BAB 14|BERPISAH

77 8 0
                                    

SUDAH seminggu berlalu , Aidan langsung tidak datang memujuk atau berjumpa denganku.

Aku termenung di belakang halaman rumah itu. Patut tak aku berpisah je dengan dia?.

Dia pun dah ada kekasih hati , aku ni apa je pada dia. Aku macam orang ketiga pulak. Better aku undur diri kan?

Salah aku jugak , tak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri kepada dia. Memang patut pun dia anggap macam orang gaji.

"Kenapa kau rasa sedih sangat. Kau jatuh cinta dekat Aidan tu ke Azelia Eleanore?" Tiba-tiba Rose muncul di sebelahku

Aku diam. Aku? Suka dia? Tak mungkinla. Mungkin aku macam ni sebab aku terasa. Biasala perempuan.

Aku geleng. "Tak payah nak tipu la Aze , aku bukan kenal kau semalam , dari kecik lagi cuma berjauhan selama beberapa tahun"

"Tak mungkinla aku suka dia Rose , kalau aku suka pun , kena buang juga perasaan tu sebab dia dah ada orang lain. Aku taknak jadi perampas" balasku

Rose memegang kedua lenganku. "Kalau kau tak sure dengan perasaan kau , solat. Minta petunjuk kepada pencipta kita. Insyallah dia bantu kau. Cuma kau yang tahu keputusan yang terbaik untuk diri kau" ujar Rose tersenyum

Ada benarnya juga apa yang Rose katakan. Rose terus masuk ke dalam rumah selepas memberikan aku nasihat.

Aku masih lagi menghidu udara di luar itu. Saat aku berpusing , aku lihat Aidan dan juga perempuan tempoh hari berpelukan erat di halaman mansion milik Aidan.

Sekali lagi hati aku dikoyak-koyak hebat. Aidan yang berpusing itu melihat aku memerhati semuanya. Muka dia tampak bersalah.

Aku pusing tubuhku dan masuk ke dalam. See , aku tak boleh suka dia. Dia bahagia dengan perempuan tu. Dia tak bahagia dengan aku sebab aku dengan dia khawin bukan atas dasar suka.

Sekali lagi aku mengurung diri aku di dalam bilik tidur itu. Air mata pun dah takda nak keluar.

Mungkin betul aku patut berpisah dengan dia. Aku akan minta dekat dia lepasni. Harap dia pun setuju lah.

"Aze , kenapa ni?" Tanya iyana tiba-tiba muncul , ada Ayesha dan juga Rose bersama.

Serta merta tubuh iyana aku peluk erat , Rose dan Ayesha juga memeluk sama.

Diorang datang selalu tepat masa.

Pelukan aku lepaskan. Air mata yang mengalir aku lap.

"Aku , aku dah buat keputusan" ujarku

Mereka masih mendengar.

"Aku nak berpisah dengan Aidan" ujarku perlahan

"Allah Aze. Kau dah fikir masak-masak ke? Jangan ikut emosi Aze" ujar Rose memujukku

Aku menggeleng. "Aku memang patut berpisah dengan dia. Dia bahagia dengan orang lain , tak dengan aku. Dia bukan untuk aku , aku bukan untuk dia" aku menangis lagi

"Aze , kitorang sayang kau tau. Bincang elok-elok dengan Aidan. Apa-apa pun keputusan kau lepastu , kitorang sokong je" ujar Ayesha

"Janganla nangis , aku pun ikut nangis tengok kau nangis" mata iyana mula memerah

"Kau makan eh Aze. Dah lama kau tak makan , asyik berkurung je. Aku penat tau masakkan makanan favourite kau ni" Rose menghulurkan dulang berisi makanan kepadaku

Air mata aku lap , aku sambut dulang itu. "Terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku susah senang. Sayang korang sampai akhir hayat aku" aku tersedu-sedu mengatakan itu

"Ye , kitorang pun sayang kau. Kau makan tu , kau tak makan , aku boleh makan untuk kau" Ayesha tersengih

Aku tergelak kecil. Ade-ade je dia ni.

Mereka bertiga benar-benar memerhati aku menghabiskan makanan itu. Si iyana ni tak habis-habis nak cerita lawak nya itu. Beberapa kali aku tersedak disebabkan ceritanya.

Cerita pasal dia nampak bodyguard Aidan terjatuh la lepastu kaki sebelah masuk longkang. Gile la iyana ni.

TO BE CONTINUED

AZELIA's©Where stories live. Discover now