。𖦹°‧3

720 36 2
                                    

"Mama cepat kita kena keluar sebelum kereta ni meletup mama-"

"Sayang dah terlambat untuk mama , tak apa Milea pergi ya . Milea pergi jangan tunggu mama , bahaya sayang"

"Tak mama Milea nak mama , kita boleh selamat mama"

Tidak putus asa anak gadis itu memujuk mamanya, Puan Mariam untuk keluar dari kereta yang sudah tersadai di tepi jalan .

Anak gadis itu mencuba untuk membuka pintu kereta itu tetapi kudratnya tidak bergitu kuat malahan pula seperti ada sesuatu yang membuatkan pintu kereta itu tersekat.

"Sayang cukup , Milea kena pergi . Kalau Milea sayang mama tolong mama merayu Milea pergi sekarang"

"Mama tapi—"

Air mata anak gadis itu mula pecah. Dia tidak mahu meninggalkan mama seorang diri di situ tambahan pula Iris terbau minyak yang kuat .

"PERGI MILEA IRIS !!! PERGIII!!!"

Iris akur dalam keadaan keterpaksaan dia mengatur langkah berlari sejauh mungkin dari tempat kejadian namun malang tidak berbau.

BOMM!!!

Setelah beberapa langkah Iris mendengar jelas letupan dari kereta itu seraya menyedarkan dirinya dari tidur. Mimpi itu seakan nyata baginya sehingga tanpa sedar Iris benar-benar menangis saat itu.

"MAMA JANGAN TINGGAL MILEA"

Jeritnya saat sudah tersedar itu hanya sekadar mimpi ngeri yang telah menjadi sejarah hitam dalam hidupnya . Iris melihat jam di dinding menunjukkan pukul 6.00 pagi . Dia terus bangun dan menyucikan diri bagi menunaikan solat subuh dan bersiap-siap untuk ke kelas.

++

Setelah selesai semua Iris mengunci pintu biliknya dan turun ke dewan makan untuk bersarapan pagi mengisi perutnya untuk sedikit tenaga.

++

Dia berjalan menuju masuk ke dalam kelas .

"Ouh hai Iris welcome to our class"

Sapa mrs Faniza kepada Iris. Dia hanya membalas dengan senyuman yang paling manis dan memandang semua yang berada di dalam kelas .

"Ish asal budak-budak ni? Tak pernah tengok perempuan ka? Perak agaknya budak-budak ni" Iris bermonolog dalam hatinya .

"Iris maybe you can introduce yourself in front the class now ?"

Semua memandang ke arahnya termasuk Naim dan Amir. Begitu juga seorang pelajar lelaki yang berperwatakan lembut berbanding pelajar lain bersama rakannya yang tepat memandang Iris. Sepertinya semua sedang menunggu jawapan dari Iris.

"Yes Mrs Faniza sure I can. Hello my name is Nur Milea Iris binti Yusof and you can call me Iris. I'm new here and I'm first girl student in KUDRAT . Nice to meet you guys"

Iris memperkenalkan diri dan melemparkan senyum yang habis ikhlas untuk semua pelajar lelaki di dalam kelas itu . Tiba-tiba pelajar lelaki yang berperwatakan lembut itu mula bersuara.

"Ouh anak pengetua , kabel lah ni. Opss.."

Dia yang tersedar akan katanya itu jelas didengari hampir semua orang lantas menutup mulutnya rapat.

"Azam , dont say like that. Iris is also a smart student and before coming here she actually STIA ex student"

Semua mata memandang Iris terkejut selepas mendengar penjelasan Mrs Faniza. Lelaki tadi pula mula merasa bersalah dengan kata-katanya.

"I'm sorry Iris"

Iris hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"It's okay . Now Iris you can sit at the empty table over there"

PHC: Kahar & Milea love storyWhere stories live. Discover now