。𖦹°‧9

639 32 4
                                    

Iris termenung seketika masih memikirkan baju yang hendak di pakainya.

Seketika Iris mula teringatkan akan kotak baju arwah Puan Mariam. Berat hatinya tetapi dia sudah tiada pilihan lain lagi.

++

Iris memilih untuk menyarungkan salah satu baju kegemaran mamanya iaitu blouse biru muda bercorak bunga kecil bersama seluar putih .

Agak tidak kebiasaan untuk Iris yang sudah terbiasa memakai t-shirt besar berwarna gelap tetapi untuk malam ini dia mencuba untuk mengayakan pakaian yang sedikit berbeza.

Iris melihat pantulan dirinya di cermin kaca itu. Senyuman kecil mula terukir dibibirnya merasakan itu bukanlah dirinya , namun dia melihat bayangan arwah Puan Mariam dengan senyuman manisnya.

Rasa rindu dihati mula timbul, namun mengayakan pakaian seperti ini membuatkan dirinya terasa dekat dengan arwah Puan Mariam.

++

Telefon Iris berbunyi menandakan ada mesej masuk.

˚ Kahar 𝜗𝜚˚
-Mana? Aku dah tunggu kat bawah ni!
Cepatlah Milah!

You
-Sabarlah Kahak aku dah siap dah
Nak turun dah ni!

++

Iris bersiap turun ke bawah . Dia yang sudah melihat sosok Kahar dari jauh , terus mengangkat tangannya melambai ke arah Kahar.

"KAHAKK, SINI.....AKU KAT SINI"

Kahar yang sedang menunggu Iris di tepi motosikalnya hanya mengenakan hoodie berwarna biru gelap dan seluar jeans panjang.

"Siap pun ka—"

Jeda.

Kahar tergamam dengan pakaian Iris pada malam ini . Bahkan ini kali pertama Kahar melihat Iris berpakaian seperti ini.

"Dah aku dah siap , kita pergi naik motor ka? wah best,  lama aku tak naik motor. Jom!!"

Iris yang terlalu teruja dari tadi tidak henti bercakap tetapi Kahar hanya diam memandangnya seolah terpaku dengan kecantikan gadis itu malam ini.

"HOII, kau termenung apa lagi Kahak jom lah kang aku balik dorm ha"

"Ehh jangan lah! kau ni Milah aku tengok kau pun kau nak marah"

"Asal pula kau tengok aku , baju aku tak okay ka?"

"Okay ja baju kau . Cantik Milea , macam...."

"Macam apa?"

Sudah terpapar wajah teruja Iris menanti pujian dari Kahar.

"Macam makcik jual nasi lemak"

Tertawa kuat Kahar melihat wajah cemberut gadis itu.

"Ish Kahar benci ka kau ni"

"Okay-okay. Sorry okay? Kau cantik Milea"

"Betul?"

"Betul , kau cantik sangat"

Wajah Iris mula kemerahan sudahlah Kahar memujinya dalam intonasi yang lembut tidak seperti selalunya.

"Dah lah jom"

++

KAHAR POV's

"KAHAKK, SINI.....AKU KAT SINI"

PHC: Kahar & Milea love storyWhere stories live. Discover now