P.High Council in Kahar Version!
ABDUL KAHAR||MILEA IRIS
"In the end, it was my heart that paid the price."
-Milea Iris-
"I fought the world for you, but I couldn't fight fate. Now, all I have...
Fakhri membawa Iris berjumpa Ayam di dataran . Mereka duduk di sebuah kerusi kayu . Iris memandang Ayam seakan-akan ingin memakannya kalau di ikutkan hati memang itu niat Iris yang sedang menahan geram dengan Ayam.
Ini kerana ada rahsia yang disimpan oleh Ayam tanpa pengetahuan Iris sendiri. Lagipun Iris yakin ada sesuatu tentang KUDRAT yang masih cuba dirahsiakan Ayam.
"Apa kau pandang aku macam tu Iris?kau nak makan aku ka? Ka nak masak aku jadi rendang Ayam? Takut la aku"
Kata Ayam seolah memerli Iris yang sedang menahan marah kepadanya.
Iris mendekatkan diri dengan Ayam dan memandangnya tepat .
"Aku tahu ada benda pasal Kahar dengan geng dia yang kau dan Fakhri tak ceritakan pada aku! Sekarang ni aku nak kau cerita dekat aku sebelum aku jadikan kau ayam masak rendang lepastu aku sedekahkan dekat semua dorm yang ada dekat KUDRAT nii!!!"
"Ehhh...relax laa chill . Memang dah lama aku nak cerita tapi tu lah aku tengok kau macam tak berminat ja so aku dengan Fakhri diam ja lah, kan Fakhri ?
Iris memandang Fakhri, lelaki itu hanya mengangguk menandakan apa yang Ayam katakan itu benar.
"Dah sekarang ni aku nak kau explain semuanya sekarang . Lagi pun malam tadi aku dengar riuh sangat lepas tu aku nampak ada Zahrin dengan Prakash tengah gaduh, asal tu? Dan aku nampak kau buat benda memalukan semalam"
"Lah kau nampak la semalam, yang pasal aku tu abaikan ja la aku excited kau mana tahu apa. Okay back to the topic, kitorang panggil pergaduhan tu sesi restu. Sesi restu ni berbeza sebab dia berlawan secara terkawal so bukan suka hati main tumbuk muka . Sesi restu ni dijaga dan diurus oleh Kapla high council"
"Jap Kapla tu apa benda gila?"
"Ish kejap lah nak explain ni."
Ayam berdiri ke arah Iris sebelum menyambungkan semula kata-katanya.
"Kapla High Council , ketua sisi gelap KUDRAT. Dialah jeneral , dialah hakim , juri . The executioner. Yang tukang bagi restu , yang menghalalkan semua yang salah. Okay senang cerita , untuk tahun tu sekolah ni dia punya."
"So , siapa kapla tahun ni?"
"Kau akan menyesal kalau kau tahu siapa kapla tahun ni Iris."
"Ish tak payah nak takutkan aku , cakap ja lah siapa?"
"Kapla High Council tahun ni.....Abdul Kahar bin Abu Yamin"
"What!? Habis sebelum ni aku tengah cari masalah dengan kapla dekat sini ka sial?"
"Betul tu Iris sebab tu hari tu aku elak kau dari gaduh dengan si Kahar. Don't mess with him, Iris. Kau umpama tengah korek kubur sendiri macam si Fakhri ni. Nasiblah berguna juga dia settle dengan Kahar tu dapat lesen free tapi tu lah sebab tu juga Ikhsan pindah ."
"Okayy...okay.. tapi jap lesen tu apa pulak?"
"Haih biar aku explain, kau diam ja Iris. Macam ni...bla.....bla....bla.."
*author skip lah pasal Ayam explain dekat Iris ni ya*
"Ouh sekarang baru aku faham kenapa semua orang hormat sangat si Kahak tuu"
"Woii kau Kahak kan nama dia lagi tak serik erk kau , suka hati kau ja kan Iris aduh letih lah aku"
Ayam tertawa tidak berhenti mendengar gelaran yang Iris berikan pada Kahar. Iris pun terikut tertawa sekali mendengar tawa Ayam .
Fakhri pula ? dia hanya memandang Iris dengan senyuman manis miliknya . Tidak berkelip matanya melihat Iris yang sedang bergelak-tawa itu.
FAKHRI POV's
Aku tengok Ayam dan Iris ketawa dengan lawak mereka sendiri tapi mata aku tertumpu pada Iris . Entah kenapa aku nampak dia cantik sangat bila tertawa riang macam tu dengan deruan angin yang lembut menyapa rambutnya yang tidak terlalu panjang dan tidak pendek itu .
Aku mula sedar yang aku sukakan Iris lebih dari seorang kawan . Aku suka semua tentang dia, aku juga suka akan senyuman manisnya dan sifat dia yang berani .
End pov's
++
Puas sudah Iris mendengar apa yang Ayam sudah terangkan padanya . Selepas dari itu, Iris terus balik ke biliknya. Entah kenapa badannya terasa letih . Dia membaringkan badannya di atas katil sambil terfikir sesuatu .
"Maksudnya selama ni aku cari pasal dengan kapla high council? So maksudnya aku dah masukkan diri aku sendiri dalam neraka ka? Aduh Iris kenapalah kau selalu susahkan diri sendiri!? Memang beban la kau ni!."
Iris mengeluh seketika . Dia terus bangun bersihkan diri dan tidur untuk merehatkan diri , badannya sudah terasa letih. Entah kerja berat apa yang dibuatnya sampai letih seperti ini.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.