"awh, kau belikan untuk aku?,"Adrianna terharu kerana Qadeeja dan beberapa lagi rakan baiknya memberikan beberapa barangan anime dari event itu. "kesian pulak kitorang kat kau, sebab kau mana pernah skip event anime kan?,"ujar Farzana dengan senyumannya. Adrianna tersenyum, bersyukur kerana memiliki kawan-kawan sebaik mereka. "weh, nak tahu tak...Jamal terima confession aku!," ujar Ariena dengan bangga. Adrianna dengan yang lain menjadi teruja."ceyy untunglaa dapat Jamal," usik Qadeeja. mereka tergelak kecil dan berbual seperti biasa. "eh, Sufi apa cerita mamat artis tu?," tanya Han. "ouhh..um..,"Adrianna toidak pasti untuk menjawab soalan itu kadang-kala hatinya seperti tidak merasa perasaan yang kuat seperti hari yang lalu. Lagipun, peratusan untuk dia dapatkan perhatian Mierul adalah kosong, dan sememangnya mustahil. "eleh...malu-malu pulak kawan kita ni, rilek je dulu Sufi..mesti dia notice kau jugak satu hari nanti,"Han menepuk bahu Adrianna dengan perlahan, memberikan keyakinan pada Adrianna untuk terus menaruh harapan pada jejaka itu. Adrianna hanya mampu tersenyum dan megucapkan terima kasih. Sedangkan dalam hatinya beribu persoalan yang penuh dengan duri2 yang menyakitkan.
"woi, Adrianna,"teguran yang diberi oleh Mierul hanya dibalas dengan pandangan mata saja. "kau dah apahal jadi bisu dengan aku pulak ni?," kata Mierul. "kisah pulak awak. Yang tiba-tiba menyibuk kenapa?,"balas Adrianna, dingin sikapnya membuatkan Mierul jadi mudah bengang. "Aku nak kau buatkan air milo boleh tak? Yang manis, taknak panas sangat," Adrianna mengangguk dan berlalu. Mierul memandangnya pelik 'apasal minah tu dingin tetiba ni? sebab hal kat mall tu ke? Takkan terasa kut? Padahal kelmarin aku sempat la jugak mintak maaf and dia kata dia dah maafkan, period ke minah ni?' monolog Mierul dalam hati. Adrianna tiba bersama secawan milo suam di tangan. Selesai saja dia meletakkan cawan itu, dia terus berlalu untuk berjumpa dengan Tan Sri. Sebenarnya, dia menahan sedih kerana walaupun dia mahu kontrak itu cepat berakhir, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama dengan Mierul lagi. Apakan daya, hari itu merupakan hari terakhirnya sebagai maid di rumah itu. Tan Sri menyerahkan sampul yang berisi RM 10,000 pada Adrianna,"anggap saja lebihan wang tu sebagai duit raya saya, sebab saya nampak semangat kamu nak berdikari dan mencari rezeki sendiri,"kata Tan Sri. Adrianna tersenyum gembira,"terima kasih Tan Sri," ucapnya dengan ikhlas. Adrianna mengangkat barangnya untuk meninggalkan rumah itu, dia sempat melihat Mierul yang mesra berbual bersama bosnya di telefon. Melihat Adrianna pergi, Mierul tidak syak apa-apa yang memelikkan kerana Adrianna memang tidak pernah meninggalkan sebarang barang dari rumahnya kerana gadis itu sentiasa bersikap berwaspada.
beberapa hari kemudian..
"mama! Mamaa!," Puan Sri terkocoh-kocoh mencari suara yang memanggilnya,"iya, Mierul, kenapa?," "Mama, mane Adrianna?," Tanya Mierul, dia pelik dengan kehilangan Adrianna secara tiba-tiba. "lahhh lupa mama nak bagitau, Adrianna nya dah takde..dia pegang kontrak selama sebulan sahaja," penjelasan Puan Sri menyebabkan jantung Mierul seakan berhenti berdegup. Dah takde? Kontrak dah habis? Mierul berlari keluar meninggalkan ibunya yang terpinga-pinga. Dia terus keluar dari rumahnya dan membawa keretanya dengan kelajuan yang bahaya. Mierul tiada hala yang hendak dituju, dia hanya teruskan memandu sehingga dia berhenti di tepi Taman Tasik Titiwangsa. Merehatkan mindanya yang serabut tiba-tiba. Tidak pernah dia merasakan perasaan yang bercampur baur sebelum ini.
'shit, aku jatuh cinta kat budak sekolah tu ke?'
YOU ARE READING
SALAM BUAT CINTA HATI🤍
Romance"Jumpa lagi suatu hari nanti, salam buat cinta hati" bertemu dengan masa yang tidak terduga, Adrianna jatuh hati pada sang jejaka yang terkenal sebagai artis muda melayu yang sangat kacak, iaitu Mierul Aiman. Mulanya, pemuda ini tidak tertarik langs...