。𖦹°‧10

597 22 2
                                    

Cuti pertengahan tahun sudahpun tamat, semua mula pulang ke KUDRAT semula.

Iris sedang sibuk mengemas barangnya untuk ke kem bulan madu yang khas untuk tingkatan 4 sahaja . 

Sambil mengemas dia selalu mendengar lagu "ayam bermacam ayam..." yang selalu dimainkan oleh Ayam namun dia hanya mengendahkan sahaja telatah Ayam kerana dia sudah terbiasa mendengarkan lagu itu.

Bahkan ini bukan kali pertama Ayam memainkan lagu itu tetapi sudah lebih dari sekali.

++

Tuk!Tuk!Tuk!

Sedang dirinya sibuk mengemas barangnya ada seseorang mengetuk pintu bilik Iris.

Iris bangun menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas perlahan olehnya setelah pintu di buka sudah terpapar wajah Kahar di hadapannya.

"Hai sayang, miss me Milah?"

"Kahar kau dah balik"

Iris yang teruja lantas menarik Kahar dalam dakapan hangatnya.

Kahar membalas pelukkan itu sebelum pelukan itu dileraikan olehnya.

Kahar sedar perubahan sifat Iris sekarang yang sudah banyak berubah selepas dari kejadian malam itu.

Iris sudah seperti anak kecil apabila dengannya namun Kahar faham bahawa Iris hanya mahukan perhatian dan kasih sayang yang sudah lama tidak dia dapatkan dari papanya sendiri.

Kahar tidak pernah mengeluh atau merungut dengan kerenah Iris.

"Kau ni Kahak ! Siapa suruh cuti lama-lama sangat lain kali datang sini teman aku. Sunyi tau kat sini tak ada kau"

"Ya ka? Sorry, aku just nak enjoy cuti aku. Yalah kau tahukan masuk ja sekolah balik aku memang sibuk dengan urusan kem bulan madu"

"Yalah, aku faham kau kan kapla kat sini sebab tu kau asyik sibuk mengalahkan perdana menteri. Nak jadi macam papa juga lah tuu selalu abaikan aku"

Entah kenapa Iris masih takut bahawa Kahar akan melakukan perkara yang sama seperti mana Encik Yusof lakukan padanya sekarang .

Walaupun Iris sendiri melihat bagaimana Kahar selalu mengalah dan mencuri masa untuk tetap bersamanya namun traumanya masih ada yang membuatkan dia selalu berfikiran bergitu.

Iris juga turut rasa bersalah terhadap Kahar yang terpaksa melayani traumanya ini tetapi apakan daya dia tidak mampu untuk membuang semua ini terus dari dirinya.

"Apa kau cakap ni Milea , aku kan dah janji tak akan jadi macam papa kau. Buktinya aku masih curi masa untuk jumpa kau tau Milea Iris. Semua sebab aku sayang kau. Kau tak sayang aku ka Milea?"

"Aku pun....."

"Aku pun?"

"Aku pun benci kau"

Iris menahan tawanya yang berjaya mengenakan Kahar itu . Melihat riak wajah Kahar yang mula mencebik itu membuatkan tawa Iris semakin kuat.

Namun sebenarnya Iris sendiri yang belum bersedia mengakui semua itu. Dia takut jika Kahar sedar akan besarnya rasa sayang dia terhadap Kahar, Kahar akan berubah dan meninggalkan dia seperti yang Tuan Yusof lakukan pada dirinya. Tanpa sedar Iris sedang mengelamun panjang.

"Kau ni boleh pula mengelamun . Iris, kenapa kau susah sangat nak cakap kata sayang tu dekat aku?"

Tanya Kahar sambil mencebik bibir tanda dia sedang merajuk dengan Iris .

Iris memegang lembut pipi Kahar sambil menatap Kahar penuh senyuman.

"Kahar, sekarang bukan masa yang sesuai lagi tunggu masa yang sesuai aku akan cakap depan semua orang biar satu KUDRAT tahu yang aku kau punya, aku janji"

PHC: Kahar & Milea love storyWhere stories live. Discover now