AKU sibuk meneliti setiap kuntum bunga yang ada di luar rumah itu.
"Banyaknya bunga" ujarku. Cantik-cantik.
"Kau lupa? Ayesha kan owner kedai bunga yang famous tu , Rose pula pereka landskap , memang cantik la halaman rumah ni" ujar iyana
"Laaa , kau kerja apa?" Tanya ku
"Hmmm , aku kerja office jer. Tak pandai sangat" ujar iyana
"Hihihi , takpela. Kau okay lagi , aku ni kerja pun belum dapat"
"Parents kau berduit , nak kerja apa?" Tanya iyana
"Bosanla aku duduk aje tak buat apa-apa. Apa guna aku belajar kalau tak kerja"
"Mintak je la kerja ngan parents kau apa susah" iyana memberi cadangan
Aku geleng. "Nanti dia hantar aku uruskan syarikat luar negara pulak. Aku nak stay Malaysia je , taknak pergi mana-mana dah" ujarku
"Seriousla Aze?!!. Yeyyyy!!" Iyana melompat keriangan kerana aku selamanya akan berada di Malaysia.
"Okla aku gi kerja lu. Nanti kita sambung borak" kereta iyana muka meninggalkan perkarangan rumah itu
Ayesha dan Rose sudah awal pagi mencari rezeki.
Aku duduk je la , jaga rumah. Hmm.
Tiba-tiba seseorang berdiri di luar pagar rumah iyana. Aku mendekat.
"Ada apa ye?" Tanyaku
Dia menggeleng kemudian mulutku ditekup menggunakan kain. Bau itu menusuk ke rongga-rongga hidung. Gelap! Aku pengsan.
•••
MATA aku perlahan terbuka. Kawasan di sekeliling aku perhati , hanya stor kosong bersama habuk menghiasi nya.
"Oh dah bangun?" Tiba-tiba satu suara menegurku
Aku angkat kepala memandang orang itu. Tangan dan kakiku kemas terikat. Kenapa aku ada kat sini.
"Kau nak apa?" Tanyaku lemah. Masih terkesan dengan ubat tadi
"Aku nak Aidan serahkan perniagaan dia dekat aku. Kalau tak , kau mampus" dia menjerkah
"Siapa Aidan ni?" Tanyaku
Riak wajahnya berubah. "Kau tak payah pura-pura dengan aku la perempuan" pipiku ditampar kuat sehingga bibirku berdarah kuat.
"Sumpah aku tak kenal siapa Aidan. Kenapa libatkan aku!!" Tangisku
"Kau orang yang dia sayang kan. Hubungan kau dengan Aidan special" Ujarnya
Dahi aku berkerut menahan sakit dan juga cuba mencerna kata-kata lelaki di hadapanku.
"Sumpah , aku tak kenal pun siapa Aidan. Aku takda hubungan dengan siapa-siapa pun apatah lagi orang yang bernama Aidan. Tolong lepaskan aku" pintaku bersama rayuan.
"Kau jangan nak tipu aku la perempuan sial" sekali lagi pipi aku ditampar kuat.
Makin banyak darah terkeluar. Kelihatan lelaki itu memegang telefon nya , seperti membuat video.
"Kau tak serahkan , orang yang kau sayang, hilang" ujar lelaki itu , rasanya dia merakam video.
•••
AIDAN menghentak kuat meja kerjanya selepas menerima sebuah video.
"Pergi uruskan" ujar Aidan kepada Carlo
Carlo angguk. "Aku join sekali" ujar Aidan lagi
"Baik Boss. Saya akan sediakan semua senjata yang diperlukan" ujar Carlos
"Sediakan beberapa orang jugak untuk ikut" ujar Aidan masih dalam nada beku nya itu
Dia cuba memegang glock 19 itu. Sudah lama dia tidak memegangnya , takut kekok pulak.
Inila masalah yang akan timbul kalau perempuan tu duduk sekali dalam kapal terbang dengan aku.
Aidan perlu menyelamatkan wanita itu , dia tahu perempuan itu tiada kaitan dengannya , tapi itu 'WANITA'. Dia tidak la terlalu jahat sehingga membiarkan wanita itu mati di tangan BLACK WOLF.
Dia mula memandu dengan penuh laju. Habis lampu isyarat dia langgar , mujur sahaja jalan itu agak lenggang.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
AZELIA's©
RomanceFirst book *Might be cringe becoz it's the first story that i write💀. *Banyak kesalahan bahasa, kosa kata, simpulan bahasa. *Happy reading~~~~ -------------------------- "Kalau apa-apa jadi dekat kau lepasni , aku tak bertanggung jawab. I am dange...