Bunyi ayam yang berkokok pada pagi subuh itu mengejutkan Farzana dari lenanya. Dia segera membersihkan dirinya dan solat subuh. Pagi itu dia perlu menolong ibunya membeli barangan dapur. Sedang sibuk meyiapkan diri, telefonnya bergegar tanda notifikasi masuk. Dia membuka notifikasi itu dengan dahi yang berkerut,"ni siapa pulak yang wasap aku pepagi buta ni?,"gumamnya sendirian.
"aslm, hoi bangun-bangun" -???
"waslm, sape ni?," -Farzana
"shh rahsia hehe," -???
'Ah, maleh(malas) aku nak layan' desis hatinya lalu meletakkan telefonnya di dalam beg sandangnya. Dia mula gerak keluar dari rumah itu. Setelah beberapa jam membuang masa di pusat beli belah, dia singgah ke Taman Tasik Titiwangsa untuk mengambil udara segar disitu. Tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang lelaki yang kelihatan...seperti tidak tentu arah. Dan terbeliak matanya apabila dia mengenal pasti lelaki itu adalah Mierul Aiman! Farzana teragak-agak mahu memberitahu sahabatnya, Adrianna bahawa jejaka itu disitu. Perbuatannya terhenti apabila dia terdengar jeritan Mierul,"Adrianna!!," terpaku Farzana dibuatnya. Adakah kerana dia tidak berkesempatan berjumpa dengan Adrianna buat kali teraakhir sebelum gadis itu meninggalkan rumah itu? "err...b-bang, cari Adrianna Sufiyah ke?," dengan gugup tetapi selamba, Farzana bertanya kepada Mierul. "A...Adrianna Sufiyah?," lelaki itu bertanya semula. 'ceh, beria menjerit cam gorilla nama Sufi tapi tak tau nama penuh dia' desis hati Farzana. "ye, Adrianna yang pernah jadi orang gaji tu kan? Tu member saya," Farzana menjelaskan sedikit sebanyak tentang Adrianna kepada Mierul. "apa nama kau? And kat mana rumah dia?,"Soalan melulu dari Mierul membuatkan Farzana terpinga-pinga sebentar. Farzana pada mulanya ingin merahsiakan, namun pasti Adrianna akan gembira jika Mierul datang mencarinya. "Panggil Farzana je. Adrianna dekat...."
"okei, aku gerak dulu!"
Farzana mula berdiri dari tempat yang dia duduki tadi, dia perlu pulang segera, pasti ibunya menanti kepulangannya. Tiba-tiba seseorang menegurnya dari belakang," Farzana!," dia terus menoleh ke arah suara tersebut. Mata Farzana terpaku pada wajah tersebut, lelaki ini...adalah budak kelas sebelah! "Oh, kau mesti tak kenal aku lagi kan? Aku Aiman," Aiman memperkenalkan dirinya. Farzana merasakan lidahnya kaku untuk bersuara. Aiman tergelak kecil dengan reaksi yang diberi oleh Farzana. Farzana yang tersedar bahawa ibunya menunggu kepulangannya, terus meluru meninggalkan Aiman,"Farzana!! Jangan lupa save nombor aku!," sahut Aiman dari jauh. Sekali lagi Farzana terkaku. Jadi lelaki yang mesejnya pagi tadi adalah Aiman? "er...okay!,"jawab Farzana dan terus masuk ke dalam perut kereta. Keretanya meluncur laju meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa itu...dan wajahnya didapati masih kemerahan.
"Aiman? Yang budak kelas sebelah tu ke?,"Tanya Ariena semasa mereka berbual sambil makan pada waktu rehat sekolah. "iyer, Aku terserempak dengan dia kat Taman tasik tu. Sumpah dho, aku cam...hensem gila mamat ni," Farzana menutup wajahnya yang merah padam. Qadeja dan Adrianna menyakat Farzana lalu mereka bertiga ketawa besar disitu. "oi, selow(slow) la sikit oi, bising nanti," Han yang mulutnya penuh dengan nasi goreng bersuara. Selepas itu, mereka bergerak ke kelas untuk sesi yang seterusnya. Semasa Farzana lalu di depan kelas yang bersebelahan dengan kelasnya, dia terdengar suara seseorang yang sedang berdiri di depan pintu itu menyapanya,"hello cik Farzana," itu adalah Aiman! Farzana kalut mengawal riak wajahnya yang kemerahan,"a-Aiman!," sahutnya kembali. Aiman tersenyum mendengar namanya disebut Farzana. "semalam kabut naw balik, mak kau tunggu kau ke?," tanya Aiman. "err haah mak aku nak masak hidangan tengah hari,"jawab Farzana dengan lembut. Tatkala matanya memandang sekilas ke arah pintu kelasnya, dia terlihat Han dan Ariena yang tersengih-sengih seperti kerang busuk memerhati dia dan Aiman berbual. Aiman yang menyedarinya tergelak kecil,"eh, lepas balik sekolah ni kau ada plan nak pergi mana-mana tak?," Tanya Aiman lagi. "erm...rasanya tak ada," Jawapan yang diberi oleh Farzana menarik senyuman Aiman yang semakin lebar.
"okay, cun nanti share location, aku nak ajak kau jalan-jalan!,"
"eh...?,"
YOU ARE READING
SALAM BUAT CINTA HATI🤍
Romance"Jumpa lagi suatu hari nanti, salam buat cinta hati" bertemu dengan masa yang tidak terduga, Adrianna jatuh hati pada sang jejaka yang terkenal sebagai artis muda melayu yang sangat kacak, iaitu Mierul Aiman. Mulanya, pemuda ini tidak tertarik langs...