3

68 4 0
                                    

Adrianna masuk ke kelas dengan wajah yang berseri-seri. Apabila dia duduk di tempatnya, Qadeeja meluru ke arahnya ,"uit, awat senyum sampai nak koyak mulut tu?,"sapanya. Adrianna memandang tepat ke wajah Qadeeja,"i think i'm in love~,"kata Adrianna dengan suara yang meleret panjang. Qadeeja tergelak kecil mendengarnya. "dengan artis tu la kan?," Qadeeja cuba mengorek rahsia Adrianna. Adrianna selamba mengangguk dan tersenyum-senyum hingga tidak menyedari Ariena datang kepadanya,"Sufi, aku nak cakap sikit," pintanya. Adrianna menganggukkan kepala, sedia mendengarkan. "aku tengok, Aisy ashik pandang-pandang kau dari kelmarin ,agi. Korang ada apa-apa ke..?," Ariena memulakan ceritanya. Adrianna mengerutkan kening,"aku cakap dengan mamat tu pun tidak tiba-tiba ada apa-apa, cam pelik je,"Adrianna membalas bersahaja. Ariena mengangguk-angguk kepalanya, memahami. "eh by the way, ada lah sorang mamat ni an, orang panggil dia Jamal. He look so fine dho," Adrianna dan Qadeeja saling memandang antara satu sama lain selepas mendengar kata-kata Ariena. "uish, memang  fine la jamal tu, kau nak try dia ke?,"tanya Qadeeja. "hmm well, aku tak rasa dia nak balas perasaan aku, sebab yelaa aku ni nakal kemain dia tu pulak innocent boy," Ariena merendah diri. "cehh, kalau kau tak nak confess, aku bole pass kat Jamal," ujar Adrianna dengan kening terangkat-angkat, menyakat Ariena. "ehhh janganlaaa, belum masanya lagi," Ariena membangkang cadangan Adrianna mentah-mentah. Baginya masih awal lagi kalau nak berterus terang. "eh habis kelas ni kau balik terus ke macamana, Sufi?,"Ariena mengalih topik. "yela, aku kene pergi kat rumah artis tu.. And lagi satu, harini jumaat an? Aku kene stay sampai ahad kat sana sebab yelahkan, nama pun maid so aku tak dapat nak join apa-apa plan yang korang rancang cuti ni," jelas Adrianna. Han yang mendengari semasa menghampiri meja Adrianna terkejut,"eh, serius laa sampai ahad? Sabtu ni ada event anime kan? Yang kat Shah Alam tu?," Han segera mencelah. Mulut Adrianna ternganga mendengarnya. "Hah?! ada event anime??," Adrianna terkulat-kulat menahan wajah kecewanya. mereka bertiga mengangguk. 

tidakkk!!

Petang itu, seperti biasa Adrianna pergi ke  Rumah besar itu untuk melangsaikan tugasan pengemasannya. Dia mula menyapu lantai di dapur dan memikirkan menu apa yang dia akan masak malam itu. 'hmm...agak2 apa menu yang sesuai ye..' desis hatinya. Dia mencari kelibat Puan Sri di ruang atas balkoni dan bertanya tentang menu yang mereka mahu makan malam itu. "Saya rasa lah, saya teringin nak makan terung berlada dengan Ayam goreng berempah. kalau nak tambah apa-apa, tambah je. Suka saya makan hasil dari air tangan kamu, Adrianna," pinta Puan Sri dengan senyuman manisnya. Adrianna mengangguk sopan serta berlalu dari situ. 'okay, masa untuk ke mall, aku rasa aku ada tengok kat peti tu takde terung, lada pun tak cukup' Adrianna leka bermonolog tentang barang dapur yang perlu dia beli sehinggakan tak sedar Mierul sedang berdiri di hadapannya,"oi pempuan," tegurnya bersahaja. Adrianna mendongakkan kepalanya,"ewah... main sebut je pempuan eh, saya ada nama tau,"ujar Adrianna. Mierul menjulingkan matanya ke atas, kononnya menyampah,"suka hati akula nak panggil kau apa," balasnya bersahaja. Adrianna malas mahu memanjangkan komunikasi, bergerak ke tepi untuk meluru ke arah pintu keluar. "kau nak pergi mana?,"Mierul bertanya. Adrianna tersenyum sebelum berpusing dan menghadap wajah Mierul dengan bersahaja,"kemana-mana la," Mierul mengetap bibirnya,"eh, aku tanya elok-elok ni," Adrianna mengangkat bahu,"huh, nak pergi beli barang dapur la,"sengaja membuat nada suara menyampah, Adrianna terus berjalan meninggalkan Mierul yang tiba-tiba bengang dengan jawapan Adrianna tadi. Selamat menyentuh pintu kereta, Mierul menahan pintu itu dengan tangan kanannya, manakala tangan kirinya menyeluk poket seluarnya. "Mierul, saya nak cepat ni, nanti nak masak amik masa lagi,"Adrianna malas mahu bermain-main lagi. Mierul mencebik,"dok sebelah aku, biar aku drive," Adrianna tercengang seketika,"awak ikut?," dalam hatinya, muncul taman bebunga yang membuatkan Adrianna hampir melompat teruja. "dah takyah banyak songeh, cepat masuk," Arah Mierul. Adrianna terus meluru ke tempat duduk sebelah pemandu. 

"yang ni macam tak segar, yang ni nampak cam keding pulak," Adrianna mengomel sendirian, memilih terung yang terbaik untuk dimasak. Mierul yang menjadi tukang pemerhati hanya tergelak melihat kerenah Adrianna," kau ni pilih terung ke pilih saiz terung? Amik jelah mana-mana saiz pun, asalkan elok lagi,"ujar Mierul. Adrianna tidak menghiraukan kata-kata itu, walaupun hatinya melonjak-lonjak gembira Mierul menemaninya. Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita yang menyapa Mierul,"eh, Mierul! haluu..," Mierul tersenyum,"yes?," "i nak amik gambar dengan you boleh?," pinta wanita itu. Mierul kelihatan bersahaja dengan menganggukkan kepalanya. Apabila melihat kemesraan mereka, Adrianna mula timbul rasa cemburu. Dia hampir terlupa bahawa Mierul merupakan artis yang diminati dan digilai ramai para gadis di Malaysia ini. Dia melajukan langkahnya ke ruang memilih cili. Selesai memilih cili, dia meluru ke arah sayur-sayuran yang lain pula. Dalam masa yang sama dia menjalankan kerjanya, dia masih boleh menangkap perbualan Mierul dengan wanita itu. "siapa yang tengah pilih-pilih sayur tu? Orang gaji you je?," tanya wanita itu. "hmm dia entah macamana tah, tiba-tiba ada kat rumah keluarga i, and kerja sebagai orang gaji," Mierul sengaja berkata begitu sambil melihat ke arah Adrianna. Adrianna mengawal riak wajahnya agar Mierul tidak dapat mempersendakannya. Tetapi di dalam hati, sedih Adrianna mendengarnya. Cara lelaki itu bertutur seperti mahu mengatakan Adrianna ini hanyalah orang asing di rumah besar itu. Ya, memang benar dia bukan sesiapa dalam rumah itu namun Mierul tidak perlu memperkecilkan dia di depan wanita itu. Mierul menyambungkan perbulan mereka sehingga tidak sedar Adrianna sudah pun memilih barangnya. Sempat juga dia singgah di satu kedai, membeli sesuatu seperti pakaian dan sebagainya. "nak balik dah ke?," Mierul bertanya. "ye,"jawab Adrianna sepatah. Dengan riak selamba, dia meminta diri dan meluru ke arah tempat parkir kereta. Sepanjang perjalanan, mereka diam membisu tanpa sebarang kata. Adrianna memandang ke arah luar tingkap, mengelak dari sebarang komunikasi, Mierul pula memandangnya sekilas dan fokus memandu. Sampai saja di rumah itu, Adrianna terus keluar dan meluru ke dapur, dia perlu cepat kerana senja kian menghampiri. Dia mengumpulkan semua bahan yang dia akan masak malam itu dengan teliti. Mierul yang tertinggal di belakang hanya melihat dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. 'apasal minah ni jadi bisu nak mampus ni?' monolog hatinya. Selepas azan maghrib berkumandang, Adrianna berjaya menyiapkan menu yang diminta oleh Puan Sri dan menambah beberapa menu seperti potongan epal dan juga jus tembikai yang segar. Tan Sri dan Puan Sri yang baru muncul memuji bau masakan Adrianna yang meggoda selera mereka, begitu juga Mierul. Mereka makan dengan begitu selera sekali. Adrianna puas hati dengan melihat mereka makan begitu berselera. Dia pergi ke dalam biliknya dan menilik baju dan barangan yang dia beli tadi. Esok merupakan hari penting untuk Adrianna, namun gadis itu tertanya-tanya, apakah dia berkesempatan untuk ke sana? "lupakan jela hasrat ni, aku kan kene sambung keje, cepat berlalu, cepat selesai kontrak aku," dia berkata sendirian. Dia membelek sekotak hadiah yang dia sudah niat untuk berikan kepada Mierul, walaupun hatinya berbelah bahagi untuk menyerahkannya. Dengan sedikit keyakinan yang ada, dia meletakkan kotak itu di luar bilik Mierul. Mierul yang menjumpai kotak yang berada di depan pintu biliknya terpaku. Dia yakin hadiah ini daripada gadis itu.

'apa agaknya dalam ni?'

SALAM BUAT CINTA HATI🤍Where stories live. Discover now