46QS ( asyrayz ) - MARCH 2023

25 2 24
                                    

0) Hi, assalamualaikum?

✍️ : Waalaikumsalam kawan.

1) Berapakah umur anda sekarang?

✍️ : 22 sudah tahun ini.

2) Apakah perasaan anda sekarang?

✍️ : Perasaan saya gembira.

3) Sekiranya anda boleh memberikan satu bayi yang baru dilahirkan dengan hanya satu nasihat, apakah nasihat tersebut?

✍️ : Nanti kalau kau sudah besar, tolong mama dan bapamu selalu.

4) Adakah anda mempunyai sesuatu yang anda perlu lepaskan?

✍️ : Beban fikiran yang nda penting. Contoh aku fikir macam manalah ulat bulu kalau dia ada kaki macam kaki seribu, dia cepat ka atau lambat? Kalau ulat bulu boleh bercakap, macam mana suaranya?

5) Adakah anda ingin menjadi genius atau gembira?

✍️ : Saya ingin menjadi genius dan gembira. Kerana suka suka saya lah, pilihan saya kan.

6) Adakah ketakutan terbesar anda sudah menjadi kenyataan?

✍️ : Sudah jadi kenyataan.

7) Bilakah kali terakhir anda berasa paling bersemangat & hidup?

✍️ : Hari ini, aku setiap hari kebelakangan ini bersemangat untuk hidup. Sepatutnya aku lebih bersyukur sebab Allah masih bagi masa untuk aku bersama dengan orang-orang yang aku sayang.

8) Jika kita belajar dari kesilapan kita, mengapa kita selalu takut untuk membuat kesilapan?

✍️ : Sebenarnya aku nda takut melakukan kesilapan, tapi aku fikir akhibat daripada kesilapan yang aku buat tu.

9) Apakah buku terakhir yang telah anda baca?

✍️ : Buku saya sendiri, iaitu Dear Damian BAB 13 - AKU SUKA KAU. Sebab saya baru sahaja mempublish bab itu, jadi saya harus membacanya terlebih dahulu bukan? Saya ingin mencari kesilapan-kesilapan besar mahupun kecil sebelum mempublish bab tersebut. Senyum2 sendiri saya di buatnya, lalu saya berkata di dalam hati 'Ternyata buku saya ini sweet juga.' sungguh baku kata hati saya ya. Eja sungguh memang ada H bah kan? Atau sunggu?

10) Apa perkara yang paling baru yang anda pelajari?

✍️ : Melakukan banyak hal dengan sederhana. Nda terlalu bersemangat dan nda juga terlalu apa ini orang cakap. Maksudku nda terlalu teruja, nda juga terlalu lemas. Ah bgitu ka ya? Maksudku sederhana ja lah, nda juga terlalu malas, nda juga terlalu rajin. Ah bgitu. Entahlah. Oh, nda terlalu berlebihan, nda juga terlalu kurang. Begituuuu

11) Jika anda tahu anda akan mati esok, apakah yang akan menjadi perkara terakhir yang akan anda lakukan?

✍️ : Minta maaf dengan semua orang.

12) Apa yang anda ketinggalan ketika anda masih kecil?

✍️ : Saya rasa saya tidak ingat

13) Lagu apa yang membuatkan anda menangis?

✍️ : Ada tu tapi aku lupa tajuknya. Aku ini semua aku lupa, tapi nama hero hero ML ingat pula aku. Benar tapi pelik.

14) Bau yang membawa anda ke zaman kanak-kanak anda?

✍️ : Mungkin minyak wangi zaman purba dan udara waktu sakit yang terasa berbeza.

15) Apa perkara terakhir yang anda beli hari ini?

✍️ : Saya rasa paling terbaru saya beli adalah air dan akan membeli sarapan selepas ini.

16) Siapakah artis yang anda rasa menarik sekarang?

WHAT DUCK?Where stories live. Discover now