7

63 4 0
                                    

"Kenapaa awak sebut nama saya? Kuat pulak tu dengan mention nama panjang nya," bebelan Adrianna mengundang ketawa Mierul. Mereka berjumpa di belakang kantin secara rahsia. "elelelelele malu kee,"usik Mierul dengan ketawa kecilnya. "alahh biarla orang nampak pun sweetnya Mierul bersama orang yang disukainya,"kata Mierul dengan sengih nakalnya, membuatkan Adrianna tersenyum malu. Mierul tersedar ada beberapa 'paparazi' yang merakam mereka. "Addriana, ada orang paparazi kita ah," bisik Mierul perlahan. Adrianna memusingkan kepalanya dengan wajah yang tersangat garang. Mereka yang menjadi 'paparazi' itu segera melarikan diri. Adrianna agak digeruni pelajar kerana dia merupakan penolong ketua pengawas di sekolah ini.  "fulamakk, diorang takut dengan awak eah,"Mierul terlopong melihat Adrianna yang kelihatan marah dengan pelajar tadi. "dahla, jom pergi..awak mesti ada apa-apa sesi lepasni kan?," kata Adrianna terus berlalu tanpa menunggu Mierul lagi. "aish....dia dah pergi,"gumam Mierul sebelum dia terlihat kelibat Nadhir Nasar menghampirinya,"oi, Mir kau buat apa kat sini? Kita kene show up kat  pameran jualan tu,"ujar Nadhir. Mierul mengangguk, dalam masa yang sama tiba-tiba jantungnya merasakan sesuatu yang tidak kena. Seperti sesuatu yang bakal terjadi pada Adrianna kelak. "weh, Nadhir, kau gerak dulu. Aku rasa cam ada benda yang tak kena la," kata Mierul dan terus berlalu. Nadhir tiada pilihan lain, dia harus mengikuti Mierul kerana ingin tahu tentang apa yang membuatkan Mierul resah sebegitu. 

"apa ni, tepilah orang nak jalan!," marah Adrianna apabila sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 5 mengepungnya secara tiba-tiba. "apa hubungan kau dengan Mierul? dengar cerita kau jumpa dia senyap-senyap kat belakang kantin,"ujar salah seorang senior itu. Adrianna membuat muka meluat, menyampah mahu layan kerenah gedik mereka,"ada masalah dengan kau ke kalau aku  ada apa-apa dengan Mierul pun?," Adrianna cuba mengetepikan dirinya untuk meninggalkan tempat itu, namun ekor tudungnya ditarik oleh senior itu,"heyy main tarik-tarik tudung anak orang lah pulak!,"tempelak Adrianna marah. Senior itu pula menolak dia dengan kasar sehingga Adrianna jatuh ke lantai. "kau dengar eh betina, Mierul tu aku yang punya," keras sekali nada senior itu. belum sempat senior itumenyentuh tudungnya untuk ditarik lagi, suara Mierul mengejutkan semua yang berada disitu,"WOI! APA KORANG BUAT NI?!," kecut perut para senior tingakatan 5 itu apabila terdengar tengkingan Mierul itu. Nadhir yang mengekori turut terkejut sehingga terhinjut bahunya. "a-abang Mierul.. ka-kami," belum sempat salah seorang bersuara, Mierul terus menyampuk ,"eiii natang ni, korang blah sekarang!!," tempelaknya sambil meluru ke arah Adrianna. Dia merapatkan diri dan bersuara lagi,"berani korang sentuh Adrianna ni lagi, aku tak tergak-agak lapor kat guru disiplin korang,"ugutannya berjaya membuat senior-senior itu lari lintang-pukang ketakutan. Nadhir segera menghampiri mereka,"weh, kok ngamuk betul kau ni, eh by the way, budak ni okay tak?," "lantak ah, diorang berani weh nak buli, kat tempat open lak tu,"Mierul kelihatan seperti tidak puas hati.  Adrianna membetulkan tudungnya dan berdiri,"it's okay, sikit je ni,"nada suaranya yang dingin membuatkan Nadhir kerisauan,"eh, kalau ada luka celah mana-mana tu baik gi tengok-tengok dulu,"kata Nadhir. Mierul,"betul ni? Nape tak lawan balik dorang tu?," Adrianna memandang Mierul dengan riak yang selamba,"diorang kan senior awaknya,"balasnya membuatkan Mierul tersengih, begitu juga Nadhir. Tanpa melengahkan masa, Adrianna meminta diri dan kelibat kumpulannya yang tercari-cari akan Adrianna menjerit memanggil namanya. Nadhir menepuk bahu Mierul, mengajaknya pergi ke pameran tersebut. Mierul yang tiada pilihan lain, berjalan meninggalkan tempat itu. "mana korang pergi ni, haish budak-budak sekolah ni terjerit-jerit cari korang," tegur Amir Ahnaf sebaik sahaja Nadhir dan Mierul memunculkan diri. Mierul memberi senyuman kepada para peminatnya, namun dalam hatinya, berlingkaran rasa risaunya pada Adrianna. 

