。𖦹°‧7

626 37 4
                                    

Sedang dirinya termenung melayani perasaannya ada seseorang datang menghulurkannya sehelai tisu .

"Nah ambil tisu ni , lap hingus kau tu geli aku tengok"

Dalam saat seperti ini pun lelaki itu masih mencari cara memulakan perang mulut antara mereka . Iris menjeling ke arah Kahar seraya mengambil tisu itu.

Iris menatap Kahar seketika , mungkin dia tidak percaya Kahar bertindak begini mungkin juga dia terlalu memandang Kahar sebagai seorang yang dirinya benci sehingga tanpa sedar lelaki ini ada disaat dirinya memerlukan seseorang untuk menemaninya.

"Kau okay tak? Kenapa kau nangis? Ada orang kacau kau ka?"

Wajah Kahar yang kerisauan itu dapat dilihat jelas oleh Iris. Seketika Iris sembunyi senyum.

"Tak ada sesiapa nak kacau aku selain kau, Kahar"

Kahar tersenyum kecil dengan kata-kata Iris. Kali pertama untuk Iris melihat senyuman ikhlas dari Kahar yang menampakkan gigi taring miliknya menambahkan lagi manis senyuman itu.

"Aku tahu senyum aku limited tapi janganlah tengok aku lama sangat"

"Asal?"

"Takut kau jatuh hati nanti"

"Tak ada masa aku nak jatuh dekat kau, kalau nak jatuh pun aku bangun balik"

Kahar ketawa kecil dengan kata-kata Iris sebelum dia kembali serius seperti biasa.

"Kenapa dengan kau ni, Milea?"

Tanya Kahar dengan nada serius seraya mengambil tempat di sebelah Iris.

"Kau ni! aku dah cakap kan jangan panggil aku Milea , panggil aku Iris."

"Kalau aku tak nak"

Iris lelah melayan telatah Kahar lantas Iris bangun seolah ingin pergi dari situ namun terhenti tindakannya saat Kahar merangkul lembut lengannya

"Iris duduk la, cuba kau cerita dekat aku kenapa dengan kau?"

Iris mengalah , dia mengambil semula tempat duduk di sebelah Kahar.

"Entahlah Kahar, cuma aku dari kecil lagi aku di besarkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Bila besar aku jadi perempuan yang haus kasih sayang lelaki , aku nak rasa dilindungi macam  perempuan lain juga! Tapi entah la mungkin aku yang terlalu mengemis kasih sayang dari seorang ayah ? Papa aku..."

Terasa ringan sahaja mulutnya ingin bercerita pada Kahar. Entah kenapa kehadiran lelaki itu sudah memberikan rasa nyaman padanya.

".....selalu sibuk dengan kerja dia terutama lepas arwah mama meninggal dia makin sibuk sampai abaikan aku . Aku dapat rasa hubungan aku dengan papa semakin renggang dari hari ke hari . Aku cuma nak rasa bahagia, salahkah orang macam aku nak rasa bahagia ? Tak layak ka aku nak bahagia?."

Kahar menatap Iris sambil mengesat lembut air mata yang membasahi pipi Iris. Tanpa sedar pipi Iris mula memerah entah kenapa dengan tindakan Kahar itu yang membuat wajah Iris berubah merah.

"Kau buat apa ni?"

Dia menepis tangan Kahar seraya menyorokkan wajahnya yang kemerahan.

"Aku lap air mata kau tu , asal kau blushing?"

Kahar tersenyum mengejek ke arah Iris.

"Mana ada" balas Iris cuba menyorokkan wajahnya.

"Eleh tak payah sorok la aku nampak muka kau merah"

"Ish boleh pula mamat Kahak ni perasan muka aku merah."

Iris bermonolog dalam hatinya.

"Ishh diam lah kau Kahak"

"Oo..kalau aku Kahak kau tu Milah"

Kahar tersenyum sinis mengejek nama Iris.

"Ish dah lah kau malas aku layan kau"

Iris bangun dari tempat duduknya . Tidak sempat dia mengatur langkah Kahar terlebih dahulu menarik tangannya dekat dengan Kahar.

Mata mereka berdua saling menatap satu sama lain. Jarak yang dekat membuatkan mereka dapat merasa hembusan nafas masing-masing.

Terpejam mata Iris saat hembusan nafas Kahar menampar lembut wajahnya.

Kahar meneliti setiap sudut wajah cantik itu. Di tenung lama dua bening mata itu seolah sedang memahami segala sakit gadis itu.

"Milea , kau berhak bahagia. Siapa cakap kau tak layak bahagia? Dulu mak aku selalu cakap kalau kita masih hidup sampai sekarang maksudnya ramai orang sayangkan kita."

Lembut tangan Kahar mengatur helaian rambut Iris yang menutup wajahnya akibat deruan angin malam.

"Ramai sayang aku ? Siapa ja sayang aku hah? Papa aku pun tak kesah pasal aku"

Kahar l tersenyum tipis sebelum menjawab persoalan Iris. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga Iris seolah ingin berbisik sesuatu.

"Aku, aku.....sayang....kau Milea Iris"

Jeda

Terkaku Iris sejenak seolah tidak mampu membalas kata Kahar. Membulat bening mata indah itu tidak berkedip menatap Kahar.

Sebelum Kahar melangkah meninggalkan Iris, dia sempat mengusap lembut ubun kepala gadis itu seraya menayangkan senyuman manis miliknya .

Kahar melangkah pergi meninggalkan Iris yang masih terkaku dengan tindakan drastik Kahar.

Muka Iris mula terasa bahang memerah seperti tomato lantas Iris memegang kedua-dua belah pipinya .

Setelah Kahar berlalu pergi baru tersedar dirinya yang dia tidak berterima kasih kepada Kahar yang telah memberikannya tisu tadi.

"KAHAR!! Terima kasih untuk tisu nii"

"You're welcome, cinta hati!"

Balas Kahar singkat namun tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan Iris saat itu.

++

Setelah kelibat Kahar hilang dari pandangan matanya. Iris terus balik ke dorm semula .

++

Tanpa Kahar dan Iris sedar perbualan mereka tadi diperhatikan dari jauh oleh Fakhri.

Fakhri mengetap rahangnya kuat menahan amarah yang membuak-buak melihat Kahar dan Iris yang mesra bersama , perasaan cemburu dan iri hati hadir dalam dirinya .

"Kau tunggu apa aku akan buat dekat kau, Kahar ! Berani kau nak rampas Iris dari aku. Kalau aku tak dapat Iris tak ada sesiapa boleh dapat dia!"

Fakhri berkata dengan penuh dendam.

Fakhri berkata dengan penuh dendam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC....

PHC: Kahar & Milea love storyWhere stories live. Discover now