KATA PENGARANG

90 5 0
                                    

Bismillah. Alhamdulillah Ala Kulli Hal.

Pertama-tama, segulung penghargaan saya coretkan buat susuk-susuk yang sudi menjadi tulang belakang dalam penyempurnaan sebuah Jubah Hitam Rama-rama Nilakandi ini.

Jutaan terima kasih kepada Kak Syaf selaku editor saya yang setia sejak novel pertama lagi, Sister Alya selaku graphic designer saya dan tentunya Sister Maryam dan Sister Nasuha yang berkesudian untuk menjadi penterjemah bahasa dari Melayu standard kepada loghat Kelantan yang saya langsung tak pandai pada asalnya. Terima kasih juga kepada keluarga dan adik-beradik yang dalam usiknya terselit juga doa dan sokongan untuk saya menyempurnakan naskhah kali ini.

Untuk kamu, pembaca bergelar sahabat saya yang sudi melaburkan wang dan masa yang tak sedikit untuk naskhah ini, terima kasih banyak-banyak. Saya tak akan mampu menyiapkan karya kali ini kalau bukan kerana sokongan kalian. Kalau ada kurang di mana-mana, saya minta maaf awal-awal. Sebarang komen dan kritikan boleh salurkan melalui emel, instagram, tiktok mahupun pesanan ringkas pada nombor admin. Terima kasih sekali lagi dan selamat membaca!

-rsya_rose

JUBAH HITAM RAMA-RAMA NILAKANDI | EBOOKWhere stories live. Discover now