wang dari keluarganya, walaupun ibunya berkeras yang dia tidak kisah jika Adrianna memerlukan duit darinya. Adrianna sudah tekad untuk belajar hidup berdikari secara perlahan-lahan, untuk mendapatkan wang dan juga hidup sebagai seorang dewasa walaupun umurnya masih 17.
"Sufi gerak dulu ya, ibu," kata Adrianna sambil menyarung kasutnya di depan pintu. "haih...betul2 kamu ni nak kerja kemas rumah orang? Bijak2 pun amiklah kerja yang menunjukkan kebijaksanaan kamu tu," Puan Aqilah, ibu kepada Adrianna mengusap kepalanya yang sudah tersarung tudungnya. "takpelah ibu, Sufi nak biasakan diri dengan kerja2 biasa dulu.. nanti dah habis SPM Sufi cari kerja yang lagi bagus dari tukang gaji," Sufi meyakinkan ibunya dan mula melangkah ke keretanya. Puan Aqilah hanya tersenyum melihat semangat anaknya yang seorang itu.
"mak oi... Besarnya rumah! memang habis tulang belulang aku kemas selama sebulan ni," Adrianna menggumam pada dirinya sendiri. Selepas mengenalkan diri pada pakcik guard depan rumah itu, Adrianna masuk dan terlihat kelibat isteri tuan rumah besar itu sedang menyiram pokok bunga. "Assalamualaikum, puan..sa-saya dah sampai," kedengaran sedikit gugup dari suara Adrianna. Wanita itu menoleh dan memberi senyuman manis pada Adrianna. "silakan masuk, mari saya bawa awak pusing-pusing satu kawasan dulu ya," kata wanita itu. Adrianna mengangguk dengan sopan dan berjalan mengikut wanita itu. Selepas beberapa minit meneroka isi rumah besar itu, Adrianna menukar bajunya dan memulakan kerjanya sebagai house maid. Dia membantu wanita itu menyiram pokok, kemudian menyapu bahagian depan rumah dengan cermat. Wanita itu adalah Puan sri Halimah, isteri kepada Tan Sri Hisham, tuan rumah besar itu. Sedang dia leka menyapu laman rumah itu, terlintas satu fikiran nakalnya. 'Paun Sri rumah beso2 agak2 dia ada anak tak? laki ke pempoan ke? agak2 bole buat geng ak hehe' desis hatinya. Namun cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya. Orang selalu kata kalau orang kaya ni pelik-pelik perangainya. Lagi-lagi yang berkawan dengan orang yang terlebih kaya. Macam-macam nak dibelanjakannya. Selesai menyapu, dia bergerak ke dalam rumah dan mula mencapai vakum untuk mulakan kerja pembersihan dalam rumah. Dari bawah ke atas, kemudian ke bawah semula. Mengelap habuk di tingkap, meja kaca dan juga membersihkan bilik air setiap bilik tidur yang ada di rumah itu. selesai saja kerjanya dia merehatkan diri sebentar di bilik khas yang disediakan untuknya sebagai pembantu rumah disitu. "pelik, kalau kat rumah sendiri nak capai mop pun malas, ni tetiba kat rumah orang ni elok pulak keje aku sampai atas bawah bilik air semua aku redah kemaskan tadi," dia bercakap sendirian kemudian meneliti jam tangannya. Sudah pukul 4.00 petang, tiba masanya untuk menyiapkan minum petang. Adrianna bergerak ke dapur, biasanya pada waktu begini sesuai untuk menjamah cekodok atau manisan goreng yang sesuai. Dia mengutuskan untuk masak cekodok sahaja. Sedang sibuk mengeluarkan bahan dari almari dapur, seseorang masuk ke ruangan dapur dengan keadaan tergesa-gesa dan kelam kabut membuka peti ais dengan kasar. Adrianna yang terkejut menjerit dengan kuat,"Ahhh!! perompakk!!," dia tidak dapat melihat wajah susuk tubuh tersebut kerana lelaki itu memakai topi keledar yang melitupi sebahagian wajahnya. Adrianna segera mencapai batang penyapu di sebelahnya, memandangkan itu sahaja senjata yang terdekat dia ada. "eh kau siapa ha? nak mencuri barang rumah ni siap bukak almari dapur bagai ha?! mentang-mentang lah pintu belakang tak kunci! Dahlah perempuan! Kau tak malu ke?!," Lelaki itu bersuara kasar. Adrianna mencebik,"eh lelaki! Pandai kau eah, nak kata aku pencuri pulak, kau tu dengan helmet baju seluar semua hitam ni, nak merompak rumah ni pulak eah! Sebelum tuan rumah sampai baik kau pergi," Lelaki itu tidak mempamerkan reaksi takut, sebaliknya dia terkejut dan ketawa,"Eii minah ni, kau siapa nak halau aku? Patutnya aku yang halau kau sekarang ni. Kalau aku taknak keluar pun, kau nak buat apa?," kata lelaki itu. "a-aku sebat kau pakai batang penyapu ni," sekali lagi lelaki itu ketawa terbahak-bahak mendengar ugutan Adrianna. "eh, jangan gelak eh! haritu tulang belakang Tok Sah hampir patah dek terkena pukulan aku tau," Adrianna makin serius, serta merta lelaki itu berhenti gelak. 'tulang belakang patah eh' desis hatinya. Tiba-tiba muncul Puan Sri Halimah dengan cemas,"eh apa ni, kenapa gaduh ni?," katanya. Adrianna terus bersuara,"Puan, dia cuba nak merompak kat dapur ni!," Lelaki itu panas mendengarnya, lalu menepuk meja," kau siapa nak tuduh aku ni ha?!," Puan Sri Halimah semakin cemas,"eh sabar....err Adrianna, ni anak saya, Mierul Aiman," selepas mendengar penjelasan Puan Sri, Adrianna tercengang," A-anak?," Lelaki itu mencabut topi keledarnya dengan senyuman sinis,"lain kali, tanya dulu, jangan membabi buta cop aku perompak, kan dah terkena kat batang hidung sendiri," pedas ayat Mierul menusuk jiwa Adrianna. 'hek eleh, mamat ni pun tadi main cop aku as pencuri barang almari dapur takpe pulak!, Adrianna sekadar mampu menempelak dalam hati. Tiba-tiba, dia tersedar sesuatu. Dia meneliti semula wajah lelaki itu, kemudian tergamam. "Mierul Aiman? A-artis Mierul Aiman???," Mierul tersengih sinis," apahal?,"oh, completely disaster!!
YOU ARE READING
SALAM BUAT CINTA HATI🤍
Romance"Jumpa lagi suatu hari nanti, salam buat cinta hati" bertemu dengan masa yang tidak terduga, Adrianna jatuh hati pada sang jejaka yang terkenal sebagai artis muda melayu yang sangat kacak, iaitu Mierul Aiman. Mulanya, pemuda ini tidak tertarik langs...