Seperti biasa selesai dari kelas Iris akan balik ke dormnya semula kemudian mandi dan berehat . Dia termenung seketika sehingga terlena dibuai mimpi.
++
Tekaknya terasa kering yang membuatkan dia terjaga dari lenanya.
"Haus pula tekak aku ni"
Iris memaksa diri bangun dan mencuci wajahnya dengan air untuk segarkan diri. Iris bersiap-siap turun mencari mesin air . Sesampai di mesin air dia mengeluarkan duit dan memilih tombol air tin 'ice lemon tea' , air kegemarannya sejak kecil lagi.
++
Iris duduk di bangku yang disediakan sambil meminum air itu . Sekejap sahaja dia sudah hanyut dalam lamunan sendiri .
Seketika Iris memikirkan kata-katanya yang tidak sengaja dia lemparkan kepada Tuan Yusof semasa hari pertama Iris tiba di KUDRAT. Rasa bersalah mula menghantuinya , hatinya terasa tidak tenang mengenangkan bertapa tidak sopan kata yang dia lemparkan apatah lagi dia seorang anak perempuan.
Jadi Iris memutuskan untuk berjumpa dengan Tuan Yusof di pejabat dengan niat ingin meminta maaf.
++
Iris berjalan ke pejabat menuju ke bilik Tuan Yusof . Dia mengetuk pintu bilik Tuan Yusof .
TUKKTUKTUK!!
"Masuk".
Iris membuka pintu dan tersenyum pada papanya, tetapi dia melihat Tuan Yusof masih sibuk menguruskan fail-fail kerja yang berselerak di atas mejanya.
"Ehh...Iris, kenapa ni ? Ada masalah ka?"
"Tak ada apa papa , sebenarnya Iris nak minta maaf atas apa yang Iris cakap dekat papa haritu , Iris tak ada niat pun papa . Minta maaf ya papa"
Iris melemparkan senyuman manis pada Tuan Yusof tetapi Tuan Yusof hanya menganggukkan kepalanya tanpa melihat langsung ke arah Iris.
"Papa dengar tak Iris cakap ni? Papa? papa? Pa—"
Tuan Yusof memotong percakapan Iris dengan nada yang agak serius.
"Milea Iris papa busy nii kejap lagi lah ya Iris"
Iris mula merasa marah kerana dia merasakan Tuan Yusof terlalu sibuk sehingga tiada sedikit masa untuknya.
"PAPA! Please fokus on me. Papa ni selalu pentingkan kerja tak pernah fikir pasal Iris. Kalau arwah mama ada mesti mama sedih dengan perangai papa yang tak ubah-ubah nii!!"
Iris melenting seperti disampuk hantu , entah kenapa dia tidak dapat menahan amarahnya apabila Tuan Yusof selalu mementingkan kerja dengan alasan demi masa depan Iris .
Bagi Iris masa depannya sudahpun gelap sejak mamanya pergi tinggalkan dia . Iris hanya teruskan hidup kerana dia tahu dia tiada pilihan lain selain hadap sahaja semuanya.
"Iris papa buat semua ni untuk masa depan Milea Iris, papa nak yang terbaik untuk—"
Tidak sempat Tuan Yusof habiskan percakapannya Iris memotong dengan bantahannya .
"Masa depan? Papa masa depan Iris dah gelap sejak mama pergi! IRIS TERUSKAN HIDUP SEBAB IRIS MASIH HIDUP! IRIS tak ada arah lepas mama meninggal , papa pulak langsung tak kesah pasal Iris . Iris hilang tempat bergantung papa. Bukan harta yang Iris nak sekarang , Iris cuma nak masa dengan papa itu ja papa. Mahal sangat ka masa papa untuk anak papa ni?"
"Milea papa minta maaf sayang"
Tuan Yusof cuba memujuk Iris tapi hatinya sudah berdarah diguris dengan sikap papanya sendiri yang tidak ubah-ubah.

YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
RomanceP.High Council in Kahar Version! ABDUL KAHAR||MILEA IRIS "In the end, it was my heart that paid the price." -Milea Iris- "I fought the world for you, but I couldn't fight fate. Now, all I have...