Petang yang sunyi itu menenangkan fikiran Adrianna yang serabut. Dalam fikirannya penuh dengan wajah dan imbasan Mierul. 'kenapa la susah sangat nak lupakan mamat tu? Dia bukannya nak ingat kat aku pun' desis hatinya kepiluan. Tibaa-tiba pintu biliknya diketuk dari luar,"Kak, ada orang nak jumpa kak, mesti akak tak caye siapa yang nak jumpa akak tu," kedengaran suara adiknya Asyraff. "siapa? Malas laa nak keluar," ujar Adrianna kemalasan. "Mierul Aiman nak jumpa akaklah!," kata-kata Asyraff mengejutkan Adrianna. Terus terduduk dari terbaring. Segera dia menyarungkan tudung sarungnya dan bergegas ke pintu utama. Kelihatan bapanya dan ibunya yang tersengih padanya. "suka la tu, ada artis nak jumpa,"usik ibunya. "shhhh," Adrianna ketawa kecil sebelum membetulkan riak wajahnya dan keluar untuk berhadapan dengan Mierul yang menantinya di hadapan keretanya. "Awak dah kenapa tiba-tiba datang kat sini? Macamana awak tau saya tinggal kat sini?," Soalan Adrianna yang bertalu-talu itu membuatkan Mierul hampir tersenyum, rindu mendengar bebelan gadis ini,"takdelah, saja datang, tak boleh ke? Aku- saya tau tempat ni sebab pernah ikut awak senyap-senyap sampai sinilah,"bohong Mierul. Dia tidak mahu Adrianna mengetahui kegilaan yang dia hadapi semasa dia tercari-cari gadis itu. "lepastu, nak apa ni?," nada ego yang dibuat-buat Adrianna membuatkan Mierul ketawa kecil,"merajuk pun comel eh," usik Mierul dengan senyuman manisnya. Adrianna terpaku melihat senyuman itu. Terasa seperti dunia lenyap hanya mereka berdua disitu. Mierul yang melihat wajah Adrianna sebegitu tergelak,"rupa-rupanya mendalam jugak lah kan rindu awak kat saya?," usik Mierul lagi. "ish, perasannya," kata Adrianna, menutup perasaan malunya yang kian bertambah. "awak, mafkan saya..sebab selalu marah awak, buat awak terasa and buat hati awak sakit sepanjang pengenalan kita kat rumah keluarga saya tu,"Mierul memulakan bicara tujuannya disitu. Adrianna terdiam, sebenarnya tiada apa yang perlu dibicara lagi, kerana dia sudah lama memafkan jejaka itu. "kan saya dah lama maafkan awak," ujar Adrianna. Mierul menarik nafas dalam,"sebab saya sedar, saya sukakan awak, saya taknak lukakan perasaan orang yang saya suka," Adrianna tercengang mendengar pengakuan tersebut. ""H-haa?,"
"Woahhh serius laaa Mierul confess?!," Han tidak sedar ton suaranya meningkat akibat terlalu terkejut dengan khabar berita daripada Adrianna. Adrianna mengangguk tersipu-sipu malu. Wajahnya masih kemerahan apabila terkenangkan hari semalam. Dia tidak percaya bahawa Mierul menyukai dirinya. "ehem, Assalamualaikum, korang! Dengar ni aku nak buat pengumuman,"Aisyqal Hakiemie, ketua kelas mereka meminta perhatian pada semua pelajar kelasnya. "Rabu ni, pelakon-pelakon dari cerita Project High Council nak datang weh! Kita akan ada program dengan diorang, lepastu akan adakan beberapa jualan so, yang mana yang berminat tu bolelah siap sedia duit korang untuk program and jualan nanti," umumnya. Satu kelas bersorak riang gembira selepas mendengar pengumuman tersebut. Adrianna tergamam. Ah, sudah! Mierul akan datang sekali lah kan?!' Habislah, kalau tiba-tiba riuh satu sekolah tentang Mierul dengan aku macamana?'Dia bermonolog dalam hatinya, ketakutan. "Uyooo Sufi, Mierul mesti akan datang punya, dia Main Character kut?!," Kata Ariena dengan teruja. Adrianna menjadi kelam kabut seketika, kerana terlalu malu dengan rakan-rakannya yang pasti akan mengusiknya nanti.
"Lah, biarla kalau diorang tau pun?," Mierul membalas dengan selamba pada Adrianna dalam panggilan. Dia mendengar keluhan daripada Adrianna,"saya taknak la jadi sasaran senior nanti..dahlah yang minat awak bukan seorang, tapi ramai!,"kata Adrianna. Mierul tergelak tapi gelaknya kedengaran sangat romantis di telinga Adrianna. Sekali lagi wajahnya merona kemerahan. Ini baru dalam talian, belum lagi berhadapan dengannya. Tak semena dia tertamatkan panggilan itu, dek terlalu malu.
Eish, malunya!!
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Pada pagi rabu itu, masing-masing meneliti wajah, awning tudung, gel rambut dan juga pakaian mereka nampak kemas supaya mereka dapat mengambil perhatian para artis yang bakal mengunjungi sekolah mereka nanti. Setibanya limousin hitam di hadapan pagar sekolah, pelajar di dalam kelas menjerit seperti kera terkena belacan. "Mierul!! Amirr!! Nadhirr!! aaaaaa!!!," terjerit-jerit anak gadis yang hilang sifat malunya. Para artis yang menyedari nama mereka dipanggil melambai-lambai dengan senyuman mereka. Mierul tercari-cari kelibat Adrianna namun tidak kelihatan. Setelah mengadakan beberapa taklimat dan ucapan, mereka dialu-alukan untuk melawat setiap kelas yang ada di sekolah itu. Adrianna menelan air liurnya sehinggakan mulutnya menjadi kering, gusar dengan kehadiran Mierul. Tiba-tiba terdengar sorakan histeria yang semakin dekat dengan kelasnya. Dia mengambil kesempatan yang ada dengan mengintai dar pintu kelas belakang. Baru sahaja kepalanya dijengah sedikit ke luar pintu kelas, matanya dengan Mierul bertembung. Adrianna terjerit kecil dan segera mengalihkan kepalanya ke dalam kelas. Tercungap-cungap nafasnya akibat keresahan. "weh,weh Amir Ahnaf and the gang dah sampaii!!!," Jerit hanifa, memberi isyarat kepada kelas itu untuk bersiap sedia. Setibanya Mierul dan artis yang lain di hadapan kelasnya, dia terlihat Adrianna yang menyembunyikan wajahnya di sebalik buku tulis. 'alahai comel', bisik hati Mierul. "haiii semua! Saya dan rakan-rakan disini mengucapkan selamat kenal!," Mierul bersuara. Yang lain menjerit tahap kepekakkan yang maksima. Adrianna masih tidak berganjak dari tadi menarik lagi minat Mierul untuk memanggil namanya,"Adrianna...Adrianna Sufiyah, ada ke kat dalam ni?," semua mata tertumpu ke arah Adrianna dengan riak wajah yang kagum. Adrianna yang memang sudah merah pipinya.
aduhh habislah!
YOU ARE READING
SALAM BUAT CINTA HATI🤍
Romance"Jumpa lagi suatu hari nanti, salam buat cinta hati" bertemu dengan masa yang tidak terduga, Adrianna jatuh hati pada sang jejaka yang terkenal sebagai artis muda melayu yang sangat kacak, iaitu Mierul Aiman. Mulanya, pemuda ini tidak tertarik langs...