E Book Sayang Ariana - teaser

466 23 5
                                    

"Agak-agak, ada tak orang kaya yang nak cari pembantu? Tak kisahlah pembantu rumah ke, atau pembantu apa." Melencong bicara, aku mula merapu.

Sebabnya, aku nak tutup cerita tentang tempat kerja yang telah terlanjur aku terluah tadi. Tak mahu dia tanya macam-macam lagi.

"Kenapa?" Dia toleh lagi ke arahku. Wajahnya berkerut.

Dan dahinya yang berlapis bila wajahnya berkerut begitu, nampak seksi di mataku.

Terus aku telan liur. Hati mengutuk diri sendiri yang sering kali jadi keterlaluan bila berada dekat dengan lelaki ini.

"Akak nak mohon." Aku tayang sengih bagi menutup rasa debar yang muncul.

"Nak jadi isteri orang kaya, memang tak adalah orang kaya yang nak pandang rupa macam akak ni. Jadi pembantu pun cukuplah." Tambahku lagi.

Kepala aku sandarkan ke belakang, gaya relaks.

Macamlah jadi pembantu orang kaya tu kerja senang. Tak ada masalah. Entah-entah, kerjanya lagi teruk.

"Jadi isteri saya, nak? Tak payah kerja, saya tanggung semua." Tiba-tiba dia buat tawaran dan aku terus tergelak.

Masih santai bersandar kepala ke belakang, aku pusingkan wajah ke arahnya.

"Akak serius la. Awak ni..."

"Saya pun serius." Dia memintas bicaraku.

Terus kepalaku menegak dengan pandangan masih ke arahnya.

"Banyak ke duit awak nak tanggung hidup akak?" Terus soalan tersebut keluar dari bibir aku tanpa sedar.

Jangan pula dia cakap aku ni mata duitan. Tapi, aku percaya dia pun bukan serius sangat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAYANG ARIANA (E BOOK)Where stories live. Discover now