BAHAGIAN 2

34 7 0
                                    

Irfan tak senang duduk. Dia rasa tak tenang. Seakan ada sesuatu yang tidak terlangsai olehnya.

'Akak.' Irfan menghantar pesanan ringkas melalui Whatsapp kepada kakak angkatnya.

'Iya Irfan?' Beberapa minit kemudian, balasan diterima.

'Hendak tanya atau tidak?'

'Irfan ada soalan lain ke?' Membaca petikan teks ringkas itu buatkan Irfan menggigit bibir.

'Irfan nak tanya pasal kepimpinan. Maksud Irfan, tadi kan dia ada sentuh isu kepimpinan, jadi kalau boleh nak minta nasihat dia macam mana nak deal dengan ketua Irfan. Akak tahu kan ketua Irfan tu macam mana? Baru beberapa bulan Irfan kerja sebagai pembantu dia, macam-macam benda Irfan dengar daripada biro-biro pasal dia. Mereka minta Irfan nasihat macam-macam. Irfan bukan biasa bekerja dengan lelaki, jadi kadang-kala tak lut teguran Irfan tu. Lagipun cara dia jawab soalan kawan saya tadi senang betul bahasanya nak diterima. Mungkin saya boleh belajar dari dia.'

'Amboi panjangnya. Hahahahah.' Irfan tersentap. Dia sendiri tak sedar dia taip sepanjang itu. Dia hanya bersikap telus seperti selalu.

'Tanyalah. Mana Irfan nak jumpa dia? Irfan kan pemalu. Irfan nak Whatsapp dia pun kena ada nombor dia.'

'Sebenarnya, Irfan jumpa nombor dia dalam hebahan program iMasjid. Irfan dah tahu nama dia, Waleed Murtaza.'

'Wah laju buat kerja. Dah stalk?'

'Apa akak ni. Tak ada masa Irfan nak stalk. Irfan tak reti.'

'Ha, yelah, pergi tanya dulu. Akak support dari jauh!' Semangat betul kakak angkat Irfan ni. Maklumlah selama ini hanya mendengar Irfan merungut sahaja kalau ada lelaki buat hal dengan dia. Lelaki mengorat pun kena rungut! Betul-betul luar biasa kalau Irfan tiba-tiba berminat terhadap lelaki.

'Nanti Irfan cuba tanya dia. Tengok dia reply macam mana.' Perbualan disambung dengan perkara lain. Dalam masa yang sama, kepala Irfan sibuk memikirkan ayat yang sesuai untuk bertanya kepada Waleed Murtaza nanti.

Irfan keluar dari ruang permesejan dengan Kak Jannah usai masing-masing menamatkan perbualan. Seketika, paparan yang menunjukkan pautan Whatsapp kepada Waleed Murtaza ditenung. Dia sedikit berkira-kira hendak menekan.

Mata ditutup. Bismillah dibaca dan pautan berwarna biru itu ditekan. Terpampanglah ruang permesejan dengan Waleed Murtaza.

Irfan menulis dengan penuh tekun. Penggunaan tatapanggilan Encik dan saya oleh Irfan digunakan seperti biasa sekiranya dia perlu berbicara secara atas talian dengan lelaki. Bahasa Melayu standard diaplikasikan tanpa sebarang emoji. Bezanya kali ini sedikit nota kaki diberikan oleh Irfan di bawah persoalan panjang lebar yang ditulisnya.

'Saya minta maaf tak perkenalkan diri. Saya kira persoalan saya akan habis sampai sini jadi tak perlu agaknya saya perkenalkan diri. Lagipun saya malu. Harap Encik baik-baik sahaja begini.' Irfan berhenti menaip.

Dia mengerling pada nombor yang terpampang. Nampaknya Waleed berada di luar talian.

"Nak tanya ke tak?" Sesi soal jawab dengan diri sendiri berlangsung lagi.

"Tapi dah taip panjang-panjang. Takkan nak padam macam tu je?"

"Malulah!" Nasib baik biliknya sedang kosong sekarang. Jika tidak, mahu sahaja jiran dari kompartmen sebelah menganggap dia gila.

"Ahh hantar sajalah, dia bukan kenal kau pun Irfan Dania Binti Imtihan!" Tanpa berdalih lagi, butang hantar ditekan. Sebaik tanda hantar bertukar kepada tanda bertindih berwarna kelabu, Irfan mengerling sekejap pada ruang nombor. Waleed sudah berada di atas talian.

JUBAH HITAM RAMA-RAMA NILAKANDI | EBOOKWhere stories live. Discover now