CERITA PENDEK
TEMA ; POCONGWritten By ;
ALPANAMRICSunday, February, 9, 2020
[ 1:26 PM ]
- 🤫 -" Mak, saya nak tanya ni. Apa benda dekat belakang pokok tu? "
Aku masih ingat, masa tu aku kecik lagi. Aku duduk di tangga rumah kerana ingin menemani mak yang sedang beraktiviti di kebun hadapan rumah. Saat itu mak sedang memetik buah rambutan, strawberry, blueberry, anggur yang ditanamnya sendiri. Dalam seminggu je mak tanam, semuanya berbuah serentak. Betul lah orang cakap, tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni.
"Belakang mak mana ada pokok." Jawab mak dengan wajah tenang. Aku tepuk dahi.
"Bukan belakang mak. Saya tanya apa benda dekat belakang pokok tu? Pakai kain putih macam mayat. " Jelasku lebih terperinci. Kalau mak tak faham juga, tak tahulah aku.
Mak melihat sekejap ke arah yang aku maksudkan. Selepas itu dia meneruskan kembali aktivitinya.
"Tu namanya pocong. " Kata mak.
" Ooo.. Pocong rupanya. Pocong tu apa mak? " Tanyaku inginkan kepastian yang lebih mendalam, sedalam lautan china selatan.
"Pocong tu sejenis tumbuhan. " Jawab mak. Aku mengangguk tanda faham. Tanpa membuang masa lagi, aku pun terus naik ke atas rumah.
Lepastu aku tak ingat apa yang jadi.
•TAMAT•
In shaa allah nanti ada sambungan.
YOU ARE READING
WHAT DUCK?
HumorPST! ada benda menarik di dalam masuk cepat sebelum terlambat! start : january 24, 2020 end : 🫂