Oh, begini rasanya kehilangan dirimu, kekasih
Tak pernah 'ku bayangkan sakitnya akan seperti ini
Kau telah pergi dari hidupku
Oh, mengapakah kau tinggalkan aku seperti ini?
Saat aku masih berharap
Cinta ini masih bertahan untuk kita
Oh, mengapakah kau membawa semua kenangan indah bersama kita dulu?
Kini berakhir untuk selamanya.~ Judika , Tak mungkin bersama ~
_________________________
Kahar terdiam membisu di kerusi menunggu hospital. Mereka masing-masing menunggu keputusan doktor tentang keadaan Iris. Encik Yusof pula sudah tidak dapat mengawal amarahnya sehingga dia bertindak untuk mengcengkam kolar baju Kahar kuat. Matanya memandang Kahar penuh benci.
"APA KAU DAH BUAT DEKAT ANAK AKU!? KAU PEMBUNUH! SEBAB NAK SELAMATKAN KAU DIA YANG TERKORBAN"
Hakeem cuba menghalang dengan menarik Kahar jauh dari Encik Yusof manakala Mr. Sin cuba menenangkan Encik Yusof.
Kahar tersenyum sinis ke arah Encik Yusof sebelum dia mula melepaskan segalanya.
"Aku bunuh dia? KAU YANG BUNUH DIA. KAU GAGAL JADI AYAH DIA! KAU ABAIKAN DIA! KAU TAK PERNAH TANYA TENTANG PERASAAN DIA. DISAAT DIA HILANG ARAH , AKU YANG ADA DENGAN DIA! AKU YANG DENGAR SEMUA KELUHAN DIA BUKAN KAU !"
Encik Yusof terdiam membisu. Badannya seolah keras membatu. Rasa penyesalan mula menghantuinya. Menyesal kerana sudah mengabaikan keberadaan puterinya sendiri.
"Aku yang ada dengan dia , aku nampak macam mana kecewanya dia dengan kau! dan saat dia kehilangan mama dia , dia dah mati hanya saja dia teruskan hidup berharap kau akan bersama dia tapi tak kau tak ada untuk dia ! Aku yang ada dengan dia! Kenapa baru sekarang kau nak peduli pasal dia!? Kenapa bukan dulu? Kenapa bukan masa dia terkejar-kejar perhatian kau!? Aku dah jaga dia sebaik mungkin tapi siapa aku untuk halang benda macam ni dari terjadi? Kalau aku boleh putar masa aku pun tak nak hilang dia lah!!"
Keadaan sepi hanya di isi dengan suara teriakan Kahar.
Doktor berjalan hampa ke arah mereka. Encik Yusof menuju ke hadapan doktor.
"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?" Tanya Encik Yusof penuh kerisauan.
Risau dan takut , takut untuk hilang satu-satunya anak perempuannya.
Doktor itu menarik nafas panjang seraya menghela nafas hampa. Tangannya diletakkan di bahu kanan Encik Yusof. Kahar hanya melihat dari belakang. Hatinya berdegup kencang seolah takut dengan apa yang bakal doktor itu katakan nanti.
"Maaf , kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan Cik Milea Iris namun semasa dia dibawa ke sini keadaan dia sudahpun kritikal dan kehilangan banyak darah. Jikalau Cik Milea Iris di bawa lebih awal ke sini mungkin masih ada sinar untuknya. Saya harap Encik Yusof dan yang lain tetap kuat menerima ketentuan ini. Salam takziah untuk Encik Yusof dan keluarga"
Kahar terjatuh terduduk di lantai. Air matanya mengalir tanpa di pinta. Mendengar pemergian Iris seolah telah membunuh separuh dirinya. Separuh dirinya seolah mati bersama Iris. Hakeem cuba menenangkan Kahar namun dia tahu dia tidak mungkin mampu.
"MILEAA KENAPA KAU TINGGAL AKU. MAAFKAN AKU MILEA. MA-AFKAN A-AKU"
Encik Yusof terdiam membisu. Sakit untuk dirinya menerima kenyataan pahit ini. Kehilangan Iris membuatkan penyesalan menghantui dirinya.
YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
RomanceABDUL KAHAR||MILEA IRIS Apakah yang bakal terjadi bila dua musuh jatuh cinta pada gadis yang sama. Siapa yang dapat si gadis? Dan siapa pilihan hati si gadis? "Pernyataan aku mencintaimu adalah pernyataan yang berlaku tidak hanya di hari itu tapi j...