"wehh Sufi, kau kene beli nii...gambar Mierul weyhh," Han menarik lengan Adrianna menghampiri kawasan baju yang dipenuhi dengan cetakan gambar-gambar pelakon Project High Council. Adrianna tersenyum melihat gambar itu. Sememangnya Mierul digilai ramai. Tidak hairanlah jika ada yang datang cari gaduh dengannya kerana dengki akan melihat keakraban dia bersama Mierul. "bole la, aku amik yang ada muka dia je hehe,"Adrianna membalas kata-kata Han dan mengambil baju yang lebih kurang designnya seperti sweater, dihiasi dengan aksi comel wajah Mierul pada baju itu. "ehem-ehem, suka betul tengok cetakan baju tu,"tegur seseorang di belakang mereka. Adrianna tersengih mendengarnya, dia memusingkan kepalanya dan terlihat Aisyqal yang menegur dia. "HAHAHA suka hatilahh, dah nama pun minat so, why not kan?," balas Adrianna selamba dan berlalu ke tempat lain bersama Han, Farzana, Ariena dan Qadeeja. Aisyqal tersenyum hambar selepas mendengar kata-kata Adrianna itu. Mereka berlima yang sudah puas memilih barang yang menarik meluru ke arah meja kaunter untuk membuat pembayaran. Tiba-tiba, muncul tiga pelakon yang menjadi kegemaran para gadis untuk terjerit sakan disitu. "haii, nak kenal boleh?," sapa Amir dengan senyuman yang lekang di pipinya. lengan Amir disiku Mierul, dan dia tergelak kecil sambil matanya dituju pada Adrianna. "Adrianna kan?," Amir meminta kepastian. Adrianna mengangguk kepalanya dan membalas senyuman Amir. "ni, Mierul ni..,"Mierul bertindak menampar bahu Amir dan mereka ketawakan Mierul yang tersipu-sipu. Mereka beramai-ramai berbual rancak selepas habis sesi pembayaran itu. Namun, perbualan mereka tidak lah begitu lama selepas peminat-peminat itu berkerumun kepada mereka. 

"Ariena!," Jamal memanggil Ariena yang leka membelek bunga di taman persekolahan mereka. Kelibat Jamal yang kian menghampriri menyedarkan Ariena, lalu gadis itu memusingkan posisinya menghadap jejaka itu. "Jamal! kenapa tu?," tanya Ariena. Jamal menghadiahkan senyuman manis, menyerahkan sekotak hadiah pada Ariena,"nah, hadiah,"katanya. Ariena  terjerit kecil, teruja dengan pemberian Jamal. Jamal tersenyum riang, melihat Ariena yang menyukai pemberiannya. "nanti bukak kat rumah tau, jangan bukak sekarang, tak suprise nanti,"pesan Jamal sebelum dia berlalu dari situ. Ariena tersenyum riang sepanjang perjalanan ke kelas. Dia menceritakan hal itu pada rakan-rakan sekumpulannya. Mereka mengusik Ariena dan ketawa bersama seperti kebiasaannya. Pada hari sabtu, Ariena merancang untuk bertemu dengan 4 rakan baiknya. Mereka berkumpul di pasar raya besar IOI Putrajaya,"guys, nak tak kita shopping and enjoying some movies?," mereka berlima setuju sesama sendiri dan mula membeli belah. Adrianna menemani Farzana memasuki ke kedai jam tangan, kata Farzana, Aiman amat menyukai jam tangan yang menampakkan ciri-ciri lelaki paling cool. Adriana tergelak dan ikut sahaja kemana Farzana pergi, diikuti bersama Han, Ariena dan Qadeeja. "okay, Farzana dah beli jam dia, sekarang kita nak pergi mana?,"tanya Han. Mereka mengutuskan untuk menziarahi butik pakaian yang mempamerkan pelbagai jenis pakaian yang cantik dan menarik perhatian. Sedang leka membelek baju yang ada disitu, lengan baju Adrianna ditarik Qadeeja,"weh, tengok tu...tu bukan Mierul ke?," Adrianna mengalihkan pandangan ke arah yang dimaksudkan Qadeeja. Dia terlihat susuk tubuh Mierul yang sedang berbual sakan bersama gadis yang menjaga kaunter itu. Entah apa topiknya yang menampakkan mereka begitu mesra pun tidak tahulah, malas Adrianna mahu mengambil tahu. Mereka meluru keluar beramai-ramai dan menuju ke arah kawasan pawagam pula. "Sufi, kau dengan Han tunggu dulu kat sini boleh? Aku and others nak pergi beli popcorn dengan tiket, kita tengok hantu hehehe,"kata Ariena. Adrianna dan Han mengangguk bersetuju. Sedang mereka leka berbual, Mierul yang dari jauh menyedari kehadiran Adrianna disitu datang mendekati mereka,"ehh Adrianna, kebetulan pula kita jumpa kat sini," sapaan Mierul dibalas dengan senyum oleh Adrianna,"hii, kitorang nak tengok wayang, cerita hantu," ujar Adrianna. Mereka menyambung perbualan sehinggalah Ariena tersedar kehadiran Mierul disitu dan tak semena dia didatangi idea yang menarik. Segera dia kembali ke kaunter dan menambah satu lagi tiket. "ehh, Mierul ada sekalii? Mantap, alang-alang aku dah beli tiket lebih, bolehla Mierul join sekali!," Adrianna yang mendengar kata-kata Ariena membuntangkan matanya,"Ariena....," Ariena ketawa mendengar leretan suara Adrianna. Mierul senyum senang hati dan bersetuju. Adrianna meneguk air liurnya. 

'masak aku lepas ni mesti duduk sebelah dia!'

SALAM BUAT CINTA HATI🤍Where stories live. Discover now