9

55 4 2
                                    

Adrianna dan rakan-rakannya meneguk air liur mereka. SPM bakal menghampiri. Bererti mereka tidak boleh duduk dengan tenang pada minggu itu. Mereka telah merancang untuk membuat ulang kaji bersama di rumah Qadeeja. Sedang Adrianna merapikan dirinya, telefonnya berdering. Segera dia menjawab," Assalamualaikum, Mierul?," "Waalaikummusalam, cinta," Adrianna terkaku seketika. Apa? Cinta? "ha...?,"itu yang terpacul dari mulut Adrianna. "eh, ehhh waalaikummusalam Adrianna," Mierul segera membetulkan tutur katanya. dia menepuk dahi sendiri, malu kerana terlepas panggil gadis itu cinta. "kenapa tu?,"tanya Adrianna. "Hmmm dengar cerita orang tu dah nak SPM," ujar Mierul. Adrianna senyum lalu berkata,"yeah, kitorang nak SPM dah, doakan yang terbaik untuk kami tau Mierul," Mierul yang mendengar di hujung talian tersenyum,"okay awak, saya akan doakan semoga SPM habis cepat lepastu awak lulus dengan kawan-kawan semua nanti bolehla saya bawak jalan-jalan kann?,"balasnya mesra. Adrianna kemudian meminta untuk mengakhiri panggilan itu kerana ia perlu bergerak segera ke rumah Qadeeja. Mierul bersetuju. Dia juga ada urusan yang perlu diselesaikan. 

"salah tu, cuba kira balik x tu lepastu darabkan," tegur Qadeeja apabila mendapati Farzana salah mengira salah satu soalan matematik yang terdapat pada buku latihan yang Qadeeja beli khas untuk mereka berlima,"eh tapi soalan ni kata dia nak bilangan y?," Mereka berehat seketika apabila soalan-soalan itu membuatkan mereka tertekan. "eh, Farzana, apa cerita kau dengan Aiman? Takde plan nak.. hehe, official ke?," usik Ariena yang pada masa yang sama  bertanyakan soalan pada Farzana. Farzana tersipu-malu," alaa... kitorang ni lebih kurang cam teman tapi mesra je," semua tersengih bak kerang busuk  selepas mendengar kata-kata Farzana. "eleh cakap orang, taula kau dengan Jamal dah official.,"giliran Ariena yang tersipu-sipu malu,"haa, cakap pasal official en...," Qadeeja menghentikan percakapannya dan mereka serentak memandang ke arah Adrianna. Adrianna tergamam,"haa? kenapa?," "hehe... apa cer kau dengan Mierul?," Han bertanya dengan bibir menjuih ke arah Adrianna. "takdenye kitorang official, nak nya aku bertemu dengan Ilahi sebab kena serang dengan fans dia," jawab Adrianna sambil membelek Karangan bahasa Inggerisnya. "hmmm, aku harap korang official nanti. Kau macamlah tak tau perasaan Mierul kat kau," kata Han. Adrianna mengerutkan dahi,"hah? perasaan apa ni?," katanya. Farzana menepuk dahinya,"dia suka kaula gila,"ujarnya. Adrianna tergelak mendengarnya,"sebab kau nampak dia rapat dengan aku, kau boleh laa cakap macamtu," mereka yang lain saling berpandangan selepas mendengar kata-kata Adrianna. 

tiba-tiba...

"Yakinnya Adrianna Sufiyah ni... macam mana dia boleh tak sedar perasaan saya ni kat dia?," keduaa-dua mata Adrianna terbeliak besar. Segera dia memusingkan kepalanya. "m-Mierul?!," Adrianna ternganga melihat Mierul yang tiba-tiba muncul di dalam rumah Qadeeja itu. "baru sampai tau-tau kene gossip eh, HAHAHAHAHA lagipun saya datang sebab Qadeeja yang suruh,"jelas Mierul, membuatkan mulut Adrianna ternganga lebih besar. "Jaa..?,"Adrianna memandang Qadeeja,"hehe saje. Bolela korang spend more time,"usik Qadeeja sambil mengenyit matanya. "tak sibuk ke harini?,"tanya Adrianna selepas Mierul duduk di sebelahnya,"hmm malas ah nak gi keje. Tapi rajin nak tatap muka manis awak ni,
"usikan daripada Mierul membuatkan pipi Adrianna merona merah. Seketika kemudian kedengaran suara beberapa lelaki memberi salam,"Qadeeja, jangan bagitau yang..," "aku jemput Shah, Jamal, Ezham, dengan Aiman,"selamba Qadeeja membalas. Semua disitu menepuk dahi, kecuali Mierul yang tergelak kecil dengan gelagat anak-anak gadis itu. 

"Huargh~ akhirnya selesai semua kerja-kerja yang memenatkan otak and benak aku,"ujar Shah sambil menggeliat. Seketika kemudian dia mengambil peluang untuk memandang Han yang sedang ralit membetulkan tudungnya yang sedikit tidak kemas. Kemudian mata mereka bertentangan. Seperti terkena renjatan elektrik, Han mengalihkan pandangannya dengan laju dari bertentangan mata dengan Shah. Manakala Qadeeja menghilang ke dapur bersama Ezham. Farzana berbual rancak bersama Aiman, dan Ariena bergelak ketawa bersama Jamal. Adrianna memeluk lutut, tiada topik untuk mengajak Mierul berbicara. Mierul pula hanya menyepi termenung sesuatu. Dia memikirkan bahawa Adrianna seperti memikul beban kerana para peminatnya yang dengki melihat mereka bersama. Namun, hatinya kuat mengatakan bahawa dia mempunyai perasaan yang begitu mendalam pada Adrianna, dan perasaannya ikhlas terhadap gadis itu. "Adrianna..," belum sempat Mierul berkata-kata, Adrianna mencelah,"kita dah lama kenal..jadi, panggil saya Sufi saja lepasni," Mierul terpempan. Hatinya berdegup kencang, kerana dia mahu membincangkan tentang hal 'beban' yang Adrianna pikul untuknya. "umm..S-Sufi, ada benda yang saya nak bincangkan tentang hal kita," Adrianna mengerutkan dahi,"sure..tentang apa tu?,"

"sebenarnya...,"

SALAM BUAT CINTA HATI🤍Where stories live. Discover